How I overcome my fear to talk infront people.

Aina Akmal 3 Comments



Assalamualaikum and hello gais.



I'm sorry if I not replying your comment or visit. All my post have been scheduled. Thank you for dropping by. Love yaa.  Muah!


 So, I just want to share my experience. How I overcome my fear to talk in front of a lot of people. It's not like I can be 100% confidence in front of audiences, but I'm not shaking hard as before. I'm not stuttering so much. For me, much better than before.

I've been tried to overcome this fear ever since I was 13 years old. I'm truly scared to talk in front of audiences. I forgot what I want to say, I don't do eye contact with anyone. Yes, that was me. A few years back then. Even I was a school presenter for a speech competition. I'm joining the competition because I want to face my fear.

Years pass by.

I learn slowly.


So now I can speak comfortably and less stuttering.


1. Research and study

This is the first step when I've given a task. I do some youtube-ing, google-ing. If possible read journals or article related to the topic you were assigned. It's ok to dig deeper. CONQUER YOUR TOPIC.

2. Make notes

I prefer to write in books. Bring out the important things, highlight it with the highlighter. Make a simple opening speech, jot down the important context.


3. Imagine & Practice

I do this when I'm taking my bath. Under a shower. I berlakon sorang-sorang. It doesn't matter where you want to imagine. But I do that in shower. I practice in my room, in front of some close and supportive friends.


4. Doa

Yes, doa. Whatever we do, ask Allah to help us in evey single thing we do. I pray to Allah, minta Allah berikan kefahaman kepada orang yang mendengar and as for me, Allah buatkan apa yang I cakap susun teratur. 


Extra tipss!

If you jenis nervous ketaq satu badan, bring along a pen, or book to make as your company.  Or if you seorang rabun, take of your spectacles. So you see less people. //this tips can't be applied on me since I tak rabun, but one of my lecturer's student dah try. soooo why not. ehek.


Soooo what's your tips to overcome your fear? Dropp yours! :D

Adios love, 

3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Starting Point.

Aina Akmal 4 Comments


Assalamualaikum and hello guys. 

Sebenarnya aku ada satu benda nak share. Lebih kepada pendapat aku tentang sesuatu.

Starting point. 

Pernah dengar? Ini bukan pasal starting point dalam pertandingan larian atau sebagainya. Yang aku nak cakap ni, pasal starting point kita dalam kehidupan. Bagaimana perjalanan normal kehidupan seseorang sejak lahir.  Starting point seseorang dari segi pendidikan. 

Bila kita baca berita tentang pelajar yang miskin atau susah berjaya, kebanyakkan kita akan berasa kagum dengan pencapaian pelajar tersebut. Kita merasakan dia sangat hebat. Berbanding kita mendengar kejayaan seorang pelajar yang datang dari keluarga have-have kata orang melayu.


Sebab?


Kebanyakkan orang susah hanya memikirkan bagaimana nak berfikir untuk esok hari. Macam perumpaan yang kita selalu baca tu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Duit yang dorang dapat untuk sesuatu pekerjaan cukup sekadar untuk beli beras pada hari itu dan sebagainya.

Jadi untuk sesetengah orang yang susah, bukan salah mereka jika mereka berfikir lain dari orang lain.

Kerana mereka selalunya mempunyai minda survival.

Calculationnya macam ni.


Pendidikan = Duit


Tak payah nak bayang universiti. Sekolah rendah nak masuk pun kena duit banyak dah. Alat tulis, buku tulis. Pendidikan ni memang memerlukan kos.




Berbeza dengan keluarga yang have-have ni, kelebihan mereka jauh ke hadapan. Lahir-lahir dah ada buku kiri kanan. Dari mak dah pregnant dah buat macam-macam. Pergi segala kelas yang wujud untuk kebaikan anak dan ibu. Sejak dalam perut lagi, minda sudah di didik dengan pelbagai perkara.

So tak mustahil pun kalau mereka yang selalu score up atau sebagaimananya.

Duit tidak menjadi masalah kepada dorang. Dorang boleh je nak cari tutor dan sebagainya untuk membantu pendidikan anak-anak dorang.




Yes, aku faham ada yang jadi sebaliknya untuk dua-dua golongan ini. Tapi, aku cuma bercakap berdasarkan pengalaman kebiasaannya seseorang itu. Apabila starting point setiap orang itu sudah berbeza, jangan expect kehidupan seseorang akan sama satu sama lain.

