late night thoughts

Aina Akmal 0 Comments



Assalamualaikum korang..

tengah otw nak tidur ke?  Aku sebenarnya perlu siapkan tutor sebenarnya.. tapi itulah. tak beberapa nak semangat 2-3 hari ni. Memandangkan adik-adik aku akan pulang ke asrama. Walaupun  diaorang tak pergi lagi. tapi aura kehilangan mereka kian terasa. Aku tahu bunyi macam mengada kan? Tapi tulah.. itulah yang aku rasa.


I don't know if you have this kind of thoughts and fear. Thought of one day your siblings will grow apart. To be honest, I'm really scared if that 'day' will come. I honestly don't want to loss them. I'm afraid of that because I've seen with my eyes. One day, they will marry someone. Have their own family. They will not be with me anymore.


I know, I kind of overthinking on this matter. I should pray something good will happen or none of this negative thoughts shouldn't overplay in my head. Tbh, I want to stop thinking.


I try to spend my time with them. But all they want to do, they want to watch drama all days. I'm trying to understand them.


They in their 'phase'.


A phase where they want to spent more times alone and be with friends. A phase where they want to grow up. I try to understand their high-school-phase.


I don't want they hate me when they grow up. Sometimes I feel like I want to give up. I don't want to be the eldest. I'm afraid because I'm trying so hard... I will make them left me. I really hate that. 😢


I just want to be a good sister.


I'm sorry for all this late night thoughts. I just need to say it all. OMG, my eyes will be 'sepet' tomorrow because I'm crying so hard right now. kadkljadkas. I got classsss yalls! 👀


goood night peeps!
spread love






0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

my study section

Aina Akmal 5 Comments



Assalamualaikum gaisss!


neww update. I'm just sooo happy right now and bersyukur sangat. I've been waiting this moment like forever! Akhirnya I berjaya lengkapkan tempat untuk study I. Kerusi yang I order from like from 2 weeks ago dah sampai! Hehehe. I tak beli online. I tempah dekat kedai perabot yang mama selalu pergi.


My mom insist to buy office chair brand apex. I memula fikir nak beli yang murah je. I ingat nak beli yang murah je mula-mula sebab yelah I bukannya ada duit. Kalau kena sponsor I isssss okay. Tapi bila fikir kerusi murah karang runtuh pulak. Aku dah la gemuks. Hiks. Aku nak yang tahan lasak.


So yeah, end up my mom bayar 34/5. Aku bayar sikitttttttt je. ._.

Before this memang aku pakai plastic chair je. Macam ni. Sakit bontot dan paha aku. Gemuks kan. Kalau aku duduk kerusi dalam 20 minit aku dah rasa macam paha aku punya darah tak jalan. Sakit lah cerita dia.



Kadang-kadang aku jadi fed-up nak duduk lama-lama. Sebab tak selesa. 

Alhamdulillah now my tempat study makin cantik. Aku balut meja aku dengan sticker marble. Later I will update details.

Here is a picture for my new study section! I'm soooo in love. 🥺🥰




YAHH I'M ON MY WAT TO RE-DECORATE MY ROOM. Slowly but surely! I'm doing this because I'm having online class. Doakan seketul Aina kuat semangat dan berjaya dekan! thankss korang. Esok kelass!

papai!
spread love



5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

new semester [first sem for second year]

Aina Akmal 2 Comments





Assalamualaikum,

Yas, as you guys can read 'new semester a.k.a first sem for second year a.k.a third semester'. Tomorrow my online class will start. Less than 12 hours. I can't believe my semester-covid-break will be over. I'm taking 20 credit hours for this sem. Hoping I will survive this semester with flying colours. Inshaa-Allah. 

This semester will be different.

No more running to class because I'm late because singgah gerai nasi lemak for some breakfast in the morning.

No more lepak at taman depan rumah sewa while berangan going to trips.

No more crying lepak at tasik for picnic or pizza date.

No more late night driving while singing on top of my lungs because layan senduness with my girls.

No more driving fast on highway on Sunday because I don't want to go back to rumah sewa on Saturday.

No McD dates, wayang date and a lot offfff things.

This semester will be last sem for being  Bureau of Multimedia for university association. I can't wait to be stress free from this. Huks.


Wow, a lot of things I will be miss. Pray for me. Pray for us.


