Blessed & thankful.

Aina Akmal 0 Comments

Assalamualaikum peeps! //  beware, this post going to have a lot of picture.

Have you ever take a minute and see what you've now?

It could be anything or anyone. Like your parents, your sibling, your family, your friends... even your pets!

I just had this deep though while showering. HAHAHA. I guess it the best place to have a deep thinking?lol.

Anyway, I just going through my gallery. I just glad to see everyone is smiling, have a real conversation and fun. Like forgetting everything happen in past and not afraid what gonna happen in future. 

I just blessed and thankful ,  
to see my parents smiling when I come home.  
to hear my parents laugh when I called them. 
to hear my sister cry when she going something though
I know she is living, handling pain and studies. 

I just blessed and thankful , 
to see my friends happy.
cheering up and making new friends
to see them smile even tho I know every single one of them
is struggling with their own life. 

and for that, I don't know how much I dustakan nikmat yang Allah berikan. O Allah, please forgive me. 


We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time's forever frozen still

-Photograph, Ed Sheeran

Thank you partner jogging! Berkelah dekat tasik, tukang belanja dan gaduh.

Ye, aku duduk dekat dengan pengatin sebab nak ambil berkat. hahahahahaha, kbai.

I just love this picture. I miss this gurl already!

Partner idiot, blur, co-pilot sejati sangat. HAHAHAH

Classmates tercinta! // First day final sem 2. beberapa hari sebelum kejadian barai yang teruk.


I guess, tu je rant malam ni. Out of nowhere tetiba rasa macam ni. Thank you for coming to my night talk!


spread love

0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

My Fav Cooking Iger/Youtubers

Aina Akmal 2 Comments

Assalamualaikum,


 


Kali ni post aku acah acah sikit, hahahaha. Acah-acah macam orang kisah sangat aku suka stalk ig siapa. lol.

Tak delah, aku saja nak share siapa yang aku rajin stalk kalau pasal makanan ni, sebab aku bila tengok orang masak ni rasa macam therapy tau. Walhal nak masak tu subhanallah. Tak rajin langsung, kadang dah salin ikut dah resepi tu tapi karang bahan itu tak cukup, bahan ini tak cukup.

Kalau masak boleh la ikut hentam je, kalau baking? Mau keras di situ.

Tapi memasak ni, bagi aku memang therapy. Aku kalau dah stress sangat memang memasak je lah. Sebab rasa macam released sangat segala masalah, sebab lepastu boleh makan! Kah!

Okayyy tanpa buang masa ayuh lahh kitaa,

1. Eina Azman



Korang tengok tu, tempting sangat kan dia punya masakan. Padahal masakan dia simple je. Aku kalau dah habis bosan scroll ig, memang ig dia lah aku stalk. Tak memasak pun tak apa. Kenyang tengok.

2.Khairul Aming


Yang ni tarikan utama dia, cara dia mengajar masak tu boleh tahan lawak juga. Aku suka sebab selalunya at the end of the video mesti ada drama pendek dia. Lol. Dan resepi dia sesuai untuk orang yang duduk rumah sewa dan bujang macam aku ni. Kalau setakat teringin dekat rumah sewa tu tak de lah teruk sangat nak craving. //tengok lah cheese tuu, dap em. .______.


3. Buat Orang Lapo

 
Sebagaimana nama channel itu, ye, memang kalau tengok ni memang bikin meleleh air liur. Yang ni resepi yang di kongsi dekat sini memang yang selalu ada je dekat tempat lain tapi kali ini orang melayu sendiri yang handle account ni. 


Actually ramai je lagi yang aku selalu usha, tapi aku dah lupa nama dorang. Sebab aku jenis malas nak follow, nak masak ke apa ke baru aku cari atau stalk. Sampai aku rasa aku perlu berkungfu di dapur baru aku stalk.  Ig sheila rusly pun best jugak, cuma makanan dia selalu letak maggi sedap je. tu je. Satu lagi Tasty. yang tu memang famous sangat kan? Best sangat kalau tengok. 


Tapi pernah je aku follow resepi dari ig dan sebagainya. Alhamdulillah menjadi. contohnya Kek chocolate, lepas tu, laksam, dan sebagainya. Aceeyeyeye, hahaha. puji diri sendiri.
Okay tu je aku nak membebel . Bosan cuti ni nak buat apa. luls.
 
spread love ♥

2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

OLAAA SEMESTER BREAK!

Aina Akmal 1 Comments

Assalamualaikum gais.

 


Hari Khamis baru-baru ni menjadi saksi penutup semester 2. Di akhiri dengan kertas Business Mathematics yang menyebalkan jiwa dan mood. Usai je paper, muka sorang sorang keluar dewan dengan senyuman nipis, sunggul dan sebagainya. Aku rasa macam nak pergi dekat tasik time tu, terjun.

Berbakul jugak lah makian bila melihat soalan. Yang kami mohon dan doa, jangan kena repeat  sudahlah. Aku rasa macam nak menangis gila time tu, tapi Alhamdulillah. For one week yang lepas ada semangat baru yang teman aku. Teman aku take 5 bila aku dah letih nak study. Thank you! 



Habis je paper tu, lepas puas meluahkan peraasaan masing-masing. Kitaorang bergambar, tapi tak cukup orang. Sebab ada beberapa budak perempuan kelas aku dah balik. Dorang ingatkan sebab dah barai , tak akan amik gambar.

Tapi.. perempuan kan. hahahahhahaha bergambar itu kewajipan. cuma muka sorang sorang memang senyum tu nampak laa barai tu. Aku pun tak sannggup nak tenung gambar tu lama-lama. Habis jee paper ,

ada soalan yang susah lagi.

Aku ingat dah last dah paper tu, rupanya soalan ni lagi killer. 

MAKAN MANA?


HAHAHAHA. SETENGAH jam  wei decide nak makan mana. Pagi tu memang aku tak de selera nak makan apa-apa. So tengah hari tu dia punya keroncong malam tu lain macam. Lepas perbincangan yang panjang, kitaorang decide untuk makan nasi ayam.

