Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 2 (getting ready!)




Before this aku ada post part 1 , andai sudi.. jemputlah baca di PART ONE.


Persiapan untuk belajar

Jadi setelah difikir dari segala aspek, aku duduk menyewa rumah di Alor Setar bersama dengan adik aku dan rakan-rakannya. Mungkin kali pertama dengar budak sekolah menengah tinggal rumah sewa, tapi bagi pelajar-pelajar Maktab Mahmud memang sudah menjadi kebiasaan. Orang sini anggap Maktab Mahmud Alor Setar ni macam mini universiti. Maktab Mahmud cawangan pun sistem macam ni. tapi kawasan sekolah lebih kecil berbanding induk.

Ada yang berulang dari rumah, ada yang tinggal di asrama dan seperti adik aku menyewa. Kalau nak stay asrama kena result kemas dan cantik. So memang lebih kurang macam uni kan? Makan rumah sewa ni kena fikir sendiri.

back to my story, pada awal bulan 2017 aku tak pindah masuk lagi. Ikut rancangan asal, aku duduk rumah sewa dengan adik dari bulan Januari, tapi my parents punya rancangan, lain. Dorang minta aku ambil lesen memandu dahulu sebab.. Sebab dorang dah belikan kereta untuk aku supaya bagi nak bagi semangat nak belajar, memudahkan urusan kerja, boleh pergi date (k gurau).

Aku tak minta pun kereta tu. Sumpah. Parents offer, sapa tak mauuu. HAUHAUHAU. 

Kereta pun dah sampai masa bulan Disember, jadi aku kena usaha keras supaya lulus JPJ dan terus pindah ke rumah sewa. Aku mula mendaftar pada bulan Disember 2016, jadi ambil masa untuk settlekan semua itu hingga Februari 2017. Sebelum raya cina.

Reason why I stay with my sister, simple.

She is my everything. Ini kalau dia baca blog aku ni karang mau nya bangga cakap kakak sayang dia. lol. Dia tutor aku. Aku anak murid dia. Ada apa-apa soalan, aku akan tanya dia , dan selain tu benefitnya dalam rumah tu memang budak-budak pandai dan yang akan ambil SPM. Jadi kalau tak reti apa-apa aku discuss dengan dorang atau adik aku rujuk guru-guru dia.


So selepas cuti raya cina, aku pun berpindah. Mula-mula suruh pergi sendiri. Sedih sikit. Woii, tiba-tiba je dah dewasa semacam. Tak ready. Aku tak nak pergi sendiri. Hehehe, last sekali my parents ikut juga tapi naik kereta lain. Hehehe, kakak tahu ayah sampai hati biar kakak sorang-sorang kan? Hehehe.

and aku bersyukur sangat , sebab my parents always support me. terutamanya my MAMA. I LOVE YOU. Terima kasih.

So itu je untuk part 2, tak banyak sangat preparation nak masuk sana..so to be continue! inshaaAllah. spread love


5 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu part 3 :) Hee.

    ReplyDelete
  2. wahhhhh bestnyaaa awk ambil paper apa ya ?

    ReplyDelete
  3. owh maktab mahmud
    dekat dengan rumah family saya
    dekat sangat
    haha

    ReplyDelete
  4. Sokongan family pembakar semangat number satu kan?! hehe ^^ congratulations untuk result SPM akak!!! ^^ all the best for the next steps!!

    ReplyDelete
  5. Oh, senanglah macam tu. Macam jadi rakan sebaya dengan calon-calon SPM lain :3

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)