bahaya 58

Aina Akmal 1 Comments


Beberapa hari lepas aku ada pergi ke karnival MARA.. Aku pergi pada hari terakhir ia dilangsungkan sebab aku tak terasa pun nak pergi ke tempat ni. The last time I pergi tempat macam ni.. Aku pergi kutip beg dan makan je.  🤦‍♀️ Jadi tak tergerak pun hati nak pergi. 


Tapi tiba-tiba my mom cakap esok siap kita pergi ke karnival ni..siap ambil cuti lagi. Mak aku punya semangat nak pergi awal, padahal dia buka pukul, 10. Nasib tak pergi awal. Kalau tak mau termenung je dekat situ.. 

Macam biasalah.. Pelbagai booth yang wujud dekat situ. Kalau aku yang pergi memang aku tak tahu nak tanya apa sangat. Apa yang aku baca yang itu lah aku hadam.  Nak tanya banyak pun maklumat dah ada kat flyers kan.  

Tapi my mom takk. Tu yang syok p dengan mak aku. Dia akan soal siasat untuk aku dari mula sampai habis. Kadang aku tak terfikir pun nak tanya benda benda macam tu. Cadangan aku, bawa lah orang yang lebih tua atau yang lebih berpengalaman dalam hal-hal macam ni.



Bila dah habis pusing semua booth.. Kami sampai both di penghujung ni. BOOTH 58. Boothnya ada Medic Mesir. Hahaha. Walaupun aku tak berminat pun dengan bidang ni.. Tapi aku tertarik dengan abang di booth tersebut. HAHAHAHHAHAA. COMELLL. ops. (aku harap dia tak jumpa blog ni huks.)


So aku ws kawan aku, aku ada one-day-crush. Yahahahaha. And she was like, ainaaaa ya allah. Apebendee dohh.. But then she admit that guy is cute. Even aku cuma bagi gambar belakang sahaja. 😂 


So.. Sementara adik dan mak aku nyembang dengan abang yang lain.. Aku cuci mata.. Ehm. Astaghfirullah Aina.. Tapi mak aku setuju. Haha  🤣 Macam mana nii? Selain dapat cuci mata tengok lelaki melayu, dapat jugak lah info-info berguna seperti biasiswa dan sebagainya. hehe.
Memang one-day-crush sahajaa. Lepas pada tu terus dah tak hensem. 😭 kenapaaaaa.  🤔 sebab tak halal kot. hahahhahahahhaa. dah la weh. ya allah.
 Goooodddd night , ehehew.

1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 5 (hari result!)

Aina Akmal 5 Comments



Soooooo.. I guess this is the end for my #pengalamanspm maybe. Sebab Idk what to share anymore.

Jadi dalam 10 hari lepas, result SPM dah keluar. Sejujur-jujur-jujurnya, aku tak rasa nervous langsung. Aku tak tahu maybe sebab aku dah boleh agak apa yang aku dapat. Mama aku yang beria-ria sangat sebab mama dah mimpi aku dapat result yang terbaik untuk diri aku.

Jadi pagi tu aku bersiap sedia untuk pergi ambil keputusan aku di JPN, tapi bila sampai ke sana..dorang cakap dorang dah pos ke rumah. My mom agak marah sebab dia dah excited sangat nak tahu mimpi beliau jadi kenyataan atau tak. Aku pulak tarik nafas lega sekejap bila tak payah tahu lagi. Hahaha. Time tu, memang aku tak rasa apa langsung.

Jadi aku gerak ke MMAS, sekolah adik aku untuk tengok result dia. Dia dah check online dan mendapat result yang bikin aku cemburu jugaklah. Adik aku offer untuk check result aku, tapi.. aku tak ingat no angka giliran hehe. Masa ni.. memang aku koyak habis lah. Aku tak tahu nak cakap perasaan aku masa tu sebenarnya. Tiba-tiba rasa macam nak menangis sangat-sangat.

Aku pun pergi lah duduk dalam kereta, menangis. HAHAHA. Sampai rumah pun aku merajuk lagi. Masa tu baru aku takut nak tengok result aku. HUHUHU. tapi lepas my mom dengan sister pergi makan kepsi. Time ni memang aku kuciwa la jugak. Sampai hati tinggalkan kakak. tapi tak adalah aku meraung menangis dah. sebab aku dah tenang time tu. hehehe

Ayah aku pergi masjid. solat zohor.. aku pun suruh si yam tu pergi check peti surat. RESULT AKU DAH SAMPAI WEH. tapi masalahnya aku buka surat dan tengok slip tak ada pulak rasa apa. dah kenapa. Yang aku nanges mengalahkan mati laki tu dah kenapa. Itulah, ikut sangat setan dalam kepala tu. Memang aku macam, whyyy I cry?! See, girls problem 1001.

Aku memang dah agak result aku yang aku nervous sangat kenapa. My mom yang happy lebih dari aku yang amik exam. Maybe sebab my mom tengok my struggle untuk teruskan semangat belajar tu kot.

So my mom got home with snack plate for me! Hurrah! 

Result aku dan adik aku? Alhamdulillah.

Thank you angah sebab sudi ajar kakak, layan kakak time hormon tak betul, sabar ajar , sabar beli breakfast, spent time dengan kakak, kena marah pukul 5-6 pagi bila aku drive dia sedap buat taik mata, selalu baca doa dan wirid bila aku speed, memotong macam orang gila, jaga kakak time sakit. anddd much more!
 
too many things we have go through for one year. and we fight a lot and we love each other a lot toooo kannn? 

you really deserve it!  OMG IM CRYING. //SERIUS NIH. even tho, hang suka ponteng kelas hujung minggu sebab nak balik dengan aku. result hang boleh tahan. Nasib aku tak pergi sekolah je, kalau tak result aku lagi power. AHAHAHAHA. K gurau.