Petang tu aku balik rumah sewa untuk qado tidur aku yang tak betul dan lepas setel tu semua aku bangun dan main phone sampai 12 tengah malam. Tidur sampai pukul 5 pagi, maybe body aku dah set waktu tu belajar , so aku tak boleh nak tidur. syndrome final teruk . huhuu

Aku kemas lah rumah and apa yang patut and bersiap balik. Pukul 8 gerak, 1030 sampai. Sebelum balik sempat lah menyinggah di Masjid Al-Bukhary sebab kawan aku cakap, aku suka mengadu aku tak de gambar dengan dia. Jadi dia pakai cantik cantik nanti and kita bergambar. LULS.

Sampai rumah, aku keluar dengan kawan. Ingat nak teman dia je, tapi end up melayang juga duit aku... uhuks.

Bulan ni memang sakan weh aku shopping, wuwuwuwuw. mampus gue. benda basic jee, cam shampoo semua tu tapi.. yang macam priceyy sikit sebab nak elok kan. huhuks. tambah bila nampak perkataan sales tu, dia jadi macam. Well hellloooo, you can take my money! 


So yeah, sekarang aku tengah tak tahu nak buat apa dengan cuti aku walhal 2 minggu ajee. WUWUKS. 

Suggest movie ke drama lagi weh. Aku nakkkk kdrama or kmovie, sebab tak de mood untuk English movie.

tu je aku nak membebel hari ni. sekian. Adios! ♥

1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Writer block.

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum.

Actually, I got a lot of things in my mind right now. I want to rant out how tired I'm with upcoming finals, how tired I'm when I'm thinking what should I do in future, but then it comes out nothing. I don't know how to start. I don't know how to express through words.


Maybe I've been in hiatus in a long time, so I need to find back my writing spirit to chase away my writer-block-syndrome.

Oh, btw I want to thanks to all my readers who emailed me and tell me how much I inspire their lives, to keep going in their lives. I love you. Really do.


Btw, do you have any suggestion for me regarding my writer-block-syndrome? 

Adios peeps!

3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Crush(s) who crushed my heart

Aina Akmal 0 Comments



Hello there, it has been a while right?

Idk, suddenly I want to write something. I just kind of missing writing. Missing the feeling to rant out on blog, miss to pour my heart content here.

Recently I had crush on few guys, yesh. Few. A bit tamak kan. lol.

But no worries. I already lost interest in them.

They and their girls. I just can't bear with all those cheep gossip. So I move on.

I dont want to spill the tea. Cause the tea are hot. So let just keep it.

but,

one thing I remember when I told my friend bout them.

one day you will someone deserve you (deserve each other). who will love you with all his heart. will take care of you and stand by you by all means.

dang.


She's right. 


One second, all my feeling to the boys start to fade. I need crush with quality, not someone with good looking and stuff.

I got my right to choose a person who I want to be with right?


So yeah I'm going to fill my head with due date of assignment, study and stuff. Final just around the corner. Stress month going to say hi to me soon! OMG. Pray me.

So, good night love

0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

DONE SEM 1 ✔️

Aina Akmal 2 Comments

Assalamualaikum semua,🙈
 
setelah sekian lama tak berupdate dan cuti sem aku dah pun menghampiri ke penghujungnya, baru datang semangat nak update blog. semester break aku pun tak lama mana pun, cuma 2 minggu sahaja. Tapi cukuplah, 2 minggu ni pun rasa nak pengsan dah aku mereput di rumah.

Sepanjang minggu final, tidur malam aku memang tak tentu arah. Pukul 4 pagi tidur, pukul 6 bangun sambung study math. Something yang aku tak pernah buat sebelum ni, hahahaha. Aku tak minum kopi, sebab nanti aku lagi double tak betul. Aku memang suka kopi, sedapp weh. Tapi.. nanti aku sembelit, satu hal pulak nanti time exam perut jadi tak betul.

Tipsnya, habis paper pagi, aku pergi hentam tidur petang.

Cerah mata aku weh. Yang aku doa jangan sampai aku microsleep tengah tengah jawab je. Karang sedar-sedar tak jawab satu apa. Hari paling barai aku hari Khamis, aku tak tahu apa yang aku jawab, dengan harapan tak kena repeat sahaja.

Keluar dewan masing-masing memang mampu gelak dalam duka. Muka budak budak kelas aku memang tak boleh blah sorang-sorang. Aku keluar setelah satu jam setengah berada dalam dewan. Dah habis dah aku goreng, betul tak betul, aku serahkan kepada Allah jelah.

Di luar dewan, kitaorang menunggu geng geng gegirls keluar, sebab plannya petang tu nak bergambar dekat tasik sebab hari last jawab paper kan. Hilangkan stress. Kitaorang cadang nak amik gambar satu kelas, tapi tu lah budak laki kelas aku ni ada sorang hamba Allah perangai dia macam syaiton sikit. Jenis yang malas nak support apa yang budak perempuan nak buat.

Dia sorang je perangai macam tu, yang lain okay je. Sebab aku tahu perangai dia macam tu, aku malas nak ajak budak laki. Bosan. Macam la orang nak bergambar sangat dengan dia. eww.

So habis je semua geng gegirls keluar dewan, kitaorang bergerak ke tasik untuk bergambar. Yuhuhu! Senior cakap, batch dorang tak de pun yang minat pergi tasik, tapi intake kitaorang suka betul tasik tu. Kalau ajak sapa-sapa pergi tasik, selalu ON je. plus dalam kereta aku memang always ada tikar, ready untuk picnic yey!

Hasil photoshoot petang itu,



Shoo-ing all the stress away!




teman sepelarian bila pusing u, teman makan, teman jalan, teman gaduh 🌸




Usai je bergambar kitaorang gerak ramai-ramai pergi makan dekat luar kampus. Alah, tak jauh pun, keluar gate belakang dalam 10 min naik kenderaan dah sampai.

tak plan pun sebenarnya, tapi semua lapar petang tu sebab dorang tak breakfast dan lunch nasi so masing masing kebuluran. Aku lunch nasi dulu, nanti gastrik jadi satu hak pulak kan.





