Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 1 (reason&mukaddimah)

by - 01:26:00





So, aku nak share dengan rakan pembaca sekalian sikit pengalaman aku sebagai calon persendirian SPM 2017. Seandainya adik, akak, abang ada sebarang soalan yang mampu di jawab boleh tanya dekat ask.fm aku terus atau boleh email ye.

Sebab-sebab aku menjadi calon persendirian.

Aku mengambil keputusan untuk menjadi calon persendirian setelah 2 tahun tertangguh SPM. Aku jadi serik untuk ke sekolah dan aku tak pergi sekolah dah. Memandangkan rakan-rakan aku yang aku kenal sudah mula memasuki alam kolej, asasi, matriks dan sebagainya. Selain itu, ada beberapa cikgu yang downgrade kan aku dan tak suka aku sebab dia ingat sakit aku ni benda main-main. 

Aku cuba kuatkan hati aku untuk lupakan semua benda tu, tapi aku tak cukup kuat nak hadap cikgu tu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bencinya cikgu tu sampai hari aku nak ambil sijil dari sekolah tu, langsung tidak di pandangnya muka aku. Sedih dan kecewanya hanya Allah yang tahu. 

Aku dah minta maaf semua dan cerita semua masalah aku semasa aku tidak hadir ke sekolah. dan balasan yang aku terima cukup buat hati aku terluka. Pedih dia tu tak tahu nak cakap macam mana. Korang tak akan faham selagi korang tak kena. Pihak pengurusan pun sama juga. 

Ada guru-guru yang sayangkan aku, dan mendoakan supaya aku cepat sihat dan mampu belajar seperti biasa sebab tahun tu aku dah nak ambil SPM  dan tiada kata lain melainkan syukur dan aku mendoakan semoga Allah memurahkan rezeki dan melimpahkan rasa kasih sayang yang sentiasa buat guru-guru tersebut. 


Setelah aku istikharah semua dan mendapat sokongan family, aku tekad dengan keputusan aku. Untuk apa aku ke sekolah lagi kalau sekadar untuk tempah kesakitan dan air mata. Sekolah yang sepatutnya menjadi suatu tempat untuk menimba ilmu dan mencipta memori indah terpadam secara perlahan dari minda. 


Jadi pada hujung bulan 2016, aku berhenti sekolah secara rasmi. Tiada lagi guru, tiada lagi rakan sekelas, tiada lagi terkejar-kejar makan bihun sup lepas solat zohor sebab nak ke kelas petang. Tak ada kelas pagi yang paling malas sekali aku nak pergi. Aku rindu semua ini sejujurnya tapi bukan kemampuan aku untuk stay di situ.

Pada bulan Jun aku jumpa psychirist sebab kementerian pelajaran minta surat rasmi dari doctor untuk penangguhan SPM kali ke-2. Aku pergi ni one session only, sebab aku alhamdulillah tak adalah sampai tahap depressi ke apa ke, cuma sekadar nak penuhi syarat sahaja dan aku di diagnoskan dengan school phobia. 
School phobia, school avoidance and school refusal are terms that describe an anxiety disorder in children who have an irrational, persistent fear of going to school. Their behavior is different from children who are truant and express no apprehension about missing school.

Aku rasa aku phobia dengan satu sekolah tu je. dengan sekolah-sekolah aku yang sebelum ni aku happy je nak pergi balik. Serius weh, sekolah ni tempat paling best. Sebab time sekolah lama, memang nakal nak mampus. Cuma nakal aku tak kantoi dengan cikgu lagi je. Sebab cikgu-cikgu puji aku budak baik. HAHAHAHAHA. Maafkan saya cikgu. heheh

Jadi end part 1. Nanti aku sambung part seterusnya pulak ye. Good night!
spread love ♥ 

You May Also Like

4 Love Letter(s)

  1. You can do it! Remember that He tests the one He loves ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. I've finished my spm already and yeah waiting to go to collage or etc. need to ready for another adventure. huhuhu. and indeed, he tests the one he loves. :)

      Delete
  2. Serious ika baru tahu ada school phobia. Awak, keep fighting :) Apa pun, ingat. Dugaan yang Allah beri kan buat kita tu atas sebab dia tahu kita booleh hadapinya :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Nana, ingat lagi tak kat Yaya xDD Heheh sebenarnya saya pun tak ke sekolah lepas sejak zaman blog.. a.k.a. Darjah 6. Banyak masuk sekolah lain lepas tu, tapi on and off je. Paling haru yang tahun ni punya tahan 2 hari je, huh.. Lepas punyalah berbulan proses nak masuk balik..

    Serius bukan mengada ke apa, memang dari Darjah 6 jumpa psychiatrist dah tahu ada depression+gangguan jin on top of that. Memang hospital kesihatan mental tu suruh pergi lagi, tapi dah tahap nak bunuh diri tak kisah apa-apa langsung memang taklah nak pergi =,= Ingat dah okey lah, dah lama kan. Sebab tu teringin nak masuk sekolah balik. Tapi sekarang dah bulan 4, nak kata apa pun tak guna. Jadi hari-hari saya diteruskan tolong emak dengan bisnes menjahit beliau, eheheh~

    Tiba-tibalah hari ni terasa nak buka blog Kak Nana, tengok rupa baru apa pula kali ni :D Dan-dan kat homepage ada cerita fasal calon persendirian SPM. Serius baru hari ni tanya abah fasal tu. Mak pun kata tahun depan ambil juga SPM sendiri apa semua.. (Wow budak lepas UPSR hari tu dah nak SPM tahun depan xD Feeling old yet? :p)

    Kita pun tak tahu apa nak jadi pada masa hadapan kan. Saya pun tak letak harapan menggunung, cuma nak SPM sebab nak kerja tbvh. So here I am, digging at these Calon Persendirian posts! :D

    Aha dah sekurang-kurangnya seketul manusia dah Kak Nana bantu dan dapat pahala ^^

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)