But, everything depends on us. Kalau dah kaya, dah ada kelebihan semua tapi tak reti bersyukur pun susah jugak. Kalau dah susah tapi tiada kesedaran dalam diri sendiri pun susah..

Jadi, inshaa-Allah tak kisah lah di mana pun starting point kita dari segi pendidikan. Semoga kita semua istiqamah menuntut ilmu dan sayang ilmu. Acewah. gitcheww Ustazah Aina. Muehehe.


Ok tu sekian pendapat saya hari ini, by the wayyyy share with me pandangan korang tentang perkara ini. 

spread love

4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

JJCM : Ezy Delites Cafe

Aina Akmal 2 Comments



Assalamualaikum and hello gaiss.

Sooooo, baru-baru ni aku ada pergi lepak satu cafe yang ala-ala hipster ni. Actually nak ke sini memang unplanned gila. Sebab aku yang pertama sekali, long-short storynya, member aku nak belanja. Keluar je dari Exit Tol Sungai Petani Selatan, terus aku park di bahu jalan. Memikirkan kemana kami mahu mengisi perut yang kosong.

Tetiba aku teringat ada satu kedai ni, aku punya naqibah usrah ajak aku pergi tapi sampai sekarang tak de peluang nak pergi lagi so terpaksa tangguh dan tangguh sebab masing-masing busy dengan study. HAH. Amik kau, aku rap terus.

So without wasting our time, kitaorang terus google location and follow maps dan Alhamdulillah sampai dengan jayanya.

Macam ini lah rupa kedai tersebut.



Judging from the outside boleh agak makanan dia berapa kan? Harga dia memang a bit pricey for student macam kitaorang ni, tapi still affordable. Saja-saja nak try kan? Apa salahnya kan kan kan?



Chicken Chop with Black Pepper Sauce and Grilled Chicken with Black Pepper sauce 

Chicken Chop and Chicken Grilled
PRICE : RM 12.90 each //(If I'm not mistaken) 

Tbh, I lagi prefer chicken chop dekat my hometown because selain harga dia murah sikit, ayam dia lebih juicy instead ayam yang ni a bit dry so I macam tak feeling sangat nak makan dia. Boleh je nak repeat kalau dah teringin sangat kan? But depends on people. For chicken grill dia, I memang prefer sini. tetiba je I, hahahahahha. gedik. But honestly, chicken grill dia better dari chicken chop dia. 



LOOOKK AT THE PIZZAA! 

Classic Pizza 

RM 14.90 - //(If not mistaken tooo)


Pizza ni. Sumpah. BAE. GILA. OMGS. SEDAP SANGAT. Actually I macam tak tahu nak makan yang mana dulu ok because both are my fav. Tapi. Tapi. Tapi. Pizza ni buat I makan bergilir-gilir dengan chicken chop I, because I can't chooosee?!  

Sebabkan base dia nipis, and you can taste semua cheese and chicken yang dia letakkan di atas pizza tersebut. Crust dia memang crunchy. Bayangkan panas-panas makan. YOU RASA? WOHSHBJ. I'm going to repeat this soooo soooo much. Sedap sangat. 


And lastly for our beverages, my friend choose classic Iced Lemon Tea (RM 5.90) and I choose Mix Berries (RM 7.80). 

Iced Lemon Tea was okay. Just like mamak and homemade drink yang selalu kita buat. Nothing special. So I was wondering the taste of Mix Barries... OMGS. I wissh I order air kosong je. The taste rasa macam ubat batuk kanak-kanak? Something like that? So I memang main telan je. Another time I datang, I'm going to taste another drink. No Mix Berries for me anymore!

Kawan aku pun dah gelak sakan tengok aku minum ubat batuk. 

Anywaayyy, overall aku puas hati gila lepak dekat sini. Oh lupa, fries dia sedap gila. Aku rasa macam nak datang beli fries. Tapi fikir jauh gila nak mati. Better aku balik goreng kat rumah je la. Sumpah friess dia da boomm. ehek. 

Staffs are so friendly and kind and they played some good songs. and you eat in a cozy environment. 

They accept card! :D 

So around RM 52.00 for both of us. 


Okay, lemme know mana tempat makan yang best lagi so that, ME AND MY SQUAD boleh makan-makan. wwhehehe. 


2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Bakor Satey.

Aina Akmal 4 Comments



Assalamualaikum gais, and hello uwu. 

