Oh, hello 2018!

by - 19:47:00



Assalamualaikum  


Dah hampir 4 hari kita memasuki tahun baru, dan semalam berlaku satu tragedi yang sangat tragis untuk membuka tirai 2018 . Cerita ni sadis sangat...

Pada suatu pagi, setelah aku menghantar adik aku ke sekolah memandu aku pun terus pergi ke dapur untuk mengemas. Dalam pukul 10 aku dah settle kemas dapur semua, aku pun mengadap laptop kejap.

Tiba-tiba teringin sangat nak makan maggi dan aku sangat lapar, lalu aku pun ke dapur untuk rendam maggi. Sambil menunggu maggi aku untuk kembang aku main la facebook kejap. Dah kembang elok aku pun dengan semangat nak makan dengan telor goreng, maka aku goreng lah telur.

Beberapa minit kemudian aku pun melangkah dengan girangnya masuk ke bilik untuk makan maggi dan entah macam mana,

'Prangggg'

Tangan aku terlepas dari memegang mangkuk yang berisi dua bungkus maggi dan sebiji telur. Tiba-tiba terasa macam masa lambat sangat bergerak, macam dalam tv tu. Terkejut sangat sampai, aku terkaku tengok maggi berselerak atas lantai dengan deraian kaca-kaca. Patah hati aku macam kaca-kaca yang pecah tu. Patah hati weh.

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan


Aku pun bisik dalam hati, tak pelah. Tak de rezeki hang. Jangan sedih. Bukan rezeki. Allah tak izin hang makan tu. Sobs. sobs. Tapi tu lah, bila tengok plastik sampah penuh dengan maggi tu, aku sendu balik. Huaaahh! T_T

Aku pun berlalu dengan sedihnya untuk mengambil mop dan penyedok. Kaca-kaca aku kutip dan maggi aku mopkan masuk dalam penyedok.


Lepas tu aku whatsapp mak aku , cerita yang mangkuk mama dah pecah and yada yada. Huhuhu.

Tapi aku tak putus asa, aku masak maggi kali kedua dengan portion yang sama dalam mangkuk besi pulak. Hahaha. dan habis makan aku tengok kartun sebab penat dan kecewa. Huks.

K. tu je cerita permulaan 2018 aku. Teman tengah try nak move on.  T_T


So, how you guys have been doing? Good start? So-so? 


You May Also Like

6 Love Letter(s)

  1. Hahaha alahai sedinyaa part meggi jatuh berderai tu. Bertabah laa dear hahaa :'D

    ReplyDelete
  2. hi. happy new year and i'm ur new follower here #548.
    do visit and follow my new blog ya.

    ReplyDelete
  3. Hai Faiq singgah sini jalan jalan sambil baca entry

    ReplyDelete
  4. Happy new year!! hopefully this year gonna be awesome than before ^^ stay cool sis! btw Hana follow sini tau! ^^

    ReplyDelete
  5. Happy new year!! Memang takda rezeki hahaha

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)