Sakit pinggang..

Assalamualaikum ♥ 

Semalam aku cuba betulkan sejadah, tapi aku malas nak tunduk untuk tolak guna tangan..

so aku loncat la atas sejadah tu nak bagi ke depan sikit,

sekali dengan aku kedepan. sebab sejadah tu licin.. aku hilang imbangan dan

BUK!

Ya allah, aku syak jiran aku ingat semalam mesti ada gempa bumi lah. 

masa kejadian berlaku, tak de sapa kat rumah. Jadi mengaduh sakit sensorang je lah. Sedap jugak bontot aku hentak kat atas lantai. Rasa macam nak terseliuh pinggang aku ni. Jerit tak bersuara jugaklah sekejap. huhuk.



 Lepas tu pagi ni nak solat subuh, sakit gila pinggang aku. Aku dah agak mesti side effect dia lambat sikit.

Aku tak delah sapu minyak ke apa ke, tadi teringat nak sapu lepas tu lupa balik. 

Hahaha, sekian drama aku untuk solat zohor semalam.. 

4 comments:

Hampa komen, hampa comel :)