Good newss!


This semester will be noooooo moreeee programming language I need to learn. I'M CRYING HARD BACK THEN BECAUSE OF PROGRAMMING LANGUAGE. I LOVE HIM, BUT I'M TIRED OF HIM. Yeah, I have this love-hate relationship with programming. Later I will explore more.


 Soooo yeah. good night. i'm sleepyyyy. zzzzzz.



spread love





2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Tutorial : Membuat logo/poster Instagram comel (Canva)

Aina Akmal 4 Comments


Assalamualaikum!




So hari ni aku nak share sikit macam mana cara-cara nak menggunakan canva for beginner. Mungkin ada yang di luar sana teringin nak bisnes online dan sebagainya. Jadi aina akan share step by step di sini. Kalau korang tak faham juga, at the of this post aina akan share video tutorial. If you guys are more to visualize type, just scroll down and watch the video.


1. Login ke account canva.

2. Untuk tutorial ni, aku memilih size untuk Instagram Post


3. Akan keluar macam ni. Now kita akan pilih background pulak.


 
4. So korang pergi dekat sidebar > klik "background"




5. Kemudian korang type "grid" sebab kita nak bagi dapat effect petak-petak kecik yang comel. Seperti gambar di bawah ini. Bila dah keluar ikut langkah yang kedua seperti dalam gambar ini.





6.  Bila dah klik, akan keluar macam ni. So korang klik macam dalam gambar ni. Step 1, kemudia Step 2. Di step 2 ni korang boleh adjust-adjust sampai dapat warna yang korang inginkan.

Kalau korang nak juga warna pink macam aku ni, ni code warna dia. #ffdeeb boleh copy dan paste terus.





7. Now korang pergi ke sidebar > element > gradients > see more  L

Nanti akan keluar macam ni. Now korang pilih la bentuk apa yang korang minat.





8. (1) korang boleh ubah size objek tersebut.
    (2) untuk ubah warna macam tadi.

dah setel?




9. Step terkahir! Kita masukkan tulisan. sidebar>text

Korang ubah la mengikut kesesuaian korang. Hehehe. Mudah je kan?





Kalau nak lagi mudah... boleh subscribe youtube aina sebab inshaa-allah aina akan update macam macam lagi tutorial! :) thanks gaiss! Jasa baik kalian aina dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.







spread love



4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Kisah tayar pecah di highway.

Aina Akmal 6 Comments




Assalamualaikum semua,


Sebenarnya aku tengah mengemas gambar-gambar dalam laptop aku. Gambar aku ada 30K, dan aku tengah stress macam mana aku nak susun file sebab banyak gila nak mampus. Gambar dari zaman bila entah. Ok,lepas tu tiba-tiba aku terjumpa beberapa keping gambar semasa tragedi untuk aku. So aku nak menulis di sini dan mengabdikan gambar tu di sini sebelum gambar tersebut hilang.


Kisahnya bermula,


Petang tu setelah aku menghantar adik aku pulang ke asrama di Pendang, aku memandu bersendirian. Sebaik sahaja menghantar mereka aku memandu kereta aku terus ke highway dan ambil Exit Gurun untuk ke Alor Setar kerana aku dah berjanji dengan kawan aku untuk menjemputnya dari jeti Kuala Kedah. Kemudian nak pulang ke kampus bersama-sama.

Exit Gurun dan RnR Gurun tidak berjauhan, tiba-tiba rasa nak buang air kecil. Jadi aku hanya memandu secara perlahan dan berhenti sebentar di RnR untuk melepaskan hajat. Setelah selesai urusan aku meneruskan pemanduan ku seperti biasa. Namun tetiba keadaan kereta aku seperti berat sebelah. Aku pelik. Bila aku lepas stereng kereta aku semakin ke kiri.


Kereta aku juga mengeluarkan bunyi pelik seperti derapan tapak kaki kuda. Pergh, double pelik. Kereta aku bukannya kereta Ferrari.


Jadi aku memandu perlahan-lahan, sekitar 5 minit begitu sebelum aku mengambil keputusan untuk berhenti di bahu jalan kerana agak bahaya untuk meneruskan perjalanan. Aku keluar dari kereta untuk memeriksa sekeliling kereta. Hampir menitik air mataku melihat tayar kereta aku yang sudah lembik tidak bermaya.