Bayangkan semua geng gegirls ada weh! just 2-3 orang je yang dah balik. Memang 3 meja kami penuhkan. Kedai tu jadi macam kami punya. Sumpah bising! Biasalah duduk dengan jenis kaki bahan. Memang meja tu serupa persidangan parlimen.




So girls! Let face new sem with new semangat dan the sam dua'. Stay together DIVAS!









2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Happy Belated Birtday for Myself!

Aina Akmal 10 Comments

 After 2 weeks tak bersiaran, hari ini aku kembali semula. Sebab tengah ada free time and my hotspot laju sangat because I got free data and now I'm free for while. Enjoy while it last kan?

Actually, I got tooooooooo many stories to write and tell you, but I'm too lazy to edit the pictures and  stuff and also sometimes I got no time. My birthday actually dah lepas beberapa minggu yang lalu. memang dah lepas.

And this year, birthday aku di sambut. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. So yah, I'm officially 20! Yoooo good bye teens!   

and aku dapat suprise from my roomates.


yeah. I;ve been wishing this every year. ehem. but yeah. nobody cares. lol. ni gara-gara soc med yang influence sangat diri aku untuk dpaat suprise blahh... blahh. soc med adalah bad influnce, padahal benda ni tak perlu pun.. tapi deep in my heart, mestilah teringin.



 and aku hargai sangat-sangat effort depa. Memang berjaya ah depa berlakon depan aku. Sampai aku blur tahap tak tau nak cakap apa.

Dorang beli time kitaorang keluar ramai-ramai untuk buka puasa dekat Amanjaya Mall,

then suddenly,

Dorang cakap dorang pergi toilet lepas tu cakap singgah kedai kek sebab member tempah siap cakap kek tu untuk lelaki. So aku faham jelah. mesti lah untuk bf ke apa ke, tak de lah letak harapan apa-apa langsung. memang aku balik bilik lepas tu lepak-lepak dengan semua orang.

lepas tu makin hilang pulak orang dalam bilik, aku cam geram jugak lah, sebab janji nak tengok movie sama-sama lah kan. huhuuhuh.

tetiba lampu di tutup and dorang nyanyikan happy birthday dengan bawa cake yang ada candle. and aku punya blurr tu... sampai tahap aku boleh tanya..

BIRTHDAY SIAPA NI? 

Kak Anis la! Dorang jawab dengan confident.

Lepas tu  memang speechless, tak tahu nak nanges ke nak happy, sebab aku still tak boleh nak percaya sampai hari ni. Serious weh! Thank you so much! Thanks kepada mastermind. Shal & Bal. and yang terlibat untuk menjayakan hari yang bermakna ini, Aina, Fatin, Cah and other!

love you gais to moon and back! thank you so much gais! I bless to meet you guys. We just met at that time. Around 1 week only... but they are sooooo kind.

If you want give me hadiah just gimme money. hahhahahhaa. pm tepi and I will give you my acc no.! Hahaha. Bye.

10 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Minggu Silaturrahim - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Aina Akmal 3 Comments



Before this, aku ada share dengan you guys the new chapter of my life kan? So yeah, I wanna share about how my life, my new friends, and stuff. Lemme start with Minggu Silaturrahim (MSR) because I already missing MSR so bad. How I wish this week will not end. 

Pada pagi Sabtu (31 Mac 2018), kami bertolak dari sebaik sahaja selesai solat subuh. Dan dalam 9:30 sampai di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) untuk pendaftaran asasi intake APRIL 2018. 

Before I go very detail about my life, let me introduce my uni first. Before this, known as Kolej University Insaniah. Located at Kuala Ketil, Kedah. And just two months ago dah di upgrade to Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. So we're the first batch for UniSHAMS. 
tbh, I really nervous. but all I can do is pray and keep praying supaya Allah mudahkan urusan and let me meet new good friends and led a better life than before. Alhamdulillah on the first day, I meet my junior back then when I was in maahad. Never expect her to be my roommates at all and my new friend! 

so here is the tentative program of MSR.


As you can see, our MSR start at 3 PM. I thought we're going to start on Sunday.  Suddenly they make announcement yang parents can go home. I feel like I want to cry already. They told us to enter the dewan kulliyah ASAP. I didn't even get a chance to bersalam-salaman with my sister. But I do salam, my parents. I feel like something missing. 

So the program runs smoothly, alhamdulillah. Right after the program ends, I called my parents, luckily my sister just done with Asar prayer and tak balik asrama lagi! Everyone is trying to not to shed tears, but.. yeah. Everyone cry. My dad also. HAHAHA. I can hear his voice like serak-serak basah gitew. 

and like the drama. Rains fall heavilly, just like my heart and my tears. I'm telling you the truth. 
Hujan rahmat , inshaaAllah. 



Actually, time MSR tak boleh drive. So I park my car at the hostel. Of course, I don't mind actually, cause I really want to feel how it feel to ride a bus and walk with friends every morning sepanjang MSR. Till this day,  I still can feel my legs are numb after all the activities.

Most of the seniors are younger than me because some of them intake APR 2017, JUNE 2017 & DIS 2017. but. I still call them kak. Cause I'm still junior in this foundation. Kaannn? HAHAHAHA. They are so kind, helpful. Tak de lah jerkah tak pasal-pasal. And of course tak de campur laki perempuan tak tentu pasal. I very love it.

Sporting gila, tak de kerek tak pasal-pasal. Sentiasa penuh dengan senyuman walaupun aku yakin dorang ni semua penat, malah lebih penat dari kami yang berkejaran ke sana sini. Aku doakan dorang di mudahkan segala urasan dan dekan selalu. cewah. 

Actually if you guys perasan dalam tentative, ada cerita pasal DERMA SISWA NEGERI KEDAH. Im gonna talk to you soon. So stay tune!

