post-midterm

Assalamualaikum, 

5 minit juga aku menulis padam dan menulis semula. Bingung nak tulis tajuk apa. Nak cerita pasal pergi makan dengan shopping je. Tapi rasa macam susah pula nak pilih tajuk. Tak nak lah tulis tajuk berjalan-jalan dan makan bersama adik tersayang. Rasa macam buat karangan zaman sekolah pulak. Hehe. 

Aku tak tau lah bila berapa kali aku tulis aku nak buat comeback. Maybe I should just write whenever I want to write kot, instead of memang fokuskan diri aku nak menulis semula. 

Setelah berminggu-minggu aku berkurung dalam rumah disebabkan PKP 2.0 ni, memang tak ke mana lah cerita dia. Aku memang jarang keluar rumah kecuali ada perkara yang berkeperluan je. Memang sebelum pkp lagi pun aku bukan jenis keluar rumah sangat. Cuma bila tak boleh keluar dengan malas keluar ni tak sama. 

 
Keinginan nak keluar bila kena kurung ni lagi membuak-membuak. Tambahan pula, kawasan tempat tinggal aku pulak meman sebuah pekan yang kecil sahaja dan di kelilingi pokok-pokok,hutan dan sawah padi. 

Kebiasan aku selepas habis midterm dekat uni aku akan pergi makan-makan dekat luar. Tengok wayang ke, shopping ke atau apa-apa yang patut. Self-reward istilah orang sekarang ni panggil. 

Jadi minggu ni dan minggu lepas memang bersusun test midterm menanti aku. Barai sungguh. Penat menghadap komputer dan telefon. Rasa kematu pungkoqq ni duduk mengadap benda tu ja hari-hari. Tengok drama kat situ, tengok kerja kat situ, sembang kat situ. WOI TEPU OTAK NI WOI. 


Hari Rabu lepas aku keluar dengan angah (my sister). Aku dengan Angah ni kira partner-in-crime aku lah dekat rumah ni. Aku habaq kat ayah kata nak keluar. Ayah aku buat diam ja. Aku cakap dekat ayah aku, diam tanda setuju.Kena la jeling sekilas hahahahhaa, tapi kita kira YES la tu. Biasalah ayah-ayah. Tak cakap banyak en. 

Aku mula ingat nak pergi picnic la kononnnnnn. Kononnyaaaa. Akan tetapi kedua-duanya tak ada mood untuk berpanas-panas dan bersusah payah. HAHAHA. Nak makan dekat tempat aircond la cerita dia.

Setelah ditimbang tara, Seoul Garden menjadi destinasi pilihan. Huewhhehhe. Craving lama dah.. tapi macam macam halangan tiba. Huhuhu. 


Start makan pukul 7 malam. Keluar dari situ lebih kurang pukul 8.30 macam tu. Memang sampai tahap nak muntah la makan dekat situ. Kenyang betul. Tak main main. Masuk Kaison, hmmmmm barang comel-comel semua. Amik la 2-3 barang. Hehehe. Nda tahannnnn. Entah lah, apa benda lah yang aku amik. Selain eco, inilah adalah antara kedai berhantu jugak. 

 
Yang gambar kucing tu, tabung tau. Aku amik sebab RM 5 aja. HAHAHAHA. Comel dan murah! Hehehe. 

Sebelum kami borong satu Kaison dan beli kerana comel, lebih baik keluar cepat-cepat. Bahaya!


Pergi Typo. Lawa pulak eh tumblr dia. Tengah promosi pulak tu. Aku ni tahan diri dari beli shopping online macam-macam. Bila dah nampak depan mata ni.. uilbdhbdka. Aku macam tak leh nak control. End up aku beli la tumblr tu, dia panggil smoothie cup. Dah lamaaa dah aku teringin. Eheks!

Lookk at thisss beautyyy! Hehehe. Berat betul bekas ni. Silap hari bulan boleh la kalau nak buat angkat berat. Harga asal RM 75, tengah offer tinggal RM 45. Hehehe. Berbaloiiii kot ??? hsbhabhas. 

 



Then suddenly teringat Bath and Body Works.

Aku teringin nak beli candle Bath and Body Works. Banyak betul ehh kau teringin Aina. Uhuhuhhu. 

Sejak terjebak dengan scented candle ni rajin betul aku cari pasal candle. Fefeling romantic begitu dan wangi bilik tau! Aku hari tu beli yang murah-murah je dekat shoppe. Aku jadi macam adict sikit dengan scented candle.

Dari sales BBW tahun lepas lagi aku dah usha harga dekat website dia. Aku pun ada tengok yang personal shopper jugak.  Aku macam fikir banyak kali nak beli ke tak. Sayang duit betul. tapi teringin. tapi... tapi tulah. sayang...

Jam dah menghampiri pukul 9.30 malam. Sudah hampir closing time. uwuwu. Aku cakap dekat Angah, selagi tak tutup kedai, kita jangan keluar dari mall. HAHAHA. Cepat-cepat la kami pergi ke BBW. Masuk kedai tu kami bau macam ayam bakar sebab pergi Seoul Garden.  Keluar bau macam minyak wangi. Try macam-macam tester. 

Niatnya nak try bau je. Sebab first time pergi. Eh eh, keluar dengan barang pulak dekat tangan. Uhuks! Bila tengok online boleh je tahan, tapi dah pergi physical store ni... hmmmm. Habis saving aku. Bukan selalu pun pergi beli. Ayat sedap hati hiks. 

Cantiikkk kannnn??? ahhahahsbhshajs. bukan candle je aku beli, body mist pun akuu beli. Nakk cuba alasannyaaa. HBAHSH.




Nak sedap hati lagi rasa sayang dan serba salah ni, biarlah menyesal beli dari menyesal tak beli. Tapi masalahnya aku suka dengan semua tu. So... tak perlu rasa bersalahkan? Lama aku tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Ceyyyy. Self reward gituh! 

Ok tu je kisah aku hari ni! Byeeeeee! Hehehe. Have a nice weeekend everyone! 💋💔

6 comments:

  1. Kai pun pakai a thousand wishes! suka sebab wangi sangat hehe. bila wangi baru ada keyakinan xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, wangii betul! Aina tengokk packaging dia cantik! first time nak tryy ni. :)

      Delete
  2. wowww, tempat makan fav akk tuu seoul garden. sekarang anak pon dahhhh ikot tekak cm mamanya. hekhek

    akk minat box comments aina nii. tutorial plessssss ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, kannn! buat makan sekali sekala dengan family. memang syokk. :D

      // comment box ni datang sekali dengan template blog ni.

      Delete
  3. Murahnya tumbler cup typo tuu

    ReplyDelete

Hampa komen, hampa comel :)