Aku bersendirian.

Hampir menangis di situ.

Bermacam perkara bermain di fikiran aku.


Apa yang aku patut buat? Kalau ada orang jahat macam mana? Bermacam bagai yang muncul di kepala aku.


Aku telefon mama. Tak tahu nak mengadu dengan siapa. Mama panik, tapi aku suruh mama bertenang dan doakan keselamatan aku. Setelah menelefon mama, aku sedikit tenang. Sekurang-kurangnya mama tahu keadaan aku. Now, what should I do?!


Ok Aina tenang! Jangan menangis, jangan gelabah. Hang bukannya boleh ubah apa-apa pun kalau hang menangis sekarang. Jadi now buat muka kesian. Itu yang aku buat.


Dalam hati aku, aku hanya mampu berdoa Allah menghantar manusia-manusia yang baik untuk menolong aku. Aku memerhatikan jalan dan kenderaan yang berlalu pergi dengan harapan akan ada yang sudi menolong. 

Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Berkat doa seorang ibu! Seorang brother motor biru berhenti. Sobss!

Selang beberapa minit kemudian ada sebuah motor berhenti lagi. 2 orang brother motor merah. Jadi kesemuanya 3 orang hamba Allah yang mulia hatinya menolong aku.


Sobsss!! Sobbss! Sumpah time tu aku tak tau nak kata apa wei. Hanya syukur yang aku mampu ucapkan. Laju depa tolong tukarkan tayar semua.


Masa tu aku mampu ucapkan terima kasih je wei. Nak bagi duit, aku tak de cash kot time tu. Kalau seringgit dua tu maybe ada. Maybe la. Sebab aku ni jenis tak bawa duit merata. Time tu aku rasa macam a bit rasa bersalah sebab tak tau nak bagi apa.


Selang beberapa minit kemudian, ada lori yang bawa kone oren tu berhenti. Ala.. yang selalu kalau jalan rosak ke apa ke dorang pasang kone tu. Dorang pun berhenti tanya pasai apa semua. Lepas tu dorang pun tolong check tayar spare yang baru dipasang. Kalau yang tadi brother-brother, yang ni uncle-uncle pulak.


So dorang sembang antara dorang. Dorang cakap tayar spare ni tak de angin apa semua. Aku hanya angguk je. Sumpah segan wei. Aku sorang perempuan kat situ. Akward nak mampus. Huks! Tadi tayar pecah, lepas tu tayar spare tak de angin pulak. Allahu... sedih noks time tu.


Lepas tu brother-brothers motor tu minta izin untuk pergi. Siap suruh bawa kereta elok-elok, jaga diri. Aku hanya membalas dengan jutaan terima kasih dan mendoakan mereka semoga hidup mereka sentiasa dimurahkan rezeki. Tu je yang aku mampu.


Tinggal la aku dengan geng uncle pulak.


Dorang suruh aku call plus line. Tapi bila call semua tak dapat. Jadi uncle tu tolong callkan. Dorang call terus direct kiranya tak lalui plus line dah. Macam call member-member tu. Dorang call untuk pam kan tayar.


Sementara tunggu geng plus peronda pula sampai, geng uncle tu temankan kejap. Kejap je, sebab dorang pun ada kerja. Uhuks.  Dorang suruh aku ubah kereta pergi ke tempat yang lebih selamat.


Lupa nak cakap, time tu dah pukul 6.30 dan aku takut sampai maghrib aku dekat situ. Aku call mak aku dan ws kawan aku untuk update perkembangan aku. Time call mak aku, memang aku menangis la cerita dia. Takut wei. Menangis-nangis aku sampai kemek mata aku. Selagi tak menangis selagi tu lah aku tak tenang.

Rupanya time aku nangis tu, geng uncle tu tak pergi lagi. Huhuhuhu. Entahlah dorang dengar ke tak sebab aku buka pintu. Aku baru perasan sebab uncle tu panggil aku dan cakap dorang nak gerak dulu. Dorang suruh aku duduk dalam kereta kunci. Sekali lagi aku mengucapkan terima kasih.


Now, I'm alone again.