Sudah hampir seminggu aku bercuti tapi tak de benda yang produktif yang aku buat sepanjang minggu cuti ni. Niat tu dah ada. Sumpah dah ada. Aku nak buat notes aku, aku nak buat assigment aku, aku nak buat artikel aku. Aku nak study programming. Tapi.. tapii.. semua tu tinggal kenangan je weh. Satu habuk, pun tak buat. Anyone bagi tips sikit?! Stresssss nih. Stressss. ARGHHAKKHLASD. 


Anywaayyyyy, malam raya baru-baru ni, family aku ada buat bakor-bakor sikit dekat rumah. Tak delah panggil orang semua. Just saja seronok-seronok antara kami ahli keluarga. Yelah.. kitaorang tahun ni tak gerak balik ke Perak. Sebab raya Aidilfitri baru ni dah balik dah. So yeah. 


Actually this is my first time and my dad tooo bakar satey. Hehehe. He googled the recipe cause you know daddy got swagg gittew. Mana main buku resepi sekarang. Kalau leceh sangat ayah akan youtube je semua benda. Ayah teringin sangat nak makan satey and kuah kacang. So ayah incharge in kuah kacang, and aku incharge dalam pembuatan satey. Acewah. Sebenarnya aku 70% dalam pembuatan sate, and ayah 30%? ahaks. 

In the making of satey gergasi. uwu


Jadi, pada waktu pagi, kitaorang perap je ayam dulu, dan bercadang untuk bakar pada waktu malam. Aku dah cakap kat ayah, part membakar serahkan kepada kakak. Kakak dah pandai bakar-bakar dah sekarang. Aku dah tak noob dah part bakar-bakar ni. Cantik je masak. Hehehheeks. Actually this is my second time bakar.. first time ritu main try je. Mujur jadi. Uhuk!


And of corse thanks to all my sisters yang incharge dalam bab-bab mengemas rumah dan dapur dan kawasan pembakaran. 

Btw, satey ni special sikit dari satey biasa. Besar dia kemain besar tau. Dah sama panjang dengan tapak tangan aku wei. 


Kelebihan : cepat nak cucuk, cepat habis. HAHAHAHA

Kekurangan : lambat nak masak, rasa tak cukup. 


Yelah, kalau ikut resepi boleh dapat 40 cucuk? Tetiba jadi 27 cucuk something untuk seekor ayam. HAHAHA. Memang besar cerita dia. 


I can smeelllll this pictureee. welp!

and I guess it turned out well for first-timers like us? uwu. *clap clap* 

//sorry gambar tak berapa nak lawa. ahahaha. yang penting sedap. meuehehhee. 

btw, kuah kacang ayah sedap nak mampus. aaaaa. cravingggnya. makan dengan nasi impit dan juga timun. uwu. HEAVEN.


TASTE GOOOD! DAYYUUMM. // LOOKK HOW BIG THE AYAMMM WAS. OMGAHBJAKK

SOOOOO, I'm going to say bye bye here. muah muah. heheheks.


4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Goodbye, Aspril.

Aina Akmal 0 Comments




Assalamualaikum peep, it's me again. AINA. UWU

Dah lama sebenarnya aku nak buat post pasal ni. Pasal asasi life aku yang berkahir dengan jayanya. Foundation life yang banyak mengajar aku pelbagai perkara dalam kehidupan. Bertemu dengan kawan-kawan yang lebih muda dari aku kebanyakkannya. Budak-budak lelaki yang annoying gila tapi baik hati la jugak kadang-kadang.

Kita semua berjumpa secara tak rasmi pada 31 June 2018. Perkenalan tidak rasmi semua orang. Kita (Asasi Pengurusan intake April) tak ramai macam budak Pengajian Islam. So pergi mana-mana rasa macam asyik terserempak dengan muka budak budak inilah. Pergi pasar malam terjumpa, pergi kelas jumpa.

Sejarah nak dapat seketul gambar ni pun panjang. Susah betul nak ajak budak lelaki bergambar sekali. Bukannya kitaorang nak buat benda bukan-bukan pun. Ambil gambar sekali sebagai tanda kenang-kenangan je. Sebab sem 1 dan Sem 2 semuanya tak nak ambil gambar sekali. Mujur dahh sem 3 dengar cakap. Geram betul sis.

So inilah barisan kawan-kawan aku yang banyak membantu dari segala macam hal. Time kereta bateri habis, sanggup datang tolong. Kereta rosak, mai pick up aku dekat rumah sewa. Barai buat tutor sama-sama. Barai buat assigment. Buat kerja gila last minute. Sumpah rindu. Aku lah manusia yang paling terkesan sekali merindui dorang, sebab aku dah course lain. Dorang mostly course sama.