So end of MSR on Saturday. Got 4 days to go. Hehe. ♥


3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

New chapter of my life.

Aina Akmal 2 Comments

Assalamualaikum semua, so after a week I'm not updating my blog.. I'm back gais!  Yeah. I know you gais miss me. Give a hug buddy! yeah. I miss you too.

So.. I just got home, after 2 hours driving from my university and drop my friend at her home and I'm verry tired. After Maghrib prayer I thought I want to sleep, but I can't. Cause I can't stop story everything happen in my new chapter of my life to my parents. So, my mom get sleepy cause she tired and now she's sleeping. I guess my story is for her bedtime story.


Sooo I want to summarize my weeks!

FURTHER STUDY

Alhamdulillah, a week ago I got my offer letter from my uni after I fill up the form online. I never expect that I will be here, cause I don't think I deserve it. But, Allah know what the best for me. HIS plan is the greatest plan. Rezeki!






MEET NEW FRIENDS!

After I left mahaad, I meet a lot kind of people. But it will never be the same. I miss my maahad so much. I miss how I don't need to feel akward to wear my not-so-tudung-labuh. I miss to be around ustaz and ustazah. I've been looking for new life, but here.. I'm getting my life back. and also a loooot of friends.

 





and now.. I kind of missing this view...
Minggu Silatturahim
Actually I got a lot of things to share with you guys. But I'm getting sleepy. So yeah. Maybe tomorrow!  See ya!

2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

bahaya 58

Aina Akmal 1 Comments


Beberapa hari lepas aku ada pergi ke karnival MARA.. Aku pergi pada hari terakhir ia dilangsungkan sebab aku tak terasa pun nak pergi ke tempat ni. The last time I pergi tempat macam ni.. Aku pergi kutip beg dan makan je.  🤦‍♀️ Jadi tak tergerak pun hati nak pergi. 


Tapi tiba-tiba my mom cakap esok siap kita pergi ke karnival ni..siap ambil cuti lagi. Mak aku punya semangat nak pergi awal, padahal dia buka pukul, 10. Nasib tak pergi awal. Kalau tak mau termenung je dekat situ.. 

Macam biasalah.. Pelbagai booth yang wujud dekat situ. Kalau aku yang pergi memang aku tak tahu nak tanya apa sangat. Apa yang aku baca yang itu lah aku hadam.  Nak tanya banyak pun maklumat dah ada kat flyers kan.  

Tapi my mom takk. Tu yang syok p dengan mak aku. Dia akan soal siasat untuk aku dari mula sampai habis. Kadang aku tak terfikir pun nak tanya benda benda macam tu. Cadangan aku, bawa lah orang yang lebih tua atau yang lebih berpengalaman dalam hal-hal macam ni.



Bila dah habis pusing semua booth.. Kami sampai both di penghujung ni. BOOTH 58. Boothnya ada Medic Mesir. Hahaha. Walaupun aku tak berminat pun dengan bidang ni.. Tapi aku tertarik dengan abang di booth tersebut. HAHAHAHHAHAA. COMELLL. ops. (aku harap dia tak jumpa blog ni huks.)


So aku ws kawan aku, aku ada one-day-crush. Yahahahaha. And she was like, ainaaaa ya allah. Apebendee dohh.. But then she admit that guy is cute. Even aku cuma bagi gambar belakang sahaja. 😂 


So.. Sementara adik dan mak aku nyembang dengan abang yang lain.. Aku cuci mata.. Ehm. Astaghfirullah Aina.. Tapi mak aku setuju. Haha  🤣 Macam mana nii? Selain dapat cuci mata tengok lelaki melayu, dapat jugak lah info-info berguna seperti biasiswa dan sebagainya. hehe.
Memang one-day-crush sahajaa. Lepas pada tu terus dah tak hensem. 😭 kenapaaaaa.  🤔 sebab tak halal kot. hahahhahahahhaa. dah la weh. ya allah.
 Goooodddd night , ehehew.

1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 5 (hari result!)

Aina Akmal 5 Comments



Soooooo.. I guess this is the end for my #pengalamanspm maybe. Sebab Idk what to share anymore.

Jadi dalam 10 hari lepas, result SPM dah keluar. Sejujur-jujur-jujurnya, aku tak rasa nervous langsung. Aku tak tahu maybe sebab aku dah boleh agak apa yang aku dapat. Mama aku yang beria-ria sangat sebab mama dah mimpi aku dapat result yang terbaik untuk diri aku.

Jadi pagi tu aku bersiap sedia untuk pergi ambil keputusan aku di JPN, tapi bila sampai ke sana..dorang cakap dorang dah pos ke rumah. My mom agak marah sebab dia dah excited sangat nak tahu mimpi beliau jadi kenyataan atau tak. Aku pulak tarik nafas lega sekejap bila tak payah tahu lagi. Hahaha. Time tu, memang aku tak rasa apa langsung.

Jadi aku gerak ke MMAS, sekolah adik aku untuk tengok result dia. Dia dah check online dan mendapat result yang bikin aku cemburu jugaklah. Adik aku offer untuk check result aku, tapi.. aku tak ingat no angka giliran hehe. Masa ni.. memang aku koyak habis lah. Aku tak tahu nak cakap perasaan aku masa tu sebenarnya. Tiba-tiba rasa macam nak menangis sangat-sangat.

Aku pun pergi lah duduk dalam kereta, menangis. HAHAHA. Sampai rumah pun aku merajuk lagi. Masa tu baru aku takut nak tengok result aku. HUHUHU. tapi lepas my mom dengan sister pergi makan kepsi. Time ni memang aku kuciwa la jugak. Sampai hati tinggalkan kakak. tapi tak adalah aku meraung menangis dah. sebab aku dah tenang time tu. hehehe

Ayah aku pergi masjid. solat zohor.. aku pun suruh si yam tu pergi check peti surat. RESULT AKU DAH SAMPAI WEH. tapi masalahnya aku buka surat dan tengok slip tak ada pulak rasa apa. dah kenapa. Yang aku nanges mengalahkan mati laki tu dah kenapa. Itulah, ikut sangat setan dalam kepala tu. Memang aku macam, whyyy I cry?! See, girls problem 1001.