Jam hampir pukul 7. Sampai pukul berapa aku nak duduk sini. Dah makin nak gelap. Aku ambil keputusan untuk bergerak dahulu. Biar lambat asal selamat. Sebab nanti sampai EXIT Pendang, aku nak pergi pekan dan cari petrol pump untuk isi angin tayar.


Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku bawa 60 KM/J di highway. Pergh, sebagai seorang driver lane kanan, ini adalah perkara yang menjatuhkan maruah aku. HAHHAHAHA. K. gurau jeeeee. Takut wei. Macam mula-mula nak ambil test JPJ. Aku siap pasang hazard light sebab takut orang sondol aku pulak.


Dalam aku bawa slow-slow tu tetiba ada orang bagi high beam. Lepas tu aku tengok side mirror. Ada lambang polis. WOI AKU NAK KENA SAMAN SEBAB BAWA SLOW KE?! HOMAGADD. AI NAK CRY.


Lepas tu aku pun berhenti la tepi, nak lari p mana kereta tak boleh bawa laju. Lepas tu polis tu ketuk tingkap kereta aku. Dia cakap nak pump angin. HAHAHAHHAHA. Bodo laa cuak tak memasal. Dia suruh buka boot tayar depan sebab machine tu guna batteri kereta kalau tak silap.


"Bang, tayar kereta (keadaan) macam ni boleh bawa laju mana?" Aku laju menanya. Yelah dah pukul 7 lebih kot.

"80 boleh la." abang plus menjawab.



Dengaq-dengaq ja tu aku rasa lega gila. Tak siksa sangat wei. Penat weiiiiii 60KM/H.


Aku menyambung perjalanan ke Alor Setar, oh lupa nak habaq. Aku upload la kat status dengan harapan crush aku reply. Hampa. Kawan dia pulak yang reply. ei pukui kang. ._. 🙄


Sampai ja Alor Setar terus aku menangis kegembiraan. Air mata kesyukuran. Sumpah tak sangka akan selamat sampai. Bersyukur sebab selamat, mudah urusan. Rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk. 😢.  Aku p amik kawan aku dekat jeti lepas tu singgah maghrib sat dekat masjid.


Dan aku ambil keputusan untuk ponteng kelas esoknya. Kami balik rumah, tukar tayar dulu. Esoknya baru balik kampus.


Lama dah citer ni. Awal tahun lepas(2019) kalau tak silap aku.

The end.


Sumpah ni antara pengalaman yang tak akan aku lupakan. Lawak, sedih, takut semua bercampur. Ni la dikatakan perasaan bercampur baur. Hukss! dan pengalaman misteri. Sebab tayar tu aku baru tukar. Baru sangat. Tak sampai sebulan aku rasa tayar tu. Sebab tu aku tak expect tayar aku nak pecah. Sebab rasa macam mustahil.

Imagine kalau aku bawa laju. Memang mati. Allahu.

Ok sekiannn! huhuukss!



Sebelum terlupa I ada buat YouTube. Hamba harapan tuan hamba semua sudi subscribe YouTube hamba supaya hamba rajin untuk upload content. 


spread love

6 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Wallpaper Phone Free

Aina Akmal 0 Comments




Assalamualaikum,

I feel like I wanted give some freebies. All scenery picture don't belong to me. I'm not benefiting for any of this. Feel free to save the picture and make it your wallpaper! I hope you guys like it. Drop comment and make sure to follow me on twitter @theainaakmal.












spread love


0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Things I've Been Missing Ever Since MCO - Lepak Tasik (1)

Aina Akmal 6 Comments


Assalamualaikum gais!


Sejak start PKP ritu memang pishang(bosan) duduk rumah. Kadang-kadang rasa rindu sangat nak balik kampus pergi main. HAHAHA. Eh. Pergi belajar la. Sorry mama. Ehek. Pergi belajar sambil main begitu.


And things I've been missing ever since MCO adalah ;

Lepak at tasik uni!


Deru angin yang menampar perlahan wajah. Tenang menyapa jiwa. Selang sesaat dua terdengar deruman enjin motorsikal dan kereta di seberang tasik. Cahaya matahari yang mulai bertukar kejinga-jinggaan. Lagu romantis di mainkan secara perlahan menambahkan lagi kesenduan suasana.

Benda ni jadi bonus bising kalau hari tu budak-budak dragon boat praktis. Dan suasana tak jadi damai, dia jadi cam hiruk pikuk sikit. Tapi tetap best. Hehehe.