I really miss 2017! ♥A lot of good things happen and so do the bad things. lol.

5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Finallyyy, I got a phone!

Aina Akmal 10 Comments

Tiga hari lepas, my parents lanje phone baru, bukan sebab result spm ye anak-anak.. sebab phone aku sudah tidak berphone hampir setahun. ye hampir setahun. Kisah tragis bermula dengan aku minta tolong adik aku ambilkan phone dalam kereta, dan berkahir dengan dia letakkan atas meja makan yang ada air tumpah. 

Time dia letak tu, memang dia tak perasan so.. tak de rezeki lah kan. Sejak tu aku share phone dengan adik aku. Mujur lah kami tinggal berdua, kalau asing-asing memang terpaksa beli baru. Kadang main henfon ayah, kadang phone mama , kadang si adik.

Pagi tu my mom kejut dan terus tanya, nak phone baru tak? Terus tegak badan aku. MESTILAH nak! hahahhaa. Karang pergi lepas pick angah dekat sekolah pergi lah shopping. Aku sudah tersengih lebar. 


and I got my new phone! Yey!








Sepanjang setahun ni, memang macam-macam model phone yang keluar. and selalunya aku memang tengok video review dan buat sikit pembacaan di blog-blog techno ni dan komen orang- orang. Sentiasa compare sana sini. So bila beberapa minggu lepas aku baca berita pasal Honor nak released kan ni di Malaysia terus aku cari review pasal ni.


Based yang aku baca, Huawei Honor 9Lite vs Huawei P9Lite ni tak banyak beza pun spec dia. tapi P9Lite a bit pricey for me. You guys boleh tengok comparison di sini.


And here some info bout Honor 9Lite.


 
HUAWEI HONOR 9LITE MALAYSIA PRICE : RM 749.00



For China & India 4GB RAM, tapi kat Malaysia ada 3GB sahaja. Aku pun tak tahu lah kenapa. Dan benda yang aku buat aku jatuh cinta teruk sangat adalah


Yass, 2 dekat depan, dan 2 di belakang, hahaha. Sebab sejenis aku memang suka ambil gambar sangat-sangat. Gurls sangat kann... so here some pictures yang aku amik selama 4 hari aku pakai, dan tidak edit filter. cuma resizekan sahaja..






Banyak lagi features yang aku memang buat aku tak menyesal beli.. sebab mula-mula hati aku macam dah goyang sikit bila tengok Xiaomi dengan harga yang sama dan screen lebih luas.. tapi bila adik aku cakap.. Hang tu lagi suka camera.. terus aku tak fikir panjang dah. Hehehe.

and my friends thought I bought ip7+. huhuuhuu. Its tooo priceeyy. I kennot.

Bila balik rumah.. Baru tahu boleh buat macam ni. 😂 sumpah aku jakun. 😅


Aku rekomen sangat kalau korang tengah cari phone yang tak terlalu mahal dan nak camera yang cantik.


Okay bye 👋 ♥ 


10 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 4 (ujian lisan)

Aina Akmal 50 Comments







Before aku sambung story aku, terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca sampai habis aku punya kisah. Knowing someone really read my stories really make me cry. :) I love you.  So aku nak sambung sikit.. sorry lah sebab lama tak update sebab busy sikit 2-3 hari ni. 



 ujian lisan-bm&bi


Okay, tak silap aku yang retake SPM dalam tempoh tertentu tak perlu mengulang. Untuk yang kali pertama, yang macam aku ni, wajib ambil! No excuse. Bila korang dah setel dengan isi borang sepanjang bulan Mac ni, dalam bulan beberapa bulan kemudian, surat panggilan untuk menghadiri ujian lisan akan di pos ke rumah. Jangan bimbang ye adik-adik, kakak, dan abang.

Dan ujian lisan akan berlangsung pada bulan 7. 

Aku tak sure kalau yang lisan dekat sekolah macam mana, tapi yang persendirian ni memang chill je.

Time BM hari tu, aku tak ready. Sumpah tak ready. Aku cerita pasal aku je, sebab boleh tajuk bebas jadi aku boleh fikir pasal aku je. Sebab yang tu je paling senang. Huhuhu. Noob sia aku time tu. Tapi jangan bimbang, sebab mula-mula korang akan ada secara individu dan secara kumpulan. dan markah yang paling tinggi akan dikira.

So masa kumpulan ni pun jangan bimbang, markah masih hak individu bukan secara berkumpulan. Jadi you got second chance! Yeah.


Dalam lisan, korang akan di groupkan. Sama ada nak pilih sendiri atau dorang yang tentukan dan korang akan berforum perdana hal ehwal islam ye.


sedikit tips untuk lisan individu/berkumpulan

1. jangan berat mulut. engkau taram jelah apa pun. yang penting jangan time ni kau nak diam seribu bahasa. JANGAN. sebab kalau korang tak de idea nak cakap pun, paling kurang pentaksir akan soal sesuatu dan korang kena jawab. dia nak tanya apa? benda kaitan dengan korang tengah cakap lah..

2. make sure korang tahu apa yang korang nak cakap, you guys ada dalam 10 minit macam untuk decide apa yang korang nak cakap. So jangan gabra. Tak payah nak hafal-hafal. just remember the important points.

3. pilih tajuk yang senang dan mudah di kupas supaya tak end up korang bingung nak cakap apa.