Aku memang dah agak result aku yang aku nervous sangat kenapa. My mom yang happy lebih dari aku yang amik exam. Maybe sebab my mom tengok my struggle untuk teruskan semangat belajar tu kot.

So my mom got home with snack plate for me! Hurrah! 

Result aku dan adik aku? Alhamdulillah.

Thank you angah sebab sudi ajar kakak, layan kakak time hormon tak betul, sabar ajar , sabar beli breakfast, spent time dengan kakak, kena marah pukul 5-6 pagi bila aku drive dia sedap buat taik mata, selalu baca doa dan wirid bila aku speed, memotong macam orang gila, jaga kakak time sakit. anddd much more!
 
too many things we have go through for one year. and we fight a lot and we love each other a lot toooo kannn? 

you really deserve it!  OMG IM CRYING. //SERIUS NIH. even tho, hang suka ponteng kelas hujung minggu sebab nak balik dengan aku. result hang boleh tahan. Nasib aku tak pergi sekolah je, kalau tak result aku lagi power. AHAHAHAHA. K gurau.

I really miss 2017! ♥A lot of good things happen and so do the bad things. lol.

5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Finallyyy, I got a phone!

Aina Akmal 10 Comments

Tiga hari lepas, my parents lanje phone baru, bukan sebab result spm ye anak-anak.. sebab phone aku sudah tidak berphone hampir setahun. ye hampir setahun. Kisah tragis bermula dengan aku minta tolong adik aku ambilkan phone dalam kereta, dan berkahir dengan dia letakkan atas meja makan yang ada air tumpah. 

Time dia letak tu, memang dia tak perasan so.. tak de rezeki lah kan. Sejak tu aku share phone dengan adik aku. Mujur lah kami tinggal berdua, kalau asing-asing memang terpaksa beli baru. Kadang main henfon ayah, kadang phone mama , kadang si adik.

Pagi tu my mom kejut dan terus tanya, nak phone baru tak? Terus tegak badan aku. MESTILAH nak! hahahhaa. Karang pergi lepas pick angah dekat sekolah pergi lah shopping. Aku sudah tersengih lebar. 


and I got my new phone! Yey!








Sepanjang setahun ni, memang macam-macam model phone yang keluar. and selalunya aku memang tengok video review dan buat sikit pembacaan di blog-blog techno ni dan komen orang- orang. Sentiasa compare sana sini. So bila beberapa minggu lepas aku baca berita pasal Honor nak released kan ni di Malaysia terus aku cari review pasal ni.


Based yang aku baca, Huawei Honor 9Lite vs Huawei P9Lite ni tak banyak beza pun spec dia. tapi P9Lite a bit pricey for me. You guys boleh tengok comparison di sini.


And here some info bout Honor 9Lite.


 
HUAWEI HONOR 9LITE MALAYSIA PRICE : RM 749.00



For China & India 4GB RAM, tapi kat Malaysia ada 3GB sahaja. Aku pun tak tahu lah kenapa. Dan benda yang aku buat aku jatuh cinta teruk sangat adalah


Yass, 2 dekat depan, dan 2 di belakang, hahaha. Sebab sejenis aku memang suka ambil gambar sangat-sangat. Gurls sangat kann... so here some pictures yang aku amik selama 4 hari aku pakai, dan tidak edit filter. cuma resizekan sahaja..






Banyak lagi features yang aku memang buat aku tak menyesal beli.. sebab mula-mula hati aku macam dah goyang sikit bila tengok Xiaomi dengan harga yang sama dan screen lebih luas.. tapi bila adik aku cakap.. Hang tu lagi suka camera.. terus aku tak fikir panjang dah. Hehehe.

and my friends thought I bought ip7+. huhuuhuu. Its tooo priceeyy. I kennot.

Bila balik rumah.. Baru tahu boleh buat macam ni. 😂 sumpah aku jakun. 😅


Aku rekomen sangat kalau korang tengah cari phone yang tak terlalu mahal dan nak camera yang cantik.


Okay bye 👋 ♥ 


10 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 4 (ujian lisan)

Aina Akmal 50 Comments







Before aku sambung story aku, terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca sampai habis aku punya kisah. Knowing someone really read my stories really make me cry. :) I love you.  So aku nak sambung sikit.. sorry lah sebab lama tak update sebab busy sikit 2-3 hari ni. 



 ujian lisan-bm&bi


Okay, tak silap aku yang retake SPM dalam tempoh tertentu tak perlu mengulang. Untuk yang kali pertama, yang macam aku ni, wajib ambil! No excuse. Bila korang dah setel dengan isi borang sepanjang bulan Mac ni, dalam bulan beberapa bulan kemudian, surat panggilan untuk menghadiri ujian lisan akan di pos ke rumah. Jangan bimbang ye adik-adik, kakak, dan abang.

Dan ujian lisan akan berlangsung pada bulan 7. 

Aku tak sure kalau yang lisan dekat sekolah macam mana, tapi yang persendirian ni memang chill je.

Time BM hari tu, aku tak ready. Sumpah tak ready. Aku cerita pasal aku je, sebab boleh tajuk bebas jadi aku boleh fikir pasal aku je. Sebab yang tu je paling senang. Huhuhu. Noob sia aku time tu. Tapi jangan bimbang, sebab mula-mula korang akan ada secara individu dan secara kumpulan. dan markah yang paling tinggi akan dikira.

So masa kumpulan ni pun jangan bimbang, markah masih hak individu bukan secara berkumpulan. Jadi you got second chance! Yeah.


Dalam lisan, korang akan di groupkan. Sama ada nak pilih sendiri atau dorang yang tentukan dan korang akan berforum perdana hal ehwal islam ye.


sedikit tips untuk lisan individu/berkumpulan

1. jangan berat mulut. engkau taram jelah apa pun. yang penting jangan time ni kau nak diam seribu bahasa. JANGAN. sebab kalau korang tak de idea nak cakap pun, paling kurang pentaksir akan soal sesuatu dan korang kena jawab. dia nak tanya apa? benda kaitan dengan korang tengah cakap lah..