Dear Aspril, 
If you've ever come across my blog, thank you for creating memories for 1 year. To be honest, I was scared to go enter a new life. A new chapter. But you guys cheer me up when I was down. You guys make my life colorful. You guys bring out the best of me. I meet my new me. I meet a good lecture tooo!! Thank you so much, my lovely lecturers. My prettyy girlfriends and my annoying boy-friends? Luls. 
I never thought I will make it today without you guys. Eventho, I still have a long way to go. But you guys give me a new best first chapter in university life.  I love my girl friendsss of course and all my lecturers. 

Sorryy kalau tercrop. ehek. 


Yang ni je aku nak share hari ni. Ayah aku dah panggil suruh cucuk sate. uwu.

Salam Aidiladha babes! 


0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

SPM {FAQ} #calonpersendirian

Aina Akmal 0 Comments

Assalamualaikum and hello there. 

Aina is here! How are you peep? I hope you guys are doing great cause me love you guys so much. Hiks. 

Okay btw, I want to straight up to the purpose of writing this entry. 

I have been receiving a lot of DM and emails bout my SPM as calon persendirian until today. First of all, I'm sorry if I'm not replying your dm, comment, and email. If you comment on my blog, no notification will notify me unless I log in into blogger account. Same goes to my email. Sometimes I've read your email, but I forgot to reply. I am truly sorry.  The one who dm-ed me through Instagram, I'm sorry if I'm not replying or late reply cause sometimes I delete my Instagram apps cause Instagram is distracting! 


And if you have ever looking for my Instagram account, sometimes I deactivate my account because I'm wasting my time for something unworthy. 

Yeah. I'm terribly sorry for everything. 



So I will do Frequently Asked Questions (FAQ) today. Do read peep!

1. Macam mana nak ambil SPM Persendirian?

Bagi kes Aina, Aina dulu tangguh SPM. Bukan pelajar mengulang. Jadi Aina pertama kali mengambil SPM pada tahun 2017. Untuk pelajar mengulang atau pertama kali menduduki SPM, rasanya langkah yang pertama adalah isi borang. Apa-apa perkara yang rasmi di Malaysia ni, kebiasaanya memerlukan borang yang dilengkapi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan. 

Pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berdekatan untuk mendapatkan borang. Di sana, anda akan diterangkan dengan lebih jelas dan akan diberikan senarai sekolah yang anda boleh daftar sebagai pusat peperiksaan. 

Untuk sebarang maklumat jangan segan bertanya kepada pihak berkenaan. Inshaa-Allah mereka akan menjawab dengan baik ataupun boleh buat carian secara atas talian di laman sesawang mereka. 


2. Pakaian rasmi atau tidak?

Pada hemat Aina, Aina lebih selesa untuk berbaju kurung. Sebab? Aina datang nak ambil peperiksaan sahaja. Tak nak lah nampak over sangat macam ada fashion show. Bagi lelaki pula, kemas kasut bertutup, berkemeja dan tuck-in. Nampak lebih kemas dan formal kan? Perempuan pula kalau pakai tudung cukuplah bawal dipinkan kemas kiri dan kanan. Shawl pula tak perlu berbelit berlebihan. Nanti nak jawab exam pulak stress. Tudung tak jadi. HAHAHA. 


3. SPM persendiran ada folio atau kerja kursus tak?

Soalan ni sangat popular. Even Aina dulu pun tertanya-tanya juga, ada ke folio atau kerja kursus. Yelah, Addmath sekarang kalau tak silap Aina, ada kerja kursus kan?  Kalau tak silap. Setakat sekarang ni, tak de yang update kata SPM persendiran ada kerja kursus dan sebgainya. So Aina yakin tak ada sebarang folio dan kerja kursus. 

TETAPI, seandaianya terdapat perubahan format dan sebgainya, sila terus hubungi pihak berkenaan dan pastikan anda membaca segala surat dan borang-borang yang anda telah isi. PENTING! 


Apa-apa pun, kunci di sini adalah membaca dan sentiasa menanyakan sesuatu perkara yang kita kurang pasti. 

So, sampai sini dulu FAQ Aina. Sebarang persoalan boleh terus ke Instagram Aina atau email. Mana yang Aina dapat bantu, Inshaa Allah Aina akan cuba tolong. 


Loves,


0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)