kerana aquarium meletup!

by - 19:24:00

  
Sejak aku dapat laptop beberapa bulan sebelum UPSR dan rumah di pasangkan wifi, aku jarang tengok tv. SANGAT jarang. Kalau tengok pun bila ada kartun atau drama indon-filipina yang pukul 2-4p.m, kadang tak sempat nak tengok sebab kelas pun dah balik lewat petang.

Sampai rumah selalunya dah pukul 6 petang macam tu, selalu time tu TV9 tayang cerita indon yang i kennot brain. Jadi penonton setianya adik-adik aku sebab depa kata nak lepas stress layan cerita mengarut. Aku terbalik , makin stress lagi ada.

Tahun tu pun penuh dengan drama pukul 7 di TV3. tapi alhamdulillah aku tak terbabit dengan fenomena tersebut. 


jadi selalunya aku menghabiskan masa depan laptop, layan drama online sebab masa tu adik-adik tak pandai main internet lagi kan. my parents pun sama. Jadi memang internet tu memang hak milik aku punya lah!! HAHAHA!




Memang layan youtube semua tak ada lag pun. Sekarang semua dah maju, bergaduh lah sapa main youtube. Sudahnya guna data sendiri sebab stress refresh socmed tapi asyik lag.

tambahan pulak sekarang ni, dekat rumah dah tak de tv sejak...setahun lalu.



 Sebab ye tv meletup, rosak . lagipun tv rumah aku tu memang jenis tv aquarium tu. Yang tv OBES tu. Tak de flat ke smart tv ke. jadi memang sudah sampai ajalnya.. huhuhu



Jadi kebergantungan dengan internet tu sangat tinggi. Jadi bila adik-adik balik dari asrama, boleh bawak bergaduh bila download movie tetiba fail! Dulu kalau aku download movie, aku halau depa p layan tv. Sekarang tak boleh dah sebab tv dah tak dak. hmmm.



Lagipun aku tak nampak tanda-tanda yang parents aku nak beli tv baru, sebab mak ayah aku dah jadi kaki youtube dah. berita baca online. si cik su (adik bongsu) pun youtube. si kembar ada di asrama, cik ngah pun sama.

and now..
adik-adik aku pun dah jadi kaki download drama dan movie macam aku.

dalam rumah ni ada #teamtukangdownload dan #teamtukanglayan


#teamtukangdownload - aku dengan si cik cah (twin)
#teamtukanglayan - cik ngah dan cik jah (twin) and supporting role, my mom! 

ayah dan cik su? depa #teamadaakukesah?  



sekian bebelan merapu saya sementara tunggu masuk waktu berbuka.. huhu

jadi korang team mana? Hahaha



You May Also Like

5 Love Letter(s)

  1. pergh!!! dasyat tu meletup. tulah saya sekarang ni da mals nak layan tv n radio. lebih selesa dengan internet. senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. radio pun dengar kalau time bawa kereta.

      Delete
  2. Tajuk memang bikin kontroversi xD Di rumah ni 6 bulan sekali download movie, tu pun untuk anak2 sedara tengok. Masuk USB cucuk TV~

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)