2. make sure korang tahu apa yang korang nak cakap, you guys ada dalam 10 minit macam untuk decide apa yang korang nak cakap. So jangan gabra. Tak payah nak hafal-hafal. just remember the important points.

3. pilih tajuk yang senang dan mudah di kupas supaya tak end up korang bingung nak cakap apa.

4. doa dapat group-mate yang easy-going dan pandai cakap. supaya dorang boleh bantu korang sebab time bm hari tu, budak grup aku tu masyaa-allah . kalah ustaz tv. huhu. power nak mampus bm dia. aku nanges kejap.


dan BI pun sama. cuma BI ni, aku dapat pujian melambung lah sikit sebab aku sikit time speaking. first time hakak merepek english. pentaksir tu seronok tengok aku. aku jeling markah aku, alhamdulillah.. tinggi dari bm aku. huhuhuhuhu.


oh, btw tarikh bm dan bi tak sama. :)


Bila dah pergi ujian lisan ni, aku learn someting. Bila aku rasa life aku macam dah teruk, ada lagi yang teruk daripada aku. Benarlah janji Allah tak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

Memang orang-orang yang aku jumpa adalah orang yang sangat kuat semangat. Tak kenal erti putus asa dan pelbagai latar belakang and they inspire me a lot! 

So, till next time! If you have any question direct to my ask.fm for fast response! 

50 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 3 (daily routine)

Aina Akmal 8 Comments

yang tak baca part-part sebelum ni, I suggest you gais baca dulu, supaya faham flownya ye. :) 



So before I sambung kisah ni, let me tell you something..

Aku dulu ambil aliran sains, pure science tapi time spm aku drop bio sebab memang aku tak boleh nak hadam dah bio ni. Jadi aku amik 8 subject, (BM, BI, SEJ, PI, MATH, ADDMATH, FIZ,KIM)

Walaupun aku macam tak de mood dah nak ambil science ni, tapi aku dah stuck dengan benda ni lama, so why not we finish kan dia walaupun aku tak confident pun nak dapat straight A. Aku cuma nak letak titik noktah bagi zaman persekolahan aku, macam closure. Supaya aku boleh move on dengan life baru pulak.

Walaupun hakikatnya susah jugak nak terima high-school-life aku yang gila-gila end up boleh buat aku gila.

Tapi I know, Allah know what the best for me and Allah sedang uji aku dan family aku dengan ujian yang kami mampu.

So don't start dengan kenapa tak amik 5 subject je.. okay? Nope. Don't.


Daily routine as homeschooler



Routine aku tak ada yang special pun, sebab aku bukan top scorer yang gila-gila. Aku dengan adik aku berbeza bagai langit dan bumi, dia boleh stay dari 8 am - 12 pm buat homework dekat ruang tamu lepas tu layan kdrama. tapi aku tak. sejam belajar, dua jam main. ya allah.

Aku tak tahu la effect selepas aku frust dengan sekolah ke apa, tapi sebelum ni aku agak rajin. Sorry sebab angkat bakul sendiri. tapii..hm, nak kena cari balik semangat rajin dan semangat positif aku ni. Entah kemana dia hilang.

Aku nak belajar pun tak benda nak belajar sangat, lebih kepada ulang kaji sebenarnya. Sebab sebelum ni aku memang dah sekolah. Banyak pulak tu sekolah, sampai stress adik-adik sebab sekolah akak depa ni bertukar saja kerjanya. Akak ni double stress tau tak? huhuhu.

Aku tak de hire private tutor, aku tak pergi tusyen, aku cuma menggunakan internet dan adik aku. and..most of my time.. I spent time ALONE at home. Sebab budak-budak semua sekolah kan. Jadi aku belajar lah sendiri. Memang belajar sendiri ni dugaan besar. Kejap mengantuk. Kejap nak makan. Kejap nak terkuncil. Kejap panas. susah aku nak fokus. Sumpah jeles dengan adik rumah sewa aku yang boleh stay study gila-gila. Lagi gila dari adik aku. huhuhuhu.

gila teruk filter sampai hilang apa yang ada dalam buku. ya allah. T_T



aku cuba study dekat mcd. hmmmm. tak best. lepas tu pergi library, parking kena bayar, tak bayar kang kena kunci tayar. hmmmm. sudahnya baik aku duduk rumah, tak payah bersiap. Tak kalut tudung tak jadi ke apa. HAHAHA. nak naik uber.. aku sengkek, pikir boleh buat isi minyak kereta, (tulah sapa suruh ada kereta. aku tak minta pun, dah parents kasi.. pakai jelah..hmmm) 

Benda yang melibatkan pembacaan dan latih tubi seperti Sejarah & Pen.Islam. Aku biasanya buat pagi-pagi. Baca, buat nota sikit, baca skema jawapan negeri, spm sebenar. Ulang latihan. ataupun kalau malas, pergi tidur. HAHAHA. k.

Math, Add Math, Physics, Chemis (aku drop Bio)

yang ini selalunya aku buat bila adik aku ada. Selalunya malam, bila dia setel kelas di sekolah dan semuanya. Tapi tulah... add math tu entahlah.. aku rasa macam ada hijab sikit. banyak dosa gamaknya. Memang sehari mampu satu soalan je. Bingung aku nak jawab dan past year spm addmath 2017 masyaALLAH. nak nanges weh. latihan senang la jugak..jugak okay.. mai real ques, perghhh. gigit pensel aku.


selain tu.. aku menjadi suri rumah tangga untuk adik aku.huhuhuhu. Aku masak untuk dia dan aku jugak.. kadang rajin sikit buat breakfast, kadang buat snek untuk study malam. Pagi aku hantar dia, selalunya siapa awal boleh merasa kak aina hantar sekolah. hehee. ataupun time hujan lebat gila. balik sekolah balik sendiri sebab aku tak sure bila dia balik. Kejap ada tusyen, kejap tak. So dia kata tak payah hantar.


