Kisah BBW

Aina Akmal 1 Comments






Assalamualaikum semuaa!

Hari tu, masa minggu final exam, aku lari balik ke rumah kejap. Sebab paper terkahir aku pada 2 September 2019. So memandangkan aku ada gap lebih kurang 4 hari, aku terus kemas barang-barang semua dan balik ke rumah dalam pukul 10 malam.

Aku balik secara suprise la kononnya. HHAHAHAHA. Memang parents aku terkejut la cerita dia, sebab aku buat prank.

Salah satu sebab aku nak balik awal adalah, aku nak pergi Big Bad Wolf. Seumur hidup aku tak pernah pergi pun BBW ni. huks. Dulu ada rombongan sekolah pergi BBW ni, tapi bukan rezeki aku nak join sekali.  Selalunya BBW ni buat dekat KL la kan. Tak silap, ini adalah pertama kali buat BBW di Kedah.

So dia punya excited tu lain macam!

Sekitar pukul 8.30 aku bersiap-siap untuk pergi ke BBW pada tarikh 30 Oktober. Aku tanya member aku kot-kot ada yang nak pergi. Tetapi kebanyakkan masih ada di kampus, dan ada yang tidak mendapat keizinan parents. So, aku ni dah biasa jadi lone ranger. So tak kisah pun pergi sorang-sorang.

Jadi... al kisah...

Kisah 1

Sebelum aku bersiap sepenuh, aku ws la kawan aku sorang ni. Aku ada hantar iklan pasal bbw. Dekat iklan tu...

Rupa-rupanya tarikh mula adala 31 OKTOBER! HAHAHHAHAHA!!!

Aku dah hampir nak pakai baju cantik-cantik dah woi! Nasib dia tegur woi! Kalau tak aku dah sampai sana murung sorang-sorang lepas tuuuu hahahahhahaha. SEMANGAT kakk oiii!!!

Tengok lah ni SS aku nih. Penat tauu sedih camni. T_T




Jadi keesokkanya harinya, berpuluh-puluh kali aku buka phone dan check kalendar. Nak tengok tarikh. Adakah benar hari ini 31 Oktober. Siap aku tanya mak ayah aku lagi. Tanya kawan aku. Supaya aku tak hidup sehari awal.  Huks.

Setelah aku meyakinkan bahawasanya yang haritu ada 31 Oktober, barulah aku bersiap. Dalam 9.30 am aku bertolak pergi ke sana. And kali ini aku tak bersendirian sebab Dik Yam turut serta. Dia tak start cuti sekolah lagi pun. Dia demam. Tapi dah kurang. Aku kena paksa bawa dia sebab tak de sapa nak jaga dia.




Ngam-ngam je aku sampai tu, terus aku boleh masuk. Aku ingat aku dah awal, rupanya ada lagi awal dari aku. Siap beratur. Tsk. Bagus.

Masuk-masuk je memang aku macam jakun sikit lah. Tengok buku-buku English semunya RM 10 je wei. Aku memag nak baca English novel, tapi selalalunya mahal sangat. Rasa macam better aku beli makanan je tau dak. HAAA. RM 50 boleh beli KFC snaker box 5 kotak. Jadi sebagai seorang student yang kuat makan, aku lupakan niat aku nak membeli novel eng.

Aku masuk pukul 10 AM, keluar 12 AM. HAHAHASHSDAK. Tak delah. Keluar pukul 12 PM. Memang tak sedar masa berlalu dalam tu. Sampai aku lupa yang adik aku ni tak sihat. Ya allah. Kejammnya aku. Bila aku tengok muka adik aku pucat barulah aku bawa mengucap. Kalau tak hmm. Mungkin esoklah aku keluar. Mungkin. Sempat lah aku lari keluar kejap belikan dia air dan roti buat lapik perut.

Setel bayar semua, aku pergi simpan buku dekat kereta.


Kisah 2


Tapi kan...

sebelum aku nak pergi kereta ada seorang salesgirl ni tahan aku.


Salesgirl : Akak ada anak yang kecik lagi tak dari yang ni? *Sambil dia tunjukkan adik aku yang umur 9 tahun.*

Me : AND I WAS LIKE....