4. doa dapat group-mate yang easy-going dan pandai cakap. supaya dorang boleh bantu korang sebab time bm hari tu, budak grup aku tu masyaa-allah . kalah ustaz tv. huhu. power nak mampus bm dia. aku nanges kejap.


dan BI pun sama. cuma BI ni, aku dapat pujian melambung lah sikit sebab aku sikit time speaking. first time hakak merepek english. pentaksir tu seronok tengok aku. aku jeling markah aku, alhamdulillah.. tinggi dari bm aku. huhuhuhuhu.


oh, btw tarikh bm dan bi tak sama. :)


Bila dah pergi ujian lisan ni, aku learn someting. Bila aku rasa life aku macam dah teruk, ada lagi yang teruk daripada aku. Benarlah janji Allah tak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

Memang orang-orang yang aku jumpa adalah orang yang sangat kuat semangat. Tak kenal erti putus asa dan pelbagai latar belakang and they inspire me a lot! 

So, till next time! If you have any question direct to my ask.fm for fast response! 

50 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 3 (daily routine)

Aina Akmal 8 Comments

yang tak baca part-part sebelum ni, I suggest you gais baca dulu, supaya faham flownya ye. :) 



So before I sambung kisah ni, let me tell you something..

Aku dulu ambil aliran sains, pure science tapi time spm aku drop bio sebab memang aku tak boleh nak hadam dah bio ni. Jadi aku amik 8 subject, (BM, BI, SEJ, PI, MATH, ADDMATH, FIZ,KIM)

Walaupun aku macam tak de mood dah nak ambil science ni, tapi aku dah stuck dengan benda ni lama, so why not we finish kan dia walaupun aku tak confident pun nak dapat straight A. Aku cuma nak letak titik noktah bagi zaman persekolahan aku, macam closure. Supaya aku boleh move on dengan life baru pulak.

Walaupun hakikatnya susah jugak nak terima high-school-life aku yang gila-gila end up boleh buat aku gila.

Tapi I know, Allah know what the best for me and Allah sedang uji aku dan family aku dengan ujian yang kami mampu.

So don't start dengan kenapa tak amik 5 subject je.. okay? Nope. Don't.


Daily routine as homeschooler



Routine aku tak ada yang special pun, sebab aku bukan top scorer yang gila-gila. Aku dengan adik aku berbeza bagai langit dan bumi, dia boleh stay dari 8 am - 12 pm buat homework dekat ruang tamu lepas tu layan kdrama. tapi aku tak. sejam belajar, dua jam main. ya allah.

Aku tak tahu la effect selepas aku frust dengan sekolah ke apa, tapi sebelum ni aku agak rajin. Sorry sebab angkat bakul sendiri. tapii..hm, nak kena cari balik semangat rajin dan semangat positif aku ni. Entah kemana dia hilang.

Aku nak belajar pun tak benda nak belajar sangat, lebih kepada ulang kaji sebenarnya. Sebab sebelum ni aku memang dah sekolah. Banyak pulak tu sekolah, sampai stress adik-adik sebab sekolah akak depa ni bertukar saja kerjanya. Akak ni double stress tau tak? huhuhu.

Aku tak de hire private tutor, aku tak pergi tusyen, aku cuma menggunakan internet dan adik aku. and..most of my time.. I spent time ALONE at home. Sebab budak-budak semua sekolah kan. Jadi aku belajar lah sendiri. Memang belajar sendiri ni dugaan besar. Kejap mengantuk. Kejap nak makan. Kejap nak terkuncil. Kejap panas. susah aku nak fokus. Sumpah jeles dengan adik rumah sewa aku yang boleh stay study gila-gila. Lagi gila dari adik aku. huhuhuhu.

gila teruk filter sampai hilang apa yang ada dalam buku. ya allah. T_T



aku cuba study dekat mcd. hmmmm. tak best. lepas tu pergi library, parking kena bayar, tak bayar kang kena kunci tayar. hmmmm. sudahnya baik aku duduk rumah, tak payah bersiap. Tak kalut tudung tak jadi ke apa. HAHAHA. nak naik uber.. aku sengkek, pikir boleh buat isi minyak kereta, (tulah sapa suruh ada kereta. aku tak minta pun, dah parents kasi.. pakai jelah..hmmm) 

Benda yang melibatkan pembacaan dan latih tubi seperti Sejarah & Pen.Islam. Aku biasanya buat pagi-pagi. Baca, buat nota sikit, baca skema jawapan negeri, spm sebenar. Ulang latihan. ataupun kalau malas, pergi tidur. HAHAHA. k.

Math, Add Math, Physics, Chemis (aku drop Bio)

yang ini selalunya aku buat bila adik aku ada. Selalunya malam, bila dia setel kelas di sekolah dan semuanya. Tapi tulah... add math tu entahlah.. aku rasa macam ada hijab sikit. banyak dosa gamaknya. Memang sehari mampu satu soalan je. Bingung aku nak jawab dan past year spm addmath 2017 masyaALLAH. nak nanges weh. latihan senang la jugak..jugak okay.. mai real ques, perghhh. gigit pensel aku.


selain tu.. aku menjadi suri rumah tangga untuk adik aku.huhuhuhu. Aku masak untuk dia dan aku jugak.. kadang rajin sikit buat breakfast, kadang buat snek untuk study malam. Pagi aku hantar dia, selalunya siapa awal boleh merasa kak aina hantar sekolah. hehee. ataupun time hujan lebat gila. balik sekolah balik sendiri sebab aku tak sure bila dia balik. Kejap ada tusyen, kejap tak. So dia kata tak payah hantar.


Alhamdulillah tutor kesayangan aku membesar dengan sihat dan cerdik. lulz.


K, tu je

8 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 2 (getting ready!)

Aina Akmal 7 Comments




Before this aku ada post part 1 , andai sudi.. jemputlah baca di PART ONE.


Persiapan untuk belajar

Jadi setelah difikir dari segala aspek, aku duduk menyewa rumah di Alor Setar bersama dengan adik aku dan rakan-rakannya. Mungkin kali pertama dengar budak sekolah menengah tinggal rumah sewa, tapi bagi pelajar-pelajar Maktab Mahmud memang sudah menjadi kebiasaan. Orang sini anggap Maktab Mahmud Alor Setar ni macam mini universiti. Maktab Mahmud cawangan pun sistem macam ni. tapi kawasan sekolah lebih kecil berbanding induk.