Alhamdulillah tutor kesayangan aku membesar dengan sihat dan cerdik. lulz.


K, tu je

8 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 2 (getting ready!)

Aina Akmal 7 Comments




Before this aku ada post part 1 , andai sudi.. jemputlah baca di PART ONE.


Persiapan untuk belajar

Jadi setelah difikir dari segala aspek, aku duduk menyewa rumah di Alor Setar bersama dengan adik aku dan rakan-rakannya. Mungkin kali pertama dengar budak sekolah menengah tinggal rumah sewa, tapi bagi pelajar-pelajar Maktab Mahmud memang sudah menjadi kebiasaan. Orang sini anggap Maktab Mahmud Alor Setar ni macam mini universiti. Maktab Mahmud cawangan pun sistem macam ni. tapi kawasan sekolah lebih kecil berbanding induk.

Ada yang berulang dari rumah, ada yang tinggal di asrama dan seperti adik aku menyewa. Kalau nak stay asrama kena result kemas dan cantik. So memang lebih kurang macam uni kan? Makan rumah sewa ni kena fikir sendiri.

back to my story, pada awal bulan 2017 aku tak pindah masuk lagi. Ikut rancangan asal, aku duduk rumah sewa dengan adik dari bulan Januari, tapi my parents punya rancangan, lain. Dorang minta aku ambil lesen memandu dahulu sebab.. Sebab dorang dah belikan kereta untuk aku supaya bagi nak bagi semangat nak belajar, memudahkan urusan kerja, boleh pergi date (k gurau).

Aku tak minta pun kereta tu. Sumpah. Parents offer, sapa tak mauuu. HAUHAUHAU. 

Kereta pun dah sampai masa bulan Disember, jadi aku kena usaha keras supaya lulus JPJ dan terus pindah ke rumah sewa. Aku mula mendaftar pada bulan Disember 2016, jadi ambil masa untuk settlekan semua itu hingga Februari 2017. Sebelum raya cina.

Reason why I stay with my sister, simple.

She is my everything. Ini kalau dia baca blog aku ni karang mau nya bangga cakap kakak sayang dia. lol. Dia tutor aku. Aku anak murid dia. Ada apa-apa soalan, aku akan tanya dia , dan selain tu benefitnya dalam rumah tu memang budak-budak pandai dan yang akan ambil SPM. Jadi kalau tak reti apa-apa aku discuss dengan dorang atau adik aku rujuk guru-guru dia.


So selepas cuti raya cina, aku pun berpindah. Mula-mula suruh pergi sendiri. Sedih sikit. Woii, tiba-tiba je dah dewasa semacam. Tak ready. Aku tak nak pergi sendiri. Hehehe, last sekali my parents ikut juga tapi naik kereta lain. Hehehe, kakak tahu ayah sampai hati biar kakak sorang-sorang kan? Hehehe.

and aku bersyukur sangat , sebab my parents always support me. terutamanya my MAMA. I LOVE YOU. Terima kasih.

So itu je untuk part 2, tak banyak sangat preparation nak masuk sana..so to be continue! inshaaAllah. spread love


7 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 1 (reason&mukaddimah)

Aina Akmal 25 Comments





So, aku nak share dengan rakan pembaca sekalian sikit pengalaman aku sebagai calon persendirian SPM 2017. Seandainya adik, akak, abang ada sebarang soalan yang mampu di jawab boleh tanya dekat ask.fm aku terus atau boleh email ye.

Sebab-sebab aku menjadi calon persendirian.

Aku mengambil keputusan untuk menjadi calon persendirian setelah 2 tahun tertangguh SPM. Aku jadi serik untuk ke sekolah dan aku tak pergi sekolah dah. Memandangkan rakan-rakan aku yang aku kenal sudah mula memasuki alam kolej, asasi, matriks dan sebagainya. Selain itu, ada beberapa cikgu yang downgrade kan aku dan tak suka aku sebab dia ingat sakit aku ni benda main-main. 

Aku cuba kuatkan hati aku untuk lupakan semua benda tu, tapi aku tak cukup kuat nak hadap cikgu tu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bencinya cikgu tu sampai hari aku nak ambil sijil dari sekolah tu, langsung tidak di pandangnya muka aku. Sedih dan kecewanya hanya Allah yang tahu. 

Aku dah minta maaf semua dan cerita semua masalah aku semasa aku tidak hadir ke sekolah. dan balasan yang aku terima cukup buat hati aku terluka. Pedih dia tu tak tahu nak cakap macam mana. Korang tak akan faham selagi korang tak kena. Pihak pengurusan pun sama juga. 

Ada guru-guru yang sayangkan aku, dan mendoakan supaya aku cepat sihat dan mampu belajar seperti biasa sebab tahun tu aku dah nak ambil SPM  dan tiada kata lain melainkan syukur dan aku mendoakan semoga Allah memurahkan rezeki dan melimpahkan rasa kasih sayang yang sentiasa buat guru-guru tersebut. 


Setelah aku istikharah semua dan mendapat sokongan family, aku tekad dengan keputusan aku. Untuk apa aku ke sekolah lagi kalau sekadar untuk tempah kesakitan dan air mata. Sekolah yang sepatutnya menjadi suatu tempat untuk menimba ilmu dan mencipta memori indah terpadam secara perlahan dari minda. 


Jadi pada hujung bulan 2016, aku berhenti sekolah secara rasmi. Tiada lagi guru, tiada lagi rakan sekelas, tiada lagi terkejar-kejar makan bihun sup lepas solat zohor sebab nak ke kelas petang. Tak ada kelas pagi yang paling malas sekali aku nak pergi. Aku rindu semua ini sejujurnya tapi bukan kemampuan aku untuk stay di situ.

