AsasiLife: Tasik & Pizza


 

27.4.2018

 

Petang itu setelah kelas tamat aku memacu laju kereta aku menuju ke Sungai Petani. Demi mencari beberapa kotak piza. 

 

Kebiasaanya kalau tiada yang sudi temankan aku, memang bersendirilah jawabnya aku ke sana. Memang mak ayah aku tak izinkan kalau nak pergi mana-mana bersendirian. Bahaya. Jadi apa-apa dekat tengah jalan macam mana.

 

Tapi tulah, kalau dah mengidam tu, apa yang boleh aku buat? Food is life!

 

Sejak dalam kelas aku terbayang-bayang nikmatnya makan pizza di tepi tasik. 

 

Sepanjang perjalanan aku sedang berkira-kira untuk beli pizza apa. Beef paperoni? Chicken delight? Sekotak personal atau medium. (eh ye ke medium? tapi saiz no 2 tulah, dekat pizza hut) Biasalah kita ni kan student. Hari kaya sikit merasa la makan sedap sikit. Mai hari pokai, kan dah beli nasi lemak buat makan 3x sehari. 

 

Oh ya, kali ini aku tak bersendirian. Bersama dengan partner in crime aku, Anis. 

 

Setelah sejam perjalanan, (termasuk pergi dan balik) akhirnya piza yang didambakan berada di dalam dakapan kami berdua. Lihatlah kegigihan aku dengan makanan. That's what we called, LOVE. My love towards food adalah cinta ikhlas. Cinta yang tiada tolok bandingnya!


Dalam kereta aku memang dah sentiasa tersedia tikar. Tikar yang ada dalam kereta tu. Dia bukan macam tikar sangat, tekstur dia macam karpet bulu-bulu. Tak pe, nanti aku tunjuk gambar. 

 

Aku memandu kereta ke tasik. Setelah kereta di parkirkan, aku mematikan enjin. Anis membawa keluar plastik yang berisi kotak-kotak kesayangan. Laju aku membentang tikar 'mewah' aku ini. Sambil bersembang di bawah matahari yang hampir terbenam, sambil menikmati berkotak-kota pizza yang dah suam-suam. Memang layan betul ye!

 

Tercapai satu hajat aku untuk picnic di tepi tasik uni aku yang gersang tu. Hahahahaha. Thank you Anis sebab selalu teman kawan hang sorang ni. Uhuks!


So here, aku kepilkan bersama gambar kenang-kenangan untuk tatapan anda semua. Ehek!

Pizza & Sunset

 

 

Itu je untuk hari ini, terima kasih sudi baca. :)

p/s: I'm writing this because I've been missing food and friends. But, i don't want to go back to uni yet, because I'm scared with all these covid-things.

Adios

4 comments:

  1. Nikmat menikmati makanan sambil menikmati alam

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat mancing kat tasik tu best ek
    Selamat menjamu piza

    ReplyDelete
  3. wah, best kalau nak layan perasaan ni xD

    ReplyDelete
  4. amboi, seronokk nya makan piza kt tepi tasikk :)

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)