Ada yang berulang dari rumah, ada yang tinggal di asrama dan seperti adik aku menyewa. Kalau nak stay asrama kena result kemas dan cantik. So memang lebih kurang macam uni kan? Makan rumah sewa ni kena fikir sendiri.

back to my story, pada awal bulan 2017 aku tak pindah masuk lagi. Ikut rancangan asal, aku duduk rumah sewa dengan adik dari bulan Januari, tapi my parents punya rancangan, lain. Dorang minta aku ambil lesen memandu dahulu sebab.. Sebab dorang dah belikan kereta untuk aku supaya bagi nak bagi semangat nak belajar, memudahkan urusan kerja, boleh pergi date (k gurau).

Aku tak minta pun kereta tu. Sumpah. Parents offer, sapa tak mauuu. HAUHAUHAU. 

Kereta pun dah sampai masa bulan Disember, jadi aku kena usaha keras supaya lulus JPJ dan terus pindah ke rumah sewa. Aku mula mendaftar pada bulan Disember 2016, jadi ambil masa untuk settlekan semua itu hingga Februari 2017. Sebelum raya cina.

Reason why I stay with my sister, simple.

She is my everything. Ini kalau dia baca blog aku ni karang mau nya bangga cakap kakak sayang dia. lol. Dia tutor aku. Aku anak murid dia. Ada apa-apa soalan, aku akan tanya dia , dan selain tu benefitnya dalam rumah tu memang budak-budak pandai dan yang akan ambil SPM. Jadi kalau tak reti apa-apa aku discuss dengan dorang atau adik aku rujuk guru-guru dia.


So selepas cuti raya cina, aku pun berpindah. Mula-mula suruh pergi sendiri. Sedih sikit. Woii, tiba-tiba je dah dewasa semacam. Tak ready. Aku tak nak pergi sendiri. Hehehe, last sekali my parents ikut juga tapi naik kereta lain. Hehehe, kakak tahu ayah sampai hati biar kakak sorang-sorang kan? Hehehe.

and aku bersyukur sangat , sebab my parents always support me. terutamanya my MAMA. I LOVE YOU. Terima kasih.

So itu je untuk part 2, tak banyak sangat preparation nak masuk sana..so to be continue! inshaaAllah. spread love


7 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 1 (reason&mukaddimah)

Aina Akmal 25 Comments





So, aku nak share dengan rakan pembaca sekalian sikit pengalaman aku sebagai calon persendirian SPM 2017. Seandainya adik, akak, abang ada sebarang soalan yang mampu di jawab boleh tanya dekat ask.fm aku terus atau boleh email ye.

Sebab-sebab aku menjadi calon persendirian.

Aku mengambil keputusan untuk menjadi calon persendirian setelah 2 tahun tertangguh SPM. Aku jadi serik untuk ke sekolah dan aku tak pergi sekolah dah. Memandangkan rakan-rakan aku yang aku kenal sudah mula memasuki alam kolej, asasi, matriks dan sebagainya. Selain itu, ada beberapa cikgu yang downgrade kan aku dan tak suka aku sebab dia ingat sakit aku ni benda main-main. 

Aku cuba kuatkan hati aku untuk lupakan semua benda tu, tapi aku tak cukup kuat nak hadap cikgu tu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bencinya cikgu tu sampai hari aku nak ambil sijil dari sekolah tu, langsung tidak di pandangnya muka aku. Sedih dan kecewanya hanya Allah yang tahu. 

Aku dah minta maaf semua dan cerita semua masalah aku semasa aku tidak hadir ke sekolah. dan balasan yang aku terima cukup buat hati aku terluka. Pedih dia tu tak tahu nak cakap macam mana. Korang tak akan faham selagi korang tak kena. Pihak pengurusan pun sama juga. 

Ada guru-guru yang sayangkan aku, dan mendoakan supaya aku cepat sihat dan mampu belajar seperti biasa sebab tahun tu aku dah nak ambil SPM  dan tiada kata lain melainkan syukur dan aku mendoakan semoga Allah memurahkan rezeki dan melimpahkan rasa kasih sayang yang sentiasa buat guru-guru tersebut. 


Setelah aku istikharah semua dan mendapat sokongan family, aku tekad dengan keputusan aku. Untuk apa aku ke sekolah lagi kalau sekadar untuk tempah kesakitan dan air mata. Sekolah yang sepatutnya menjadi suatu tempat untuk menimba ilmu dan mencipta memori indah terpadam secara perlahan dari minda. 


Jadi pada hujung bulan 2016, aku berhenti sekolah secara rasmi. Tiada lagi guru, tiada lagi rakan sekelas, tiada lagi terkejar-kejar makan bihun sup lepas solat zohor sebab nak ke kelas petang. Tak ada kelas pagi yang paling malas sekali aku nak pergi. Aku rindu semua ini sejujurnya tapi bukan kemampuan aku untuk stay di situ.

Pada bulan Jun aku jumpa psychirist sebab kementerian pelajaran minta surat rasmi dari doctor untuk penangguhan SPM kali ke-2. Aku pergi ni one session only, sebab aku alhamdulillah tak adalah sampai tahap depressi ke apa ke, cuma sekadar nak penuhi syarat sahaja dan aku di diagnoskan dengan school phobia. 
School phobia, school avoidance and school refusal are terms that describe an anxiety disorder in children who have an irrational, persistent fear of going to school. Their behavior is different from children who are truant and express no apprehension about missing school.