Pada bulan Jun aku jumpa psychirist sebab kementerian pelajaran minta surat rasmi dari doctor untuk penangguhan SPM kali ke-2. Aku pergi ni one session only, sebab aku alhamdulillah tak adalah sampai tahap depressi ke apa ke, cuma sekadar nak penuhi syarat sahaja dan aku di diagnoskan dengan school phobia. 
School phobia, school avoidance and school refusal are terms that describe an anxiety disorder in children who have an irrational, persistent fear of going to school. Their behavior is different from children who are truant and express no apprehension about missing school.

Aku rasa aku phobia dengan satu sekolah tu je. dengan sekolah-sekolah aku yang sebelum ni aku happy je nak pergi balik. Serius weh, sekolah ni tempat paling best. Sebab time sekolah lama, memang nakal nak mampus. Cuma nakal aku tak kantoi dengan cikgu lagi je. Sebab cikgu-cikgu puji aku budak baik. HAHAHAHAHA. Maafkan saya cikgu. heheh

Jadi end part 1. Nanti aku sambung part seterusnya pulak ye. Good night!
spread love ♥ 

25 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

luar biasa..

Aina Akmal 1 Comments

yeayyy! full mv dah keluar. Aku tunggu lagu ni keluar dari bulan lepas lagi kot. Macam aku tunggu si pian, tapi bila dah full version tak best pulak. prefer yang unofficial lagi..

Masa aku tengok ig dia dan tengok dia punya dance,  I yakin sangat yang lagu ni boleh pergi jauh sebab dance dia tak kayu dan tak berapa nak kekok. Dia memang style dia, bukan pengaruh kpop ke apa ke, aku kenal lah sebab aku ni memang kaki kpop. huhuh.

Lagu sabar dia memang buat aku jatuh cinta dengan dia, tapi demi kita, i kennot. tak masuk jiwa. 

and lagu baru ni genre music yang ala-ala alan walker gitew, genre apa eh, edm? apa-apa pun memang sedap telinga dengar. yang cakap ala-ala kpop tu memang aku cubit kang.. Dance dia tak de lah kepak-kepak macam dance malay-kpop dulu-dulu.

Aku tengok mv dia, selepas setangah jam di releasekan. Pergh nampak tak kata aku excited sangat nak dengar lagu mail.

 
 
So yeah lagu ni on repeat sekarang, and now trending #2 di Malaysia! Tahniah Mail. Melting sys dengar english dia. HAHAHAHA. cuma yang turn off sikit tu rap si alif tu, tak sedap. hm. macam lagu haqiem rusli tu, rap dia spoil kan lagu. hmmmm. aku prefer caprice punya rap if he drop dia punya bang bang tu.
 
kbai.  
spread love ♥

1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

A SFRNFZL Giveaway

Aina Akmal 12 Comments



https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8477741692408212693#editor/target=post;postID=895000530659348215
Click banner untuk join!


Saya suka berblogging kerana.. minat menulis? Maybe. Pada permulaan sejarah pembukaan blog ni, aku sebenarnya suka sebab aku suka edit blog. Blog aku ,aku design sendiri. Jiwa dan watak aku. Semua benda boleh ubah, ubah la apa nak ubah. Hari ni moody sikit tukaq jadi hitam esok bahagia jadi warna pink. Lol.

Itu mula-mula sekali sebab aku suka berblogging. Minat sangat sampai.. entri memang penuh pasal new look je. Muak gamaknya orang tengok, dah la tak lawa mana pun. Hmmm. Sekarang lawa lah jugak, at least di mata aku. HAHAHAHA. (puji la lawa.. T_T)

Lama kelamaan, aku mula belajar sikit-sikit edit code walaupun bukanlah pakar mana pun, dan dari dunia blogging ni aku kenal apa itu photoshop. Jadi setakat nak design cikai-cikai untuk kepuasan diri aku tak menjadi masalah.

Kemudian, perlahan-lahan minat menlis tu terlahir sama. Jadi aku pernah menulis cerpen, novel yang tak habis, dan kisah life aku yang tah apa-apa dekat blog.



I make new friends! Yeah, bunyi skema.. tapi memang itu kenyataannya. Dekat facebook/twitter/insta takdenya aku nak hai-hai. Selalunya jadi silent reader atau penge-like tegar je. dan aku yakin most of us memang macam ni. 

Dalam dunia blog ya allah. tulisnya kalah karangan SPM!

tapi blog lain.. sampai sekarang still contact walaupun dah hampir 4-5 tahun berkenalan di dunia maya. Aku ada kakak-kakak blogger yang tak pernah jemu jenguk blog aku dan komen blog aku supaya tak berasa sunyi . *cry*



dan yang paling best.. kat sini tak de berapa nak ada negetive vibes. Semuanya positive vibes! Kau post lah apa-apa pun. Selalunya orang akan cakap yang baik dan spread positive vibes, Korang meroyan lah apa pun..orang akan cakap


"good luck!"

"All the best!"

"You can do it!"

Even we're completely strangers. Kalau berbeza pendapat, alhamduillah tak de caci maki yang kadang rasa macam tak perlu kot.


and I really appreciated it tho.

Selain tu, blog selalu ada giveaway. Seronok sebab kalau time dapat hadiah tu.. tertunggu-tunggu pakcik posmen dan adik jerit bila lepas dia sign barang aku..

"Kakak! Ada orang hantar barang!"
or posmen tanya aku bila aku nak sign..
 "Aina Akmal ke?"

dan dia reply, sign sini. 

Rasa macam celeb kejap. auch! HAHAHA. aduhhh.

I really love to hear that! Gosh, I miss that so much! Lagi rindu nak buka hadiah pelan-pelan sebab sayang pembalut,walaupun tahu dah hadiah apa. Siapa tak suka dapat hadiahhh wehh?


So, I think thats all from me because.. entry ni dah panjang sangat. and I hope pihak penganjur bersabar ye. Hehehe. Terima kasih sebab buat GA ni! semoga dimurahka rezeki

//Today result SPM. 
#semogaainatabah
#setelah2tahuntangguhSPM




12 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)