Cash or Cashless?

Aina Akmal 11 Comments


Assalamualaikum.

Semakin dewasa ni, semakin banyak duit yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Jadi pengurusan kewangan sangat-sangatlah penting. Aku sendiri sebagai seorang student yang memang  perlukan duit untuk makan, buku, minyak dan sebagainya. Tiada siapa yang terkecuali dalam hal yang melibatkan duit ni.

Aku akui aku bukanlah seorang yang bijak mengurus hal kewangan aku. Selalu habis duit aku habis menjoli di makanan. Sebab mak cakap, kalau duit habis sebab makan tak pe. hehehehe.

Tapi pernah suatu hari tu tanya kawan-kawan, korang ada buat saving tak? In case ada emergency, dorang cakap ada. Aku ni pulak.. duit habis melayang entah kemana. Sedar sedar dah licin terus. Sejak dari hari tu aku cuba la simpan sikit-sikit dalam tabung.. mana tau hujung-hujung bulan terdesak.

So persoalan aku sekarang, cash or cashless?

Jujur pada aku. Aku lebih suka mengunakan paywave/debit card bagi sebarang urus niaga. Mudah. Aku boleh keep on track apa yang aku beli. Berapa aku guna dan habiskan. Tak delah aku nak terkial-kial nak update setiap hari dalam apps tracking money aku tu. Kadang jenuh mikir hilang kemana duit aku sekian-sekian.

Dan aku jadi lebih displin untuk tidak berbelanja. Hampir setiap bulan, alhamdulillah ada baki duit dalam account kalau untuk digunakan ketika emergency.


dan cash sebenarnya akan aku keluarkan apabila di perlukan untuk dalam urusan seharian. Contohnya makan di cafe atau di warung-warung makan.  Jadi aku tahu cash aku keluarkan selalunya untuk makan sahaja.


So sekarang ni, aku akan keluarkan duit mengikut keperluan sahaja. Kalau seminggu tu bajet aku dalam RM 50, maka RM 50 sahaja aku akan keluarkan. Dan kalau ada rezeki orang tumpang kereta, maka duit itu aku buat la top-up duit makan aku.

Minyak, kedai-kedai makan seperti KFC, McDonald's.. Shopping, topup. semua aku lebih suka guna kad/e-wallet/paywave.  

Here the sum up how I spend my money. 


Cash (Tunai) Perbelanjaan seharian (Kafe, kedai runcit, warung, pasar malam)
Cashless ( Paywave/Debit Card) Groceries : Mydin, Tesco, Giant, Watsons
Foods : KFC, McDonald's, Starbucks,
Toiletries : Watsons, Guardians
Fuel : Petron, Shell
Entertainment : Netflix, Spotify
E-wallet (Touch n go / Boost app) Top up : Celcom , Tunetalk


Aku senang track duit aku ke mana bila aku pakai card, buka je apps terus boleh tengok duit keluar-masuk. Kalau e-wallet ni pulak, aku prefer pakai boost app sebab selalu dapat cashback bila aku top up apa apa. Kadang dapat RM 1, 75 sen. Bergantung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

So this is how I manage my money sekarang. Alhamdulillah setakat ni, aku dah jadi kurang boros sikit. Hehehe.

Sooo tu je kot sedikit tips pengurusan kewangan aku? HAHAHA. tips sangat uwuw.

and satu lagi..

Kalau nampak kawan-kawan susah tu, belanja la sikit. Dalam rezeki kita tu, masih ada rezeki orang lain. Mana tau hari ini hari orang, esok lusa nanti hari kita pulak. Selain tu, boleh paw member-member korang yang korang rasa macam dia tengah happy. ahahahaha. tak delahh. sis gurau. tapi.. apa salahnyaa eenn. heheheks. 

k. rak lu. hihiks. 

 
spread love

11 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Final Sem.

Aina Akmal 10 Comments





Assalamualaikum.. pekabaa chuollss!

Pejam celik pejam celik, pejam-pejam, celik-celik aku dah masuk sem 3 dah weh. Final sem untuk foundation aku. uwu. Pantasnya masa berlalu sampai tak terasa langsung dah nak habis asasi weh. Masih terbayang hari pertama pergi ke UniSHAMS bersama-sama dengan adik-adik dalam kereta aku. 