Aku rasa aku phobia dengan satu sekolah tu je. dengan sekolah-sekolah aku yang sebelum ni aku happy je nak pergi balik. Serius weh, sekolah ni tempat paling best. Sebab time sekolah lama, memang nakal nak mampus. Cuma nakal aku tak kantoi dengan cikgu lagi je. Sebab cikgu-cikgu puji aku budak baik. HAHAHAHAHA. Maafkan saya cikgu. heheh

Jadi end part 1. Nanti aku sambung part seterusnya pulak ye. Good night!
spread love ♥ 

25 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

luar biasa..

Aina Akmal 1 Comments

yeayyy! full mv dah keluar. Aku tunggu lagu ni keluar dari bulan lepas lagi kot. Macam aku tunggu si pian, tapi bila dah full version tak best pulak. prefer yang unofficial lagi..

Masa aku tengok ig dia dan tengok dia punya dance,  I yakin sangat yang lagu ni boleh pergi jauh sebab dance dia tak kayu dan tak berapa nak kekok. Dia memang style dia, bukan pengaruh kpop ke apa ke, aku kenal lah sebab aku ni memang kaki kpop. huhuh.

Lagu sabar dia memang buat aku jatuh cinta dengan dia, tapi demi kita, i kennot. tak masuk jiwa. 

and lagu baru ni genre music yang ala-ala alan walker gitew, genre apa eh, edm? apa-apa pun memang sedap telinga dengar. yang cakap ala-ala kpop tu memang aku cubit kang.. Dance dia tak de lah kepak-kepak macam dance malay-kpop dulu-dulu.

Aku tengok mv dia, selepas setangah jam di releasekan. Pergh nampak tak kata aku excited sangat nak dengar lagu mail.

 
 
So yeah lagu ni on repeat sekarang, and now trending #2 di Malaysia! Tahniah Mail. Melting sys dengar english dia. HAHAHAHA. cuma yang turn off sikit tu rap si alif tu, tak sedap. hm. macam lagu haqiem rusli tu, rap dia spoil kan lagu. hmmmm. aku prefer caprice punya rap if he drop dia punya bang bang tu.
 
kbai.  
spread love ♥

1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

A SFRNFZL Giveaway

Aina Akmal 12 Comments



https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8477741692408212693#editor/target=post;postID=895000530659348215
Click banner untuk join!


Saya suka berblogging kerana.. minat menulis? Maybe. Pada permulaan sejarah pembukaan blog ni, aku sebenarnya suka sebab aku suka edit blog. Blog aku ,aku design sendiri. Jiwa dan watak aku. Semua benda boleh ubah, ubah la apa nak ubah. Hari ni moody sikit tukaq jadi hitam esok bahagia jadi warna pink. Lol.

Itu mula-mula sekali sebab aku suka berblogging. Minat sangat sampai.. entri memang penuh pasal new look je. Muak gamaknya orang tengok, dah la tak lawa mana pun. Hmmm. Sekarang lawa lah jugak, at least di mata aku. HAHAHAHA. (puji la lawa.. T_T)

Lama kelamaan, aku mula belajar sikit-sikit edit code walaupun bukanlah pakar mana pun, dan dari dunia blogging ni aku kenal apa itu photoshop. Jadi setakat nak design cikai-cikai untuk kepuasan diri aku tak menjadi masalah.

Kemudian, perlahan-lahan minat menlis tu terlahir sama. Jadi aku pernah menulis cerpen, novel yang tak habis, dan kisah life aku yang tah apa-apa dekat blog.



I make new friends! Yeah, bunyi skema.. tapi memang itu kenyataannya. Dekat facebook/twitter/insta takdenya aku nak hai-hai. Selalunya jadi silent reader atau penge-like tegar je. dan aku yakin most of us memang macam ni. 

Dalam dunia blog ya allah. tulisnya kalah karangan SPM!

tapi blog lain.. sampai sekarang still contact walaupun dah hampir 4-5 tahun berkenalan di dunia maya. Aku ada kakak-kakak blogger yang tak pernah jemu jenguk blog aku dan komen blog aku supaya tak berasa sunyi . *cry*



dan yang paling best.. kat sini tak de berapa nak ada negetive vibes. Semuanya positive vibes! Kau post lah apa-apa pun. Selalunya orang akan cakap yang baik dan spread positive vibes, Korang meroyan lah apa pun..orang akan cakap


"good luck!"

"All the best!"

"You can do it!"

Even we're completely strangers. Kalau berbeza pendapat, alhamduillah tak de caci maki yang kadang rasa macam tak perlu kot.


and I really appreciated it tho.

Selain tu, blog selalu ada giveaway. Seronok sebab kalau time dapat hadiah tu.. tertunggu-tunggu pakcik posmen dan adik jerit bila lepas dia sign barang aku..

"Kakak! Ada orang hantar barang!"
or posmen tanya aku bila aku nak sign..
 "Aina Akmal ke?"

dan dia reply, sign sini. 

Rasa macam celeb kejap. auch! HAHAHA. aduhhh.

I really love to hear that! Gosh, I miss that so much! Lagi rindu nak buka hadiah pelan-pelan sebab sayang pembalut,walaupun tahu dah hadiah apa. Siapa tak suka dapat hadiahhh wehh?


So, I think thats all from me because.. entry ni dah panjang sangat. and I hope pihak penganjur bersabar ye. Hehehe. Terima kasih sebab buat GA ni! semoga dimurahka rezeki

//Today result SPM. 
#semogaainatabah
#setelah2tahuntangguhSPM




12 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

thank you hael and alvin!

Aina Akmal 6 Comments

Tweet ni boleh lah buat sis ketawa dan tak fikir sangat.. kononnyaaa.

*dapat result* . “ HA HA HA aku ketawa
    then tetiba yang ni pun lalu tl. melting jap. auch! //sorry lama tak fangirl and hormon, emotion semua tak berapa nak okay sekarang ni.
Ni memang buat aku sengih sorang-sorang, tapi babies. HAHAHAHAHA, KFINE.

