Goodbye, Aspril.




Assalamualaikum peep, it's me again. AINA. UWU

Dah lama sebenarnya aku nak buat post pasal ni. Pasal asasi life aku yang berkahir dengan jayanya. Foundation life yang banyak mengajar aku pelbagai perkara dalam kehidupan. Bertemu dengan kawan-kawan yang lebih muda dari aku kebanyakkannya. Budak-budak lelaki yang annoying gila tapi baik hati la jugak kadang-kadang.

Kita semua berjumpa secara tak rasmi pada 31 June 2018. Perkenalan tidak rasmi semua orang. Kita (Asasi Pengurusan intake April) tak ramai macam budak Pengajian Islam. So pergi mana-mana rasa macam asyik terserempak dengan muka budak budak inilah. Pergi pasar malam terjumpa, pergi kelas jumpa.

Sejarah nak dapat seketul gambar ni pun panjang. Susah betul nak ajak budak lelaki bergambar sekali. Bukannya kitaorang nak buat benda bukan-bukan pun. Ambil gambar sekali sebagai tanda kenang-kenangan je. Sebab sem 1 dan Sem 2 semuanya tak nak ambil gambar sekali. Mujur dahh sem 3 dengar cakap. Geram betul sis.

So inilah barisan kawan-kawan aku yang banyak membantu dari segala macam hal. Time kereta bateri habis, sanggup datang tolong. Kereta rosak, mai pick up aku dekat rumah sewa. Barai buat tutor sama-sama. Barai buat assigment. Buat kerja gila last minute. Sumpah rindu. Aku lah manusia yang paling terkesan sekali merindui dorang, sebab aku dah course lain. Dorang mostly course sama.

Dear Aspril, 
If you've ever come across my blog, thank you for creating memories for 1 year. To be honest, I was scared to go enter a new life. A new chapter. But you guys cheer me up when I was down. You guys make my life colorful. You guys bring out the best of me. I meet my new me. I meet a good lecture tooo!! Thank you so much, my lovely lecturers. My prettyy girlfriends and my annoying boy-friends? Luls. 
I never thought I will make it today without you guys. Eventho, I still have a long way to go. But you guys give me a new best first chapter in university life.  I love my girl friendsss of course and all my lecturers. 

Sorryy kalau tercrop. ehek. 


Yang ni je aku nak share hari ni. Ayah aku dah panggil suruh cucuk sate. uwu.

Salam Aidiladha babes! 


No comments:

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)