lie after lie

Assalamualaikum!

Kurang lebih 24 jam lagi aku akan ada ujian lisan Bahasa Arab (syafawi). Bad news aku masih belum study, and good news aku ada lagi masa walaupun sedikit. 3 hari cuti ni, memang aku cuti betul-betul.Tak ada mood betul aku nak siapkan kerja. 

 

Asyik tertangguh je. 

 

ok, back to main story kita pada malam ini. Tadi scroll tiktok, nampak ada satu video suggest kdrama. Tajuk dia, lie after lie. Tak sempat dia cakap sampai habis lagi aku scroll laju-laju. Bukan sebab aku menyampah kdrama ye. BUKAN SAMA SEKALI. sebabnya, aku tak nak dengar spoiler. Aku dengar dalam few seconds terus aku pergi download. 

*SPOILER ALERT*

 
Ji Eun-Soo (Lee Yu-Ri) is a daughter-in-law of a powerful chaebol family. She suddenly she becomes a murderer, who killed her husband. After she is released from prison, she tries to get her daughter back. She approaches Kang Ji-Min (Yeon Jeong-Hun), who has adopted her daughter. He is a cool as ice reporter. Ji Eun-Soo pretends to fall in love with him and attempts to marry him to become the stepmother of her daughter. (source:https://asianwiki.com/Lie_After_Lie
 
 

Sebenarnya baru satu episod. Dan aku menangis dah. 


Aku tak boleh tau tengok drama ada baby hidup susah ni. Aku rasa macam anxious lain macam tau. Tapi cerita ni memang best. Cuma masa aku tengok tu memang sesak dada juga lah. Aku beberapa kali ingatkan ni cuma drama sahaja. Mestilah baby tu ok je. Mak dia ada dan sebagainya dan maybe a few scenes tak pakai baby betul dan tangisan baby tu sekadar edit je. 

 

Aku dah perasan poster cerita ni lama dah, cuma tak tahu lah kenapa tak tergerak hati nak tengok. Mungkin bukan tengah mood sama kot. 

 

Episod first dia dah bikin aku menangis weh. Ayah dia mati, anak dia kena bagi dekat mak mertua, dia pulak kena tuduh bunuh suami dia. Padahal laki dia abusive nak mampus. Pukul bini dia time bini dia mengandung. Lepas tu cakap anak dalam perempuan tu bukan anak dia. Wah. MEMANG SETAN YE. Geram pulak aku. Emosi yeeee aku tengok episod 1. Tu pun tak habis sebab aku lapar, then aku keluar cari makan. 

 

Makin emosi bila makanan dekat dapur habis. Uhuks. Aku masak, aku tak makan. lkajbhflajhad. Hampir aku menangis gara-gara lapar. Last-last pergi lah aku mencari nasi goreng di petang hari bersama dik yam dan makan dalam kereta dekat taman permainan. uwee.  Bonus bersama dengan burger untuk aku dan benjo untuk adik aku. Alhamdulillah kenyang.

 

Ok, sekarang aku nak pergi sambung tengok dalam dua-tiga episod, pastu nanti aku datang sini rant. HAHAHAHA, dan aku sambung study. Ceyyyyy. Doakan guweee. Moga seketul Aina menjadi seorang yang rajin dan berjaya. Hiks! 

 

dan kebetulan pulak kan tajuk drama tu perangai macam aku, lie after lie. Sembang pagi tadi nak study, pastu sampai petang tak study. Dusta selepas dustaa. JDSJBDS. WHY AINA WHY? 

 

Akhir kata, korang jomlah tengok kalau nak merentan sama sama. Muah! 💋💅👀


4 comments:

  1. ainaaa. nampak menarik citeeee ni. tapiii akk taklehhh ngok cite sedih2 nii.. hahaha

    dah,dah piiii study sana! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, bukan selalu. XD

      dah study dah! hehe alhamdulillah semua ok ajaa. hhbhbdhbshd. :)

      Delete
  2. slow-slow letak dalam to-watch list. good luck sis utk Arab test!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, tengok tau! memang best sangat! thank youu for warm wish! :)

      Delete

Hampa komen, hampa comel :)