Why Alvin is soo cute?! Erghh

I can't sleep and I don't want tooo.


6 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

too much drama

Aina Akmal 12 Comments

Just done the cooking for lunch, and now take 5 while downloading a few episodes of Running Man, because after this I need to pick up my sister at school. I'm becoming multitasking sister today.

Pheww, I wonder how -parents can handle this every day! I'm tired already. I'm not ready to marry. HAHAHA.

and..

I just checking up my drama files because I want to transfer to my hard disk, and I don't realise how fat my files were..until today?

Wow, you grew up so fast baby! *CLAPS*





I really have a lot of drama, movie and variety show,(too much drama is not good, gal.) and my hard disk almost full. Only 20GB left and I need newww hard disk!!

Like 3TB? Because my current hard disk is 1TB only. sooo... I need to get ready for 2018 drama, movie and variety show. Hahaha. Don't ask me to delete, because I so sayanggg dorang, kecuali memang drama yang I kennot brain tu memang delete ah.


Kadang saja download, sebab bosan.. kadang bukan tengok pun. Luls.

kbai, need to pick up my sister! ♥

12 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

mee kari udang banjir

Aina Akmal 16 Comments


just got back from visiting my twinnie sister at their hostel. today they asking my dad to make Mee Kari Udang. Before this, selalunya mee kari ayam. Today I found out, mee kari udang is thousand time better than mee kari ayam. hmmm.

My dad is really - really good cooker I told you. He is my sifu and masterchef!

and I'm just gonna leave it here..

Hi udang gemok! i love you.

Mee Kari Udang Banjir // walaupun udangnya tak berapa nak banjir

if you want the recipe, drop your comment and I will ask my dad! Hehe.

16 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

5 days.. left?

Aina Akmal 8 Comments

Hari keputusan SPM just around the corner which is, I DON'T WANT TO THINK BUT STILL I NEED TO THINK ABOUT IT CAUSE I CAN'T RUN FROM REALITY. 

Well, I can see he trying to show himself slowly.
I don't even realize today is
10th March 2018 already. time flies so fast huh?
my life will change after this. idk anymore.

mommy told me she wants to take a leave. and I was like EHH WHY YOU NEED TO SUSAH-SUSAH? Alahai. Nooooooooo!

I can go by myself to JPN and yeah be thinking what should I do next. Maybe I will iktikaf at masjid for one week straight, cause I really need to start thinking about my future and my life and jodoh. Or maybe I will be at KFC, dine in the dinner plate or Domino's having smokey chicken pizza or some cakes..




but my mom said SUKA HATI AKU LAH, ANAK AKU. (she will say aku when she joking harshly with me.)

okay, mom! thank you for reminding me?

I just want to go by myself cause,
I don't want to see my parents face when the result is out?

Back then, I really want both of them to be with me when the teacher announces the result because I'm very confident with result. Still got A's lah. hahaha

but SPM? *deep sigh* 

#justprayingthatIdonthavetorepeat









8 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

setelahku dimiliki..

Aina Akmal 4 Comments


Setelahku dimiliki...
kau leburkan segala kata dan janji mu... 

Ara Johari - Bunga 

I fall in love with this song.
I really need to download this song so I can play it when I'm driving!

It's like love at first sight, so love at first sight, is kind of exist actually?



I like wow, she's really good! How can she tarik the chorus? She really amazed me you know. The chorus part really catchy I told you. I stumble to this song while I'm changing the radio station while waiting ciksu bought her ice-cream.

you know. I try to tarik too, wow, so kind of you la Aina..

 who knows, I can make a cover. But I bet the listeners will die just before I sing.
 I never knew the song actually exist until yesterday. The song was released back in October 2017.

and now the song is on repeat. I play it on youtube and set on a loop so I can hear until I muntah hijau.

I tried to listen to Surat Cinta untuk Starla because  a lot of people told me the song is really good, but the song just isn't really my cup of tea.


oh, this entry not about me getting married or in love or what. hahaha. kbai.


4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

stalking

Aina Akmal 0 Comments

stalking is not cute.


I will end up comparing my life with the better one.
then the syukur feeling will go so far-far away. and I
end up curling myself in blanket and sleep.


Wishing when I woke up I can be rich and don't
have to think bout money probs anymore.


but, another side of me will tell me that I should
be bersyukur.


and sometimes I hate myself fot not to be grateful.
smh




0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

stress reliever.

Aina Akmal 6 Comments

Aku yakin semua manusia ada yang hidup ni memang ada masalah, kadang boleh stress sampai tak boleh nak bawa bincang. Jadi penting untuk korang cuba lepaskan stress korang tu supaya tak melarat dan membawa kemudaratan. Kalau aku..


Menulis.  

sejenis aku, aku suka bila bad mood aku duduk sorang-sorang. Menangis sorang-sorang, lepas tu tulis. Bila aku happy, bila down.. menulis memang salah satu cara aku melepaskan stress aku, selain membebel.

aku ada personal diary, ada benda yang macam aku nak lupakan sangat-sangat aku tak akan tulis. Sebab aku tak terkenang perasaan sakit tu macam mana. kalau jadi macam tu selalunya pergi buka la Running Man ke apa ke, sebab macam lupa kejap masalah tu.

kejap je, maybe boleh kurangkan beberapa peratus stress tersebut. kadang twitter jadi mangsa jugak. hmm. pastu delete balik sebab rasa macam agak bodoh. hohohohoho.




Driving 

first time aku try time aku dekat rumah sewa, sebab I feel really stuffy semasa dekat rumah sewa dulu. Stress dengan SPM dan masalah dalam rumah tu. Aku amik tudung start kereta dan ronda-ronda sambil menjerit puas-puas dalam kereta. Setengah jam lepas tu baru balik ke rumah sewa. 