Salesgirl : ...ohh adik ke? Sorryy sorry!

Me : *crying inside*


The girl tried to promote buku kanak-kanak yang macam ada bunyi-bunyi tu. ahahahhasa. Pedih sis.

Jadi, I pergi membawa diri dan adik I untuk makan tengah hari dekat medan selera Tesco tu. Sambil membeli tealive dan memujuk jiwa. Eheks.




Adios babes


1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Movie Date - Ejen Ali The Movie

Aina Akmal 2 Comments



Assalamualaikum and haiii gais.


Tengah buat apa tu? Musim-musim cuti ni kemana korang berjalan. Aku habis jauh ke dapur. Rasa nak tempat sejuk sikit masuk bilik air. Faham tak korang nih. Bahasa mudahnya aku duduk rumah je. Hiks. Tak ada bercuti kemana pun, walaupun aku cuti sem dan adik-adik aku ada di rumah.

Tetapi sebelum cuti sekolah bermula, aku dah berjanji dengan adik-adik aku untuk bawa dorang tengok wayang. Ejen Ali The Movie of course. So memang setiap hari dok mai merap orang Kedah kata. Buat rayuan macam-macam suruh aku bawa.

Aku sebenarnya malas pergi hari minggu sebab nanti ramai sangat orang. Tak seronok. Jadi pada tarikh 9 Disember baru-baru ni aku pun bawa la angkatan tentera kecil. Aku tempah pukul 10:40 pagi sebab tiket murah. Hehehe. Jimat banyak kot tengok pagi-pagi.


Sampai di sana, popcorn di usung masuk. Untuk diriku chicken popcorn diseledup masuk dalam handbag macam biasa. Makanan wajib beli tau. Kalau tak nanti tak fokus cerita sebab asyik bau makanan orang. Jadi bekalan selama 1 jam 30 minit ini besar peranannya.

Aku tak akan beri sebarang spoilers walaupun ramai sudah mengetahui ceritanya. Tapi terus terang, sekitar 10 minit pembukaannya sangat membuatkan aku duduk melekat bagai digam di kerusi. Memang padu sungguh cerita dia.

Pada aku, Ejen Ali ini sebuah cerita yang mesejnya untuk orang dewasa. Sebuah cerita kedewasaan. Perasaan dan emosinya sangat diperhalusi. Kicauan ini cukup menjelaskan apa yang aku cuba sampaikan. 





Selesainya tayangan aku bertanya kepada adik bongsuku. Cik Yam, 9 tahun. 


"Adik faham ke cerita tu.."

Mukanya dikerutkan. Tidak faham atau tidak menghayati itulah tanggapan aku. 

"Abang sebelah adik tu bising,adik stress." 

Fokusnya terggangu. Patutlah. Kesian dia. Kemudian aku menceritakan bagaimana jalan cerita supaya kanak-kanak sebesar itu memahaminya. 

Namun rata-rata yang menitiskan air mata ialah orang dewasa yang menontonnya. Adik aku yang si kembar, 15 tahun tu. Sok sek sok sek menahan hingus. 


Dan yang paling penting. Semua OST filem ni memang jadi kesukaan. Seminggu demam kat rumah ni. Asyik ulang lagu yang sama sampai penat. Sumpah best cerita ni. Rasa macam nak repeat lagii! Mana yang tak tengok lagi tu, pergi tengok. Kita support filem lokal kasi up! Jangan keluar awal. Tonton kredit sampai habis. 


Oh sebelum terlupa, masa tamat aku rasa nak tepuk tangan. Sebab best sangat! Menitis jugaklah setitis dua air mata jantina aku ni. Tak boleh nak lebih-lebih sebab aku kena drive. Hehehe . 



Pesanan khidmat masyarakat;

Kepada yang menonton wayang tolong la hormat orang lain. Kalau nak komen apa-apa, balik rumah cerita. Yang pergi tu semua inshaa-allah tak pekak dan tak buta. 


Akhir kata, rate memang bintang penuhh dan majulah industri animasi untuk negara. UWU. 
spread love

2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)