JJCM : Ezy Delites Cafe



Assalamualaikum and hello gaiss.

Sooooo, baru-baru ni aku ada pergi lepak satu cafe yang ala-ala hipster ni. Actually nak ke sini memang unplanned gila. Sebab aku yang pertama sekali, long-short storynya, member aku nak belanja. Keluar je dari Exit Tol Sungai Petani Selatan, terus aku park di bahu jalan. Memikirkan kemana kami mahu mengisi perut yang kosong.

Tetiba aku teringat ada satu kedai ni, aku punya naqibah usrah ajak aku pergi tapi sampai sekarang tak de peluang nak pergi lagi so terpaksa tangguh dan tangguh sebab masing-masing busy dengan study. HAH. Amik kau, aku rap terus.

So without wasting our time, kitaorang terus google location and follow maps dan Alhamdulillah sampai dengan jayanya.

Macam ini lah rupa kedai tersebut.



Judging from the outside boleh agak makanan dia berapa kan? Harga dia memang a bit pricey for student macam kitaorang ni, tapi still affordable. Saja-saja nak try kan? Apa salahnya kan kan kan?



Chicken Chop with Black Pepper Sauce and Grilled Chicken with Black Pepper sauce 

Chicken Chop and Chicken Grilled
PRICE : RM 12.90 each //(If I'm not mistaken) 

Tbh, I lagi prefer chicken chop dekat my hometown because selain harga dia murah sikit, ayam dia lebih juicy instead ayam yang ni a bit dry so I macam tak feeling sangat nak makan dia. Boleh je nak repeat kalau dah teringin sangat kan? But depends on people. For chicken grill dia, I memang prefer sini. tetiba je I, hahahahahha. gedik. But honestly, chicken grill dia better dari chicken chop dia. 



LOOOKK AT THE PIZZAA! 

Classic Pizza 

RM 14.90 - //(If not mistaken tooo)


Pizza ni. Sumpah. BAE. GILA. OMGS. SEDAP SANGAT. Actually I macam tak tahu nak makan yang mana dulu ok because both are my fav. Tapi. Tapi. Tapi. Pizza ni buat I makan bergilir-gilir dengan chicken chop I, because I can't chooosee?!  

Sebabkan base dia nipis, and you can taste semua cheese and chicken yang dia letakkan di atas pizza tersebut. Crust dia memang crunchy. Bayangkan panas-panas makan. YOU RASA? WOHSHBJ. I'm going to repeat this soooo soooo much. Sedap sangat. 


And lastly for our beverages, my friend choose classic Iced Lemon Tea (RM 5.90) and I choose Mix Berries (RM 7.80). 

Iced Lemon Tea was okay. Just like mamak and homemade drink yang selalu kita buat. Nothing special. So I was wondering the taste of Mix Barries... OMGS. I wissh I order air kosong je. The taste rasa macam ubat batuk kanak-kanak? Something like that? So I memang main telan je. Another time I datang, I'm going to taste another drink. No Mix Berries for me anymore!

Kawan aku pun dah gelak sakan tengok aku minum ubat batuk. 

Anywaayyy, overall aku puas hati gila lepak dekat sini. Oh lupa, fries dia sedap gila. Aku rasa macam nak datang beli fries. Tapi fikir jauh gila nak mati. Better aku balik goreng kat rumah je la. Sumpah friess dia da boomm. ehek. 

Staffs are so friendly and kind and they played some good songs. and you eat in a cozy environment. 

They accept card! :D 

So around RM 52.00 for both of us. 


Okay, lemme know mana tempat makan yang best lagi so that, ME AND MY SQUAD boleh makan-makan. wwhehehe. 


2 comments:

  1. Hai. Murah juga chicken chop tu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, tak berapa nak mahal sangat sebab environment dia pun sangat2 best. sesuai dengan suasana dia. hehehhee

      Delete

Hampa komen, hampa comel :)