Final Sem.





Assalamualaikum.. pekabaa chuollss!

Pejam celik pejam celik, pejam-pejam, celik-celik aku dah masuk sem 3 dah weh. Final sem untuk foundation aku. uwu. Pantasnya masa berlalu sampai tak terasa langsung dah nak habis asasi weh. Masih terbayang hari pertama pergi ke UniSHAMS bersama-sama dengan adik-adik dalam kereta aku. 

Masih terbayang hujan yang menitik sebaik sahaja usai program pendaftaran pada petang itu, tidak sempat aku bersalaman dengan adik-adik aku. Dalam tergesa-gesa itu, sempat aku bersalaman dengan ibu ayah sebelum mereka pulang. Laju berjurai air mata aku di dalam kereta sebaik sahaja aku menelefon mereka. Sungguh, pantas masa berlalu. 

14 April ni, InshaaALLAH tamat sudah dunia asasi aku di sini. InshaaAllah akan bersambung episode baru pula. 

Cuti sem aku 2 minggu sahaja, tak lama. Asasi aku hanya selama setahun dengan 3 sem. Degree nanti aku merasa la cuti sampai muntah. lols. 

Sebenarnya aku sedih.. sebab nak tinggalkan geng-geng diva aku. Entah course sekali ke tidak. Uhuks. Bakal rindu drama-drama dalam kelas tu. Bakal rindu semua gelak ketawa itu. WAAAAAAAAAAAA. BARU 2 MINGGU START KELAS DAH FIKIR BUKAN BUKAN. 

Sem ni, aku akan belajar 6 subjek dengan beberapa jam kredit tah. Lupa pulak. Aku baru je ponteng kelas arab sebab aku tak de mood nak ke kelas arab. nanti aku pergi lepas ni. inshaaAllah. Ustaz tak kenai aku. hehehehhehehe. Dia kenai student yang lawaa ja. 

Tadi petang sepatutnya ada kelas fiqh muamalat.. tapi tetiba lecturer ada meeting and lupa nak inform kitaorang. Jadi..

So dramatic these girls. awww.


 YEAH. WE'RE DOING PHOTOSHOOTT UWU!

Apa-apa pun doakan kitaorang tamat asasi dengan jayanyaa dan stay strong always. Divass! Yuk tamatkan foundation kita dengan senyuman dan buat yang terbaik untuk sem ni. Lovee chuoolss! Doakan kitaorang semua dapat pointer niceeee semua. Doakan project kami berjalan dengan baik. doakann yang terbaik untuk kitoarang.


spread love ♥

10 comments:

  1. salam aina, moga dipermudahkan segala urusan, moga dapat tamatkan asasi dngan jayanya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sis atas doanya! inshaa-allah. hehe

      Delete
  2. Semoga korang dapat pointer yang terbaik. amin ~

    ReplyDelete
  3. Goodluck final sem!!! Sikit je lagi 💪🏻

    ReplyDelete
  4. all the best adik manish. jangan banyak main sngt.
    eeeh ? hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh eh? mana ada main main. >< terima kasihhh tauu!

      Delete
  5. Goodluck sis! you can do this :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Woww dh final sem asasi eh? Allah yaftah alaik... Saya pulak habis asasi bulan Nov tahun lepas... 27.1 ni In Sha Allah mula degree pulak..! =)

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)