Pangkor Laut Resort yang Sangat Syok!



Assalamualaikum

Siapa di sini yang suka bercuti di pulau atau tepi pantai dengan menikmati angin bayu yang sayu, terkenang memori silam dan berangan masa hadapan? Haha kan dah berpuitis kita ni. Hands up! sebab aku benda aku nak story sikit iaitu satu tempat yang terletak di selat Melaka atau to be exact di Pangkor iaitu Pangkor Laut Resort. Pernah dengar tak?


Kenapa syok ek? Sebab Pangkor Laut Resort terletak di sebuah pulau persendirian yang mana disini hanya terdapat sebuah resort sahaja (One Island one resort) yang dimiliki oleh YTL. Bagi yang mementingkan privasi, sini adalah tempat yang paling sesuai untuk korang bercuti. Lari sekejap dari suasana hiruk pikuk kota. Ye dak?

Untuk ke Pangkor Island Resort ni, korang kena naik dari jeti khas di Marina Island Pangkor. Sebaik tiba di jeti di Pangkor Laut Resort, korang akan disambut oleh petugas resort yang akan membawa ke bahagian reception. Di situ, setiap kumpulan pelancong akan dilayan oleh seorang petugas (guest liaison officer) yang akan menerangkan mengenai kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di resort ini. Petugas SPA juga akan memberi penerangan mengenai perkhidmatan SPA yang terdapat di sini. Untuk makan malam pula, korang dinasihatkan supaya membuat tempahan mengikut waktu yang dikehendaki dimana-mana restoran pilihan kerana tempat adalah terhad. Tidak semua restoran dibuka untuk makan tengahari ataupun makan malam. Walaubagaimanapun, setelah membuat tempahan, sekiranya korang ingin menukar pilihan restoran ataupun masa makan, tidak menjadi masalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

Bilik pula kalau korang datang dengan family yang sesuai adalah Garden Villa dan Hill Villa. Kedua-dua villa ini pasti dapat muatkan family korang dan berdekatan dengan main activity punya tempat dan scenery sangat cantik. Untuk sesiapa yang suka ngan scenery sea sight, Beach Villa sesuai untuk korang. Kalau korang nak mandi laut, hamba suggestkan korang pergi mandi di emerald bay sebab di sini lebih selamat berbanding tempat lain. Selain tu ada villa yang lain juga tapi aku yakin korang suka dan selesa dengan tempat lain.





Di Pangkor Laut Resort ni korang boleh experience permakanan di pulau sendiri yang korang selalu impikan tu. Korang boleh menikmati masakan tempatan dan antarabangsa yang sedap di Feast Village, Fisherman's Cove, Uncle Lim’s Kitchen, Royal Bay Beach Club, Chapman's Bar, Jamu Bar, The Straits, dan Private Dining Experience. The Feast Village, Fisherman’s Cove, The Straits and Uncle Lim’s Kitchen menyediakan pelbagai hidangan yang apabila digabungkan bersama, menjadi menu yang universal.




Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini adalah berjemur, of course kita orang Malaysia tak payah kot, hehe, mandi laut, mempunyai private beach tanpa gangguan, spa traditional, berjalan-jalan di garden dan juga berkelah. Di sini juga sesuai untuk business trip sebab pihak resort ada sediakan conference room, meeting room, dan sesuai untuk activity company. Servis yang akan diberikan juga pasti akan buat korang berpuas hati sebab receptionist operate 24 jam, layanan mesra dari staff resort, yang boleh berbahasa banyak untuk communicate, ada laundry untuk servis baju, dan banyak lagi servis yang lain.






Korang boleh juga berjalan-jalan di sepanjang pantai dengan enjoy the scenery yang indah tanpa kata-kata. Hehehe. Kat sini juga korang boleh adakan wedding, atau event apa-apa yang sesuai dengan beach theme. Diorang boleh cater sebab diorang ada facilities yang memudahkan perjalanan event itu nanti. So apa lagi, book pangkor laut resort on Traveloka. So untuk sesiapa yang nak honeymoon, kahwin, holiday bersama family, kawan-kawan dan juga untuk company event, memang awesome Pangkor Laut Resort ini. Private Island yang akan memastikan kepuasan korang terjaga. Dengan pemandangan yang indah, untuk para novelis juga sesuai untuk cari ilham di sini. Book la cepat-cepat, hamba assure u guys yang korang takkan menyesal. Spread the words, Pangkor Laut Island is the next destination to explore.


Ok, tu je, don't forget to drop your comment below this post! Bye. 

3 comments:

  1. Pangkor memang best untuk tenangkan fikiran. Rindu pangkor.

    ReplyDelete
  2. waaahhhhh.. last akk g pangkor rasa mase akk sekolah rendah

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)