5 Tips Move On

Aina Akmal 11 Comments



Assalamualaikum


Hari ini aku ada tips sikit nak share dengan korang semua. Tiba-tiba tadi dalam kereta tengah dengar lagu jiwang lepas tu teringat dekat kisah-kisah bawang masa muda-muda dulu. Terus dapat ilham nak tulis pasal tips ni.

Macam mana nak move on? So basiclly nasihat aku ni only applied on human. Kalau binatang sys tak tahu macam mana. K lah, hambar lawa kau aina. K.


First of all, 

DELETE SEMUA PERKARA YANG BERKAITAN.

This method actully works for me. Aku delete berkenaan pasal seorang hamba Allah ni. Anything related to hamba Allah tu macam gambar maybe, social media or anything else, tapi bukan sebab aku benci dengan dia. 

Tapi nak bagi peluang dekat diri aku supaya move on and terima takdir yang setiap manusia yang kita jumpa ni ada benda yang Allah nak kita pelajari. Tak kisah manusia tu lelaki atau perempuan, tua atau pun muda.


Second,

JANGAN LAYAN LAGU JIWANG

Kalau korang dengar lagu seriously, korang akan menangis tersedu-sedan. Okay lah kalau untuk sekejap je. Kalau dah sampai dalam toilet pun sambung menangis lepas duduk bawah shower tersedu tu. Dah la tempat saitan. 

It's okay to cry, jangan simpan menangis tu. Tapi bila dah okay sikit baca quran, kalau malas sangat pun pasang bacaan quran. Apps Quran dalam phone tu boleh baca, gunakan teknologi sebaiknya. Better kita mentadbur and end up crying for our sins. 

Trust me, Allah mengetahui segalanya. 


Third,

SIBUKKAN DIRI

Okay, maybe korang boleh start dengan kerja-kerja yang ringan. Kemas bilik contohnya. Lepas tu kemas rumah. Mungkin boleh cuba hobi-hobi yang baru. Anything yang korang akan gain benefit dari korang punya aktiviti. 

Kalau korang penat, end up korang pun tak ada masa nak layan perasaan.


Forth, 

TALK TO YOURSELF

Kadang kita rindu, kadang kita geram pada kenangan lalu kita. Tak salah nak teringat pun. But deal with it. Pujuk hati, kita marah pada benda yang dah terlepas sedangkan perkara tu Allah dah takdirkan kita untuk laluinya. Jadi pada siapa kita marah.  dan perlahan-lahan kita akan belajar redha. 


Fifth,

HADIRKAN DIRI KE TAMAN SYURGA

Maybe some of us tak sempat nak pergi, penat dengan urusan seharian. Tapi sekarang kita dah ada internet. Dekat youtube banyak rakaman-rakaman taman syurga yang boleh kita dengar. Aku suka dengar Ustazah NorHafizah. Highly recommded. Kerana butiran-butiran yang baik tu, inshaaALLAH semuanya datang daripada Allah. Atas izin Allah semuanya. 


I share tips ni based on my experience. Beberapa tahun sebelum ni banyak kerenah manusia yang aku hadap sampai kadang rasa nak give up. and ni sebahagian je dari tips aku.  Tulis banyak-banyak nanti korang letih pulak nak hadam. hehehe. Peace no war. 


Okay gais, drop your comment below and lemme know how you handle your 'move on'.





11 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

5 Fav Lagu Cinta

Aina Akmal 8 Comments

Assalamualaikum



Hello there. \waves/ So, it been a while right? Hehe. Out of the blue tulis pasal lagu cinta pulak dan sedar-sedar eh dah sebulan aku habis SPM, dah sebulan aku mereput tak tau nak buat apa, dah sebulan masa berlalu dan nak naik tahun baru dah. Huks.

tbh, aku scroll blog aku ke atas ke bawah tak tahu nak tulis apa, so aku korek je lah idea apa yang ada dalam laptop aku. and terjumpa pulak pasal challenge aku yang tak habis hari tu. Huuhu.

So, for my top 5 cintan cintun song,





1. Kasih-Kekasih - INTEAM

Okay lah, kasi chance sikit. Dah nak masuk 20 ni. Huks. Kalau aku hayati lirik dia, memang buat gediks lah. Acah rasa nak je kahwin. Ini kalau mak aku baca blog aku ni, naya aku kena perli dengan fam.

Tapi itulah, aku sedar diri, hahaha hanya mampu syok sendiri je. Huhuhu.



2. For the rest of my life - Maher Zain

Ehem, lagu ni mak aku minat gila. Kalau aku pasang dekat kereta masa driving boleh mak aku jerit sebab dia syok sangat. So pelan-pelan aku pun berjangkit dengan mak aku , and siap berangan nak suruh laki aku nyayi kat aku. KAH KAH. sedekah lah sikit ketawa, penat aku berangan tau dak. 



3. Bayang - Khai Bahar

Okay, aku memang fans dia, dari zaman dia cover lagu. Suara dia memang power. Aku memang berkenan gila dengan dia. Hehehe. Aku tunjuk kat mak aku, ni bakal menantu mama. Mak cakap hensem. Hahaha, k bang khai boleh datang rumah. HAHAHA. k, acah. Aku tunjuk je kat mak aku video smule dia dengan diana tu. Aku jatuh cinta dengan suara dia. Lagu memori berkasih versi dia memang aku berkenan ehem.

Lagu Bayang tu, seminggu aku dengar sebab tengah heartbroken. HAHAHA. bila ingat balik, mengarut sungguh. Siang malam renung tingkap sambil feeling. 


4. Luluh - Khai Bahar
5. Terus Mencintai - Siti Nordiana

Both of them aku punya reason. VOCAL POWER. aku memang suka gila suara depa. Depa ni sebahagian penyanyi yang aku minat. yang aku sure aku tak minat sangat dengan Aiman Tino dengan siapa lagi entah. Tak ingat nama.Tapi aku tak kutuk depa, masing-masing punya style lah kan. Aku tak boleh kacau. hehe


So that tu je dari aku. Drop your comment below and lemme know your fav love song. Euum .



8 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)