Cash or Cashless?


Assalamualaikum.

Semakin dewasa ni, semakin banyak duit yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Jadi pengurusan kewangan sangat-sangatlah penting. Aku sendiri sebagai seorang student yang memang  perlukan duit untuk makan, buku, minyak dan sebagainya. Tiada siapa yang terkecuali dalam hal yang melibatkan duit ni.

Aku akui aku bukanlah seorang yang bijak mengurus hal kewangan aku. Selalu habis duit aku habis menjoli di makanan. Sebab mak cakap, kalau duit habis sebab makan tak pe. hehehehe.

Tapi pernah suatu hari tu tanya kawan-kawan, korang ada buat saving tak? In case ada emergency, dorang cakap ada. Aku ni pulak.. duit habis melayang entah kemana. Sedar sedar dah licin terus. Sejak dari hari tu aku cuba la simpan sikit-sikit dalam tabung.. mana tau hujung-hujung bulan terdesak.

So persoalan aku sekarang, cash or cashless?

Jujur pada aku. Aku lebih suka mengunakan paywave/debit card bagi sebarang urus niaga. Mudah. Aku boleh keep on track apa yang aku beli. Berapa aku guna dan habiskan. Tak delah aku nak terkial-kial nak update setiap hari dalam apps tracking money aku tu. Kadang jenuh mikir hilang kemana duit aku sekian-sekian.

Dan aku jadi lebih displin untuk tidak berbelanja. Hampir setiap bulan, alhamdulillah ada baki duit dalam account kalau untuk digunakan ketika emergency.


dan cash sebenarnya akan aku keluarkan apabila di perlukan untuk dalam urusan seharian. Contohnya makan di cafe atau di warung-warung makan.  Jadi aku tahu cash aku keluarkan selalunya untuk makan sahaja.


So sekarang ni, aku akan keluarkan duit mengikut keperluan sahaja. Kalau seminggu tu bajet aku dalam RM 50, maka RM 50 sahaja aku akan keluarkan. Dan kalau ada rezeki orang tumpang kereta, maka duit itu aku buat la top-up duit makan aku.

Minyak, kedai-kedai makan seperti KFC, McDonald's.. Shopping, topup. semua aku lebih suka guna kad/e-wallet/paywave.  

Here the sum up how I spend my money. 


Cash (Tunai) Perbelanjaan seharian (Kafe, kedai runcit, warung, pasar malam)
Cashless ( Paywave/Debit Card) Groceries : Mydin, Tesco, Giant, Watsons
Foods : KFC, McDonald's, Starbucks,
Toiletries : Watsons, Guardians
Fuel : Petron, Shell
Entertainment : Netflix, Spotify
E-wallet (Touch n go / Boost app) Top up : Celcom , Tunetalk


Aku senang track duit aku ke mana bila aku pakai card, buka je apps terus boleh tengok duit keluar-masuk. Kalau e-wallet ni pulak, aku prefer pakai boost app sebab selalu dapat cashback bila aku top up apa apa. Kadang dapat RM 1, 75 sen. Bergantung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

So this is how I manage my money sekarang. Alhamdulillah setakat ni, aku dah jadi kurang boros sikit. Hehehe.

Sooo tu je kot sedikit tips pengurusan kewangan aku? HAHAHA. tips sangat uwuw.

and satu lagi..

Kalau nampak kawan-kawan susah tu, belanja la sikit. Dalam rezeki kita tu, masih ada rezeki orang lain. Mana tau hari ini hari orang, esok lusa nanti hari kita pulak. Selain tu, boleh paw member-member korang yang korang rasa macam dia tengah happy. ahahahaha. tak delahh. sis gurau. tapi.. apa salahnyaa eenn. heheheks. 

k. rak lu. hihiks. 

 
spread love

8 comments:

  1. Samalah. My mum pun cakap, duit habis sebab makan takpe. Tu yang kadang terbabas belanja tu sebab banyak beli makanan. Hahaha.

    For me, I prefer paywave as well as I use credit card most of the times. Senang nak track pun iya juga. Cash jarang sangat guna sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. hehehehe. betul tu sis. bab makan ni jangan berkira. XD. and yes. pakai card lagi mudah untuk track!

      Delete
  2. waah, sangat bermanfaat post ni! Sya pun tahun ni start nak save money for my future hee :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/jom-beli-novel-ain-maisarah.html

    ReplyDelete
  3. Ayah pun cakap makan jangan tak makan , tak cukup duit makan cakap. huhuhu. akak kalau gaji memang bawa sepuluh dua puluh hengget je dalam purse

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, kan. aina pun sama. bawa banyak2 nanti cept habis.. tu tak campur dengan makanan kudap2. ememememe

      Delete
  4. Mrs. A kalau bab makan susah sikit nak jimat hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehhee, kann. yang lain boleh tangguh. tapi makan.. tidak sesekali. huwuhwk

      Delete

Hampa komen, hampa comel :)