After years...

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas ada orang tweet pasal drama apa tah yang kat TV3 yang baru tamat tu. Yang ada watak Hanan apa tah.

Aku tak ingat bila kali terakhir aku layan drama melayu. Kalau aku layan aku tak pernah tengok satu cerita tu sampai habis. Selalunya aku biarkan dia tergantung sepi macam tu. Sebab dulu-dulu maybe aku prefer novel lagi dari layan drama.

Sekarang ni, aku malas nak baca novel dan dah lama aku tak membeli buku. Kalau aku beli pun, aku baca tak habis. Entah kenapa, aku tak minat dah baca novel sangat. Maybe aku lebih suka baca pengalaman kehidupan orang lain macam Pelukis Jalanan, DiAgnosis dsb.

So semalam aku saja la gatal tangan tengok drama tu, dalam satu episode.

5 minit... 

10 minit... 

15 minit...

Aku mula menguap. Hambar nak mampus. Memang aku tak boleh go lah, aku skip sampai part last. Boleh agak dah cerita dia. Tak tau nak tengok macam mana. Langsung tak menarik perhatian aku. Memang hambar sangat.

 Bila start je aku dengar "Dato...blaa..blaa"



Aku buka pulak cerita yang Farid Kamil berlakon plak. Hmmmm. Episode 1, 5 minit kemudian aku tutup.

Susah sangat aku nak tengok drama Melayu.


Sudahnya aku tutup semua cerita tu, layan kdrama aku yang baru download.
Banyak sangat kdrama and movie aku, sampai aku tak tahu nak start yang mana dulu. Huhuhu.

k tu je lah aku nak report.

sekian,
dari seorang manusia yang cuba layan drama melayu setelah beberapa bulan tv di rumah meletup tak tukar-tukar. 

 


4 comments:

  1. dengar lagu je untuk hilangkan bosan. hihi. follow balik kat sini :D

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha .... betul tuh aina ... kita sama :D ..


    penat weyh layan cerita melayu . jalan cerita tengok mula dah tahu dah ending macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akakkkk. penat gila. clichee nak mampus, tapi nk buat macam mana, ada peminat dia tersendiri. T_T

      Delete
  3. cuba la try buku pelukis jalanan/ arkitek jalanan/esc/hiatus (ok tetiba) 😊😂

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)