JJCM ; Coconut Shake Pokok Sena

by - 22:51:00



Assalamualaikum  


Hari ni aku punya mood banyak kelaut sikit, plus mood aku nak menulis tu tak berapa nak ada. Ada syndrom wraiter's block. Hari ni dengan semalam jumpa member baik aku, sebab dah lama tak jumpa. Jumpa pun berapa bulan sekali ja. Lambat weh. Sedih aku sensorang kat Kedah ni, maklumlah aku tak ramai member.

So, plan aku hari tu bermula dengan makan mee kari, then sambung makan chicken grill, then sambung makan dekat pizza hut. Acah-acah jalan-jalan cari makan. Acewah, tapi tulah plan jelah.

Kali ini aku tak bawa kereta aku sebab yang utama dan pertama aku malas nak drive. HAHAHA. dulu sibuk gila nak jadi driver semua orang, sekarang nak jadi co-pilot je. Malas dahh. Yang kedua sebab roadtax dah mampus. HUHUHU. //and aku tak sedap hati , rasa macam nak ada roadblock\\

So pukul 11 kitaorang pun gerak lepas dia jemput aku kat rumah.  Semasa otw nak ke destinasi pertama kami, tiba-tiba ada kereta dari berlawanan arah bagi headlights kat kami. Oh dem. Ada roadblock. woi, instincts aku semalam tu betul-betul terjadi. Ya Allah, aku bersyukur sangat sebab Allah jaga aku. hiks. hiks.

Alhamdulillah berjaya je lepas roadblock, cuma dia check lesen kawan aku, check lampu brek. Mujur semuanya pass. Aku fobia dengan roadblock ni weh. T_T , nak tahu cerita? >> Klik sini.

K, then selepas beberapa minit kemudian kami tiba ke destinasi.

tapi masa sampai-sampai tu memang tak de orang lagi. Sedih, bukan tak buka, tak de orang. Segan nak pergi situ sebab macam krik-krik sangat je. So, kitaorang cadang pergi makan pizza then patah balik ke sini.

Ihsan Google.

Address: Kampung Panchor, 06400 Pokok Sena, Kedah
Business Hour : 10 AM - 7 PM ( Everyday ex; Friday)
    

 Around 12 noon, kitaorang nampak macam ada orang datang sikit so kami meneruskan hajat kami.

Kedai ni kalau dari Alor Setar , memang jalan terus sahaja sebab memang dekat tepi jalan. Nampak signboard ni terus je bagi signal dan masuk ke sini. Dah dekat dengan area Sekolah Sains Pokok Sena (SAINA)




Mee Kari : RM 5 
Nasi Ayam Berempah : RM 5

Walaupun makanan rasmi dekat situ adalah Coconut shake, tapi aku bukan fans kelapa mahupun makanan manis. Aku punya craving dengan mee kari dia ni sampai meleleh air liur malam-malam tau. JK.

and, jangan risau walaupun kami baru lepas makan pizza beberapa minit yang lalu, kami still sumbat lagi tau. Pizza bukannya kenyang sangat pun. Hahaha.

Mee kari dia aku suka sangat sebab kuah dia pekat tapi aku rasa macam makin lama makin kurang isi dia, ke aku tengah lapar sangat sampai tak sedar dah habis. Hmm.

Anyway nasi ayam di tu special dekat ayam tu, since ayam dia ayam berempah. Tapi I bukan fans nasi ayam sangat, kecuali kalau masakan ayah I. Wuu, sedap dia tu sampai teringat-ingat tau. So, maybe boleh lah. Kalau tengah lapar tu aku telan ja apa pun.

And since cuaca pun sejuk, sedap lah melepak situ sampai sejam sebelum mak kawan aku call suruh balik. Hiks. Aku baru lepak 2 jam ja. Tak puas menyembang lagi.. tiba-tiba kena balik.. sedih nokks.


Esok aku sambung lagi, tak larat tulis panjang-panjang. sebab rancangan JJCM aku belum habis lagi.  Korang pun tak rajin baca panjang-panjang.
Hehehe. Chio. 



You May Also Like

7 Love Letter(s)

  1. baca ni malam malam ya allah berkriuk kriuk perut ni wehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflahh. hehehhehe. yang tulis entry ni pun still terbayang-bayang heuks. T_T

      Delete
  2. Thanks for sharing!!! ^^ Inshaallah nanti kite terjah ye~ hehehe

    ReplyDelete
  3. Teringin nak JJCM kat Kedah. Huhu. Mor follow sini #552

    ReplyDelete
  4. sedapnya ! huhu.btw done follow ^^ #553 http://sayesyadiya.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa rasa macam nak pergi try sekarang juga tauuuu

    ReplyDelete
  6. wahhhh ruginya...sepatutnya sebelum saya balik selangor singgah sini dulu uwaaaa :"(
    anyway done follow your blog :)
    khaidirkhaizuki.blogspot.my/2018/05/kolej-matrikulasi-pulau-pinang-apa.html

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)