Masih terbayang hujan yang menitik sebaik sahaja usai program pendaftaran pada petang itu, tidak sempat aku bersalaman dengan adik-adik aku. Dalam tergesa-gesa itu, sempat aku bersalaman dengan ibu ayah sebelum mereka pulang. Laju berjurai air mata aku di dalam kereta sebaik sahaja aku menelefon mereka. Sungguh, pantas masa berlalu. 

14 April ni, InshaaALLAH tamat sudah dunia asasi aku di sini. InshaaAllah akan bersambung episode baru pula. 

Cuti sem aku 2 minggu sahaja, tak lama. Asasi aku hanya selama setahun dengan 3 sem. Degree nanti aku merasa la cuti sampai muntah. lols. 

Sebenarnya aku sedih.. sebab nak tinggalkan geng-geng diva aku. Entah course sekali ke tidak. Uhuks. Bakal rindu drama-drama dalam kelas tu. Bakal rindu semua gelak ketawa itu. WAAAAAAAAAAAA. BARU 2 MINGGU START KELAS DAH FIKIR BUKAN BUKAN. 

Sem ni, aku akan belajar 6 subjek dengan beberapa jam kredit tah. Lupa pulak. Aku baru je ponteng kelas arab sebab aku tak de mood nak ke kelas arab. nanti aku pergi lepas ni. inshaaAllah. Ustaz tak kenai aku. hehehehhehehe. Dia kenai student yang lawaa ja. 

Tadi petang sepatutnya ada kelas fiqh muamalat.. tapi tetiba lecturer ada meeting and lupa nak inform kitaorang. Jadi..

So dramatic these girls. awww.


 YEAH. WE'RE DOING PHOTOSHOOTT UWU!

Apa-apa pun doakan kitaorang tamat asasi dengan jayanyaa dan stay strong always. Divass! Yuk tamatkan foundation kita dengan senyuman dan buat yang terbaik untuk sem ni. Lovee chuoolss! Doakan kitaorang semua dapat pointer niceeee semua. Doakan project kami berjalan dengan baik. doakann yang terbaik untuk kitoarang.


spread love ♥

10 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Introduction.

Aina Akmal 6 Comments


 


Assalamualaikum,


Halloooo gais. Actuallyyyyyy, I got a lot of stories to tell. Sumpah banyak sangat, but I'm going to start with Happy New Year gais!

Azam tahun baru ni.. em. Aku rasa aku simpan dulu dalam hati. Tengok mencapai ke tak. Hehehhee. Harapnya impian tahun baru aku ni akan tercapai. uheks. Sebenarnya aku tengah menati episode baru untuk drama The Last Empress ni... tapi tulah tak keluar keluar lagi. Aku tak kisah pun kalau tak de sub. Sebab aku memang dah tak boleh tahan sangat dah tengok cerita tu.. wuwu.

Tapi tadi aku ada cari dekat Instagram memang dah keluar sikit keratan cerita tu. OMG. I;M DYING UWU.


 
HALP ME.

okkkkayyyyy tadi lepas maghrib I dengan housemate I ada buat Party New Year. Kitoarang makan maggi dalam kuali sambil layan 8TV yang tengah tayang citer cina apa tah. luls. I actualllyyy lupa nak ambil gambar makanan tu uhuks. dan minum teh o ais cameron highlands. uwu.  Sedap weh. Memang habis tu memang masing masing macam ular sawa dah. kenyang sangat. Alhamdulillah.

pstt. baru azam baru tak nak makan maggi. hahahhahahahaha. dah cancel dah azam aku weh.

Aku pun baru selesai dengan program aku, lepas tu baru masuk sem baru. omg, banyak benda aku nak rant. tapi tulah. nanti aku sambung. eheks, btw... Semoga tahun baru ni menjadi titik permulaan yang baru bagi diri kita semua. Tinggalkan segala kesedihan dan kenangan yang pahit agar di jadikan pedoman dan mulakan hidup baru Inshaa Allah. Moga yang lepas di jadikan iktibar dan ayuh kita warnakan kehidupan kita dengan warna warna baru pada tahun ini , Inshaa Allah. (ada gaya nak ganti Fadhilah Kamsah tak? hehehehe)





spread love ♥

6 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)