JJCM ; Kafe Selasih

by - 13:16:00

credit google


Assalamualaikum

Hari ni aku sambung kisah makan aku semalam. Since kawan aku dia mak call suruh balik, kami pun balik je lah. Tapi keesokan harinya kami plan lain nak keluar sekali lagi, sebab semalam lepak dua je hiks.

So, kami berdua ni tengah teringin makanan western, jadi kami plan nak makan dekat Kafe Selasih.


Address: No. 6, Jalan Desa Sapura 1 (Road K11), Taman Desa Sapura, Kedah, 06300 Kuala Nerang
Hours:  Sunday - Thursday ( 2:30 PM - 11 PM)
Phone: 04-786 9022


Kafe ni memang dari kecik lagi aku selalu pergi, memang fav makanan aku mushroom soup and chicken chop dia. Rasa dia dari time aku kecik sampai aku besaq memang maintain ja. Tak pernah tak sedap. 


 

Jeng.. jeng.. jeng.. 

Chicken Chop : RM 9.90
Mushroom Soup : RM 3.50

Okay, aku tengah telan air liur ni sebab terbayang makan ni semalam. Hahaha. 

Aku selalunya makan mushroom soup yang ada roti. Dia letak soup tu dalam roti and puas hati korek-korek roti tu sampai licin. tapi semalam aku malas nak makan roti. Hehehehe. So aku cadangkan nanti hampa yang nak makan mushroom soup tu, makan la dengan roti. Baru umph.

Chicken chop dia, memang no komen. Aku makan sampai licin, cuma aku rasa macam ayam dia makin besaq, ka aku ja yang rasa macam tu. Hehehe. 

Oh, kafe ni dekat je dari Kolej MARA Kuala Nerang, haha nanti budak-budak yang kena campak mai sini, boleh lah singgah sini. Lewls. 


Okay tu je dari aku, nanti kalau aku pergi makan mana-mana lagi aku share lah. Heehe. Okay chio.



You May Also Like

4 Love Letter(s)

Hampa komen, hampa comel :)