Ambil angin malam. Jangan bawa laju-laju. Bawa rilek-rilek je. tapi jangan la lambat sangat sampai menggangu lalu lintas dan jangan laju sebab bahaya!

and of course, driving playlist tu penting! Put on your fav song and scream on top of your lungs! Memang puas sangat-sangat. Balik mandi dan tidur.  sebab dah penat pekik tadikan? HAHAHA.

pre-caution ; always carry your driving licence around!




Ice-cream treatment 

craving pulak ice-cream ni..
Yang ni aku rasa ramai sangat buatkan? Sapa tak suka makan benda sejuk-sejuk.   Satu je ice-cream yang memang menjadi fav aku bila aku makan ice cream.

ice-cream wafer perisa choco brand King's , sebab dia tak manis sangat,just nice je tapi... yang kurang bestnya dia cepat cair. :(

Kalau pergi kedai runcit tu, memang 3 ketul untuk aku sorang je, yeyeye murah je aiskrim ni. RM 1.20 cam tu je.



Korang release la stress kot mana pun, selagi tak mengundang masalah kepada diri sendiri dan orang ramai dan tidak melanggar syariat Islam, korang buat lah. Perlahan-lahan try to be a better muslim. Ye dok? Aku cakap untuk diri aku ni, (sebab bila dah masalah baru lah nak insaf. hmmm)
 

 In the end kita tetap kena kembali kepada Allah sebab semua masalah, Allah pemegang kunci untuk selesaikannya. Doa dan zikir, lain vibesnya. Nak cerita tak reti. Kena buat sendiri.


Sebab every single problem yang wujud kat dunia , 
datang untuk tunjuk yang kita ni perlukan Allah. 


Don't forget to share your stress reliever too!
much

6 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

kerana aquarium meletup!

Aina Akmal 5 Comments

  
Sejak aku dapat laptop beberapa bulan sebelum UPSR dan rumah di pasangkan wifi, aku jarang tengok tv. SANGAT jarang. Kalau tengok pun bila ada kartun atau drama indon-filipina yang pukul 2-4p.m, kadang tak sempat nak tengok sebab kelas pun dah balik lewat petang.

Sampai rumah selalunya dah pukul 6 petang macam tu, selalu time tu TV9 tayang cerita indon yang i kennot brain. Jadi penonton setianya adik-adik aku sebab depa kata nak lepas stress layan cerita mengarut. Aku terbalik , makin stress lagi ada.

Tahun tu pun penuh dengan drama pukul 7 di TV3. tapi alhamdulillah aku tak terbabit dengan fenomena tersebut. 


jadi selalunya aku menghabiskan masa depan laptop, layan drama online sebab masa tu adik-adik tak pandai main internet lagi kan. my parents pun sama. Jadi memang internet tu memang hak milik aku punya lah!! HAHAHA!




Memang layan youtube semua tak ada lag pun. Sekarang semua dah maju, bergaduh lah sapa main youtube. Sudahnya guna data sendiri sebab stress refresh socmed tapi asyik lag.

tambahan pulak sekarang ni, dekat rumah dah tak de tv sejak...setahun lalu.



 Sebab ye tv meletup, rosak . lagipun tv rumah aku tu memang jenis tv aquarium tu. Yang tv OBES tu. Tak de flat ke smart tv ke. jadi memang sudah sampai ajalnya.. huhuhu



Jadi kebergantungan dengan internet tu sangat tinggi. Jadi bila adik-adik balik dari asrama, boleh bawak bergaduh bila download movie tetiba fail! Dulu kalau aku download movie, aku halau depa p layan tv. Sekarang tak boleh dah sebab tv dah tak dak. hmmm.



Lagipun aku tak nampak tanda-tanda yang parents aku nak beli tv baru, sebab mak ayah aku dah jadi kaki youtube dah. berita baca online. si cik su (adik bongsu) pun youtube. si kembar ada di asrama, cik ngah pun sama.

and now..
adik-adik aku pun dah jadi kaki download drama dan movie macam aku.

dalam rumah ni ada #teamtukangdownload dan #teamtukanglayan


#teamtukangdownload - aku dengan si cik cah (twin)
#teamtukanglayan - cik ngah dan cik jah (twin) and supporting role, my mom! 

ayah dan cik su? depa #teamadaakukesah?  



sekian bebelan merapu saya sementara tunggu masuk waktu berbuka.. huhu

jadi korang team mana? Hahaha



5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

kembali kepada blogger..

Aina Akmal 9 Comments

dua minggu ni, aku try pakai g+ comment. sebab kononnya boleh berbalas-balas komen dengan lebih mudah. sebab tak silap aku dulu, kalau orang komen, akan naik noti.

aku tak tahu la features baru ke apa, sebab sekarang ni, orang komen kat blog aku.. aku tak tahu pun. lepas tu aku sedih sebab tak ada sapa baca blog aku aku. rupanya bila aku baca balik blog aku. (//ye aku tahu aku syok sendiri) rupanya ada banyak blogger komen tapi tak perasan pun. lepas tu aku sendu sorang-sorang.



Jadi better pakai blogger comment sebab kalau entri abad ke-7 pun aku tahu dia komen ke tak.

tapi aku sayang sebenarnya nak disable kan g+ comment, sebab banyak sangat komen, dan aku sayang...

what should i do?

aku pernah letak g+ and blogger comment sekali, dan ternyata tak ramai pun komen guna g+ comment sebab aku rasa coding dia tak berapa smooth kot. sebab kena double clik baru g+ comment keluar. sebab blogger comment sekali tekan je dah keluar.

and terima kasih kepada yang sudi membaca blog aku yang tak berapa nak bermanfaat ni. dan sudiiiiii KOMEN. YA ALLAH. aku sayang korang!

 sebab blog aku ni memang blog membebel syok sendiri je lbih. tak pandai nak kasi tips-tips. nak travel, duit pun tak ada. nak foodhunting pun, makanan rumah sedap.

hmmmmmm.

nanti gue pikirin boleh improve apa lagi dekat blog ni. nak rekomen movie drama.. rasa bersalah..hmmm. jadi.. aku membebel lah apa yang patut.


sekian dari owner blog syok sendiri.

oh btw, korang prefer blogger comment ke g+ comment. 

little update ;

boleh korang try tak both comment tak. hehe. maybe g+ tu dia lambat loading sikit. thank youu atas kerjasama anda! :)


9 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

Aina Akmal 5 Comments

www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html
click image to join!


