Happy 2 Weeks Sayangs!

Aina Akmal 5 Comments

Assalamualaikum!

 

Hehe, hari ni aku nak share pasal anak kucing. Bukan anak aku. Aku ada anak tekak je ye. Anak tudung tu bonus. 

 

Pada 2 Mac 2021 yang lalu, kucing aku yang bernama Stokin telah selamat melahirkan dua ekor anak kucing yang pada awalnya tak nampak comelnya. Tapi sekarang kecomelan itu semakin terserlah. Dan warna anak dia tak sama dengan warna maknya. Dua-dua warna lembu. Stress pulak aku. Tapi hari tu nampak dengan jantan oren putih. Musykil ye. Musykil. 


Actually, we are come up with few names. Bermula dengan nak panggil chagiya dan yeobo yang bermaksud sayang dalam bahasa korea if not mistaken. So bila panggil tu boleh panggil CHAGIYAAAAAA macam dalam citer korea tu.  Nama ini di persetujui oleh Angah dan aku tetapi di bangkang oleh Kak Cik. Katanya pelik-pelik je nama tu. 


Aku bagi option yang kedua. Iaitu, Stella dan Luna. Yang bermaksud bintang(Stella) dan bulan(Luna). Kak Cik setuju. Sebab bunyi nama girly-girly dan gedik macam tu. Suka sangat lah dia tu. Angah ni jenis yes man je. Malas nak gaduh. Kaki gaduh aku dengan kak cik la. I also don't mind. Nama mak dia dulu, aku yang bagi.Ye, stokin. HAHAHA. Aku lah yang bagi nama dia. 

 

Tengoklah kaki dia macam pakai stokin kan? Hahaha, simple je nama dia. Kucing kutip je dekat jalan. :) Anak pungut nih. HAHAHA. 

 

So after maghrib tadi, aku tanya lah my sisters. Korang bebetul nak letak nama chagi dengan yeobo ke? Lepas dah revised segalanya. We decided to name them Sayang Stella dan Sayang Luna. Cuteee kan?! So kalau nak panggil serentak boleh panggil SAYANGSSS!! OJSDSBDHSDJAS. OMG CUTE! Imagine panggil makan dan main, SAYANGS BALIK! UWAAAAAAA. HAHAHHAA. Biarlah single ni. 


Oh sebelum terlupa, Angah nak namakan dorang Copper and  Tellurium. sebab nanti gabungan short form dorang jadi CuTe. Incase korang terlupa, Copper (Cu) and Tellurium (Te) are elements in periodic table. Chemistry thingy gitew. Dan nama ini di bangkang sekerasnya.


 

 

 

 

Aku rasa boleh dah mak depa ni pergi register nama dekat pejabat pendaftaran haiwan (kucing). Supaya binatang lain tau nak panggil budak dua ekoq ni nama apa. OK. Byeeeeee. Doakan The Sayangs membesar dengan sihat dan berjaya! Hehehe.

Happy 2 Weeks Sayangs! 💖💋


5 comments:

  1. Ha aa la emak dia pakai stokin
    Cute dua2 budak tu

    ReplyDelete
  2. Hahaa comelnyaa nama stokin ^^

    ReplyDelete
  3. Mencuit hati korang ni....hi hi

    ReplyDelete
  4. suka tengok kucing tapi tak suka nak bela, takut kang kena cekik ngan kekanaks dalam rumah ni

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)