Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 5 (hari result!)

by - 16:03:00



Soooooo.. I guess this is the end for my #pengalamanspm maybe. Sebab Idk what to share anymore.

Jadi dalam 10 hari lepas, result SPM dah keluar. Sejujur-jujur-jujurnya, aku tak rasa nervous langsung. Aku tak tahu maybe sebab aku dah boleh agak apa yang aku dapat. Mama aku yang beria-ria sangat sebab mama dah mimpi aku dapat result yang terbaik untuk diri aku.

Jadi pagi tu aku bersiap sedia untuk pergi ambil keputusan aku di JPN, tapi bila sampai ke sana..dorang cakap dorang dah pos ke rumah. My mom agak marah sebab dia dah excited sangat nak tahu mimpi beliau jadi kenyataan atau tak. Aku pulak tarik nafas lega sekejap bila tak payah tahu lagi. Hahaha. Time tu, memang aku tak rasa apa langsung.

Jadi aku gerak ke MMAS, sekolah adik aku untuk tengok result dia. Dia dah check online dan mendapat result yang bikin aku cemburu jugaklah. Adik aku offer untuk check result aku, tapi.. aku tak ingat no angka giliran hehe. Masa ni.. memang aku koyak habis lah. Aku tak tahu nak cakap perasaan aku masa tu sebenarnya. Tiba-tiba rasa macam nak menangis sangat-sangat.

Aku pun pergi lah duduk dalam kereta, menangis. HAHAHA. Sampai rumah pun aku merajuk lagi. Masa tu baru aku takut nak tengok result aku. HUHUHU. tapi lepas my mom dengan sister pergi makan kepsi. Time ni memang aku kuciwa la jugak. Sampai hati tinggalkan kakak. tapi tak adalah aku meraung menangis dah. sebab aku dah tenang time tu. hehehe

Ayah aku pergi masjid. solat zohor.. aku pun suruh si yam tu pergi check peti surat. RESULT AKU DAH SAMPAI WEH. tapi masalahnya aku buka surat dan tengok slip tak ada pulak rasa apa. dah kenapa. Yang aku nanges mengalahkan mati laki tu dah kenapa. Itulah, ikut sangat setan dalam kepala tu. Memang aku macam, whyyy I cry?! See, girls problem 1001.

Aku memang dah agak result aku yang aku nervous sangat kenapa. My mom yang happy lebih dari aku yang amik exam. Maybe sebab my mom tengok my struggle untuk teruskan semangat belajar tu kot.

So my mom got home with snack plate for me! Hurrah! 

Result aku dan adik aku? Alhamdulillah.

Thank you angah sebab sudi ajar kakak, layan kakak time hormon tak betul, sabar ajar , sabar beli breakfast, spent time dengan kakak, kena marah pukul 5-6 pagi bila aku drive dia sedap buat taik mata, selalu baca doa dan wirid bila aku speed, memotong macam orang gila, jaga kakak time sakit. anddd much more!
 
too many things we have go through for one year. and we fight a lot and we love each other a lot toooo kannn? 

you really deserve it!  OMG IM CRYING. //SERIUS NIH. even tho, hang suka ponteng kelas hujung minggu sebab nak balik dengan aku. result hang boleh tahan. Nasib aku tak pergi sekolah je, kalau tak result aku lagi power. AHAHAHAHA. K gurau.

I really miss 2017! ♥A lot of good things happen and so do the bad things. lol.

You May Also Like

0 Love Letter(s)

Hampa komen, hampa comel :)