Happy belated birthday sys Ray! Semoga panjang umur. hehe

Terms & Condition
1. Do follow my accounts here (I've attached the links here)


2. Create an entry with this title "Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi" ✔️
3. Copy and paste the banner above. Don't forget to backlink your entry.✔️
4. Leave your URL in the comment section below.✔️


Jom meriahkan lagi giveaway ni!

5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Aina Akmal 2 Comments





http://www.farhanajafri.com/2018/03/cash-giveaway-by-farhanajafri.html
click banner to join!

Thank you buat GA ni, semoga semakin murah rezeki akak Farhana :D

Syarat-syarat untuk join GA :
1) Follow blog ni ✔️
2) Buat entri bertajuk 'Cash Giveaway by FarhanaJafri' dan backlink kembali ke entri ni. ✔️
3) Letak link di bahagian komen dan share juga di semua social media you guys. ✔️

2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

diet and excercise ?

Aina Akmal 0 Comments



So sebenarnya.. dah 2 minggu lebih aku stop diet jap. HAHAH. JAP KAU. 2 minggu kau boleh loss 5 kg tau. huhuhu. 

terberhenti diet sebab bermula dengan ada picnic,

time picnic ada ayam guring...

balik picnic aku demam... angah demam.. dan adik bongsu demam. yang lain alhamdulillah sihat. demam biasa je. bukan virus pelik-pelik. Alhamdulillah.

aku ni spesis demam yang lalu makan. lagi aku sakit tekak lagi aku makan. demam aku kejap kebah kejap idok. hari kedua tu aku dah okay.

lepas dah sihat.. aku masak nasi ayam pulak. nasi ayam aku tu boleh tahan sedapnya. maka 2 pinggan jugak lah..

ya allah.

 lepas tu.. hmm stok buah-buahan aku habis.

so terlajak lama jugak lah aku cheat day. HAHAHA. Ni cheat weeks dah woi!


Aku tengah cari mood nak start balik eat clean.. hiks. Aku nak tepuk tangan sikit untuk diri aku sebab mampu bertahan hampir 3 minggu and loss 5 kg! Yay! 

dan Al fatihah serta talkin untuk cheat weeks aku. huks.

Aku jarang excerise sebenarnya.. kira okay la tuh. sebab aku jaga makan and kemas rumah sikit-sikit.

tapi kenapa workout semua ni..

first, korang cepat sikit loss weight
second, 

korang akan mula kalori yang dimakan dan perlu dibakar. lepas tu cuba tahan untuk tidak makan berlebihan. lepas tu korang akan jaga diet, work out, dan tadaaa. korang kurus. hehehe

itu pada aku lah. aku tak tahu lah orang lain..



spread love



0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

SPM RESULT 2017

Aina Akmal 2 Comments

Tengah asyik melayan lagu Sufian Suhaimi - Di matamu, sambil lalu timeline twitter.. tiba-tiba lalu pulak benda alah ni.. rasa macam kena dengan tema je. T_T

 



Allahu, rasa nak menangis sekejap. Takut aku. Penantian 2 tahun aku inshaaAllah akan berakhir. 2 tahun SPM tangguh, baru ambil tahun lepas. Aku tak letak harapan tinggi mana, aku tak berani nak cakap apa, sebab usaha aku sikit sangat. Tak sebesar impian.

Allahumayassir walatuassir,

Inshaa-Allah aku akan pergi ambil dekat Jabatan Pendidikan Negeri sebab aku kategori calon persendirian, dan pada hari yang sama jugak, adik aku ambil result dekat sekolah dia.

Hi adik-adik, dan calon SPM 2017. huks. 

I5 MAC 2018.

Mari kita countdown sama-sama..


2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

New look ?

Aina Akmal 2 Comments

Sehari ni aku edit blog, bermula dengan header. Sebab bosan tengok blog macam matang sangat je. White je semua benda kan? Minimalist la kononnya. Aku suka dua-dua. 50-50. Sebab tu aku tak boleh nak setia dengan satu tema sahaja. Susah!

aku lupa nak ambil gambar sebelum edit blog. Bila dah teringat, aku dah halfway tengah edit. Hm. Jadi aku teruskan kerja-kerja semula.

Aku cuba pakai blogskin, tapi nanti malas nak letak balik aku punya tutorial list tu. Lagipun, renyah sikit nak edit. Malaihhhhhh.

Aku kembali kepada simple template. Yang aku edit sendiri jugak aku sedap pakai. Hehehe.


Kali ni aku edit blog guna guide warna. Selalunya aku main hentam sahaja, dan aku akan pakai 2-3 warna. Jadi agak hambar. Aku suka warna pastel, tapi aku tak pasti nak guna combination yang macam mana.

Jadi, aku terus buka pinterest, memang banyak sangat -sangat! Korang carilah untuk apa-apa pun. InshaaAllah ada.


Menggunakan kombinasi 5 warna, tercetus lah warna blog aku sekarang.
 
Ini contoh colour pallate aku guna, tapi bukan yang ini warnanya sebab aku tak jumpa yang aku punya pallete warna, lupa nak save.



okayyy nite. 


2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)