Ok stop.

Tapi begitulah suasana yang selalunya aku melepak di tepi tasik dekat uni aku. Beli makanan dan berkelah di tepi tasik bersama rakan-rakan atau pun duduk bersendirian di dalam kereta sambil makan dan tengok sunset. Pergh satu nikmat dan perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Benda ni memang aku dah lama amalkan since zaman asasi. ehek.

Here some pictures of my lepaks time at tasik!






Tengoklah betapa besarnya ayam goreng ni. RM 2.50 jeeeee. Murahkann? Lepas tu Nasi lemak ayam tu RM 1.00 sahaja. Murahhh teruks. RM 3.50 korang dah dapat makan kenyang sampai buntal. Kalau nak extra boleh beli nasi lemak dua bungkus lepas tu ayam seketul. Pergh dah kenyang!

Aku kalau time semput nak kena berjimat, hah beli nasi lemak dua bungkus. Lepas tu beli telur 10 biji balik goreng dekat rumah sewa. Kenyang nokss! Tapi bukanlah aku goreng semua. Goreng satu jelah. Aku bukannya hantu raya nak makan telur sepapan sehari. Ish pukul kang. 😭





Here is some pictures of my friends and I. Kakak rumah sewa kesayangan gue. Tak sangka this would be the last time we all spent times together. Sebab ingat ada satu sem lagi nak buat kerja gila bersama. but turns out sem ni kena ambil belajar online. Dan kitaorang bukannya dari course yang sama. Argh, thanks for always taking care of me!

Okayy tu je kot aku nak sharee untuk post kali ini. Haaaa. Will be update for next posttt pulak! Hehehe.

Btw, ai baru je buat twitter khusus untuk blog ni je. hehehe. follow me here ; @theainaakmal


spread love

6 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Spotify vs Youtube Music

Aina Akmal 0 Comments

Assalamualaikum!



Sihat tak korang? Hehe, setelah lama menyepi tetiba aku disini muncul untuk mencoret sesuatu di sini. Sebenarnya aku tengah tunggu ayam bakar untuk siap di bakar dalam oven. Hari ini aku masak ayam bakar untuk family aku yang berpuasa sunat 6, tapi aku tak puasa pun. keh keh keh.

Anyway, aku nak share something while waiting for my chicken untuk masak dan cantik sempurna!


Spotify vs Youtube Music?



Before this aku pengguna tegar spotify, dan sebelum ni jugak aku pengguna apple music. Setelah few months guna Apple Music aku lagi prefer Spotify sebab user interface dia lagi friendly berbanding apple music. Walaupun Apple Music lagi banyak lagu dari Spotify.

Recently Youtube Music dah ada dekat Malaysia. Jadi aku rasa kenapa tidak untuk aku mencuba plan trial yang dorang bagi kan? Sekurang-kurangnya bulan ni aku jimat la RM 15.90 untuk plan Spotify. Jadi aku di sini nak beri perbandingan dan kesimpulan kepada kedua-dua aplikasi muzik ini.


Jadi aku akan kupas beberapa benda yang aku suka pasal spotify dan youtube music.


1. Harga


Spotify - RM 14.90/ month
Youtube Music - RM 14.90/month

Harga both sama je, untuk individual. Akan tetapi harga untuk Spotify kalau bayar guna pre-paid,  jadi RM 15.90. Jadi bulan-bulan memang aku bayar RM 15.90 sebab kad aku tak boleh guna dan aku malas nak berurusan dengan bank.

Akan tetapi Youtube Music lagi mudah nak bayar sebab boleh connect terus dengan account Google Pay. Google pay boleh tolak dari pre-paid. Senangkan? Tak payah nak pakai kad-kad bagai.

Walaupun harga sama, tapi bila bayar menggunakan saluran berbeza menyebabkan dia mahal buatkan aku lebih memilih Youtube Music. No hustle! Senang dan cepat.


Spotify-0 : Youtube Music-1


2. UI/UX (User Interface/User Experience)

Youtube Music

Spotify


For me, both of their interface tak de banyak sangat beza. Mudah untuk digunakan. Kedua-duanya menggunakan dark background and I love it. As long as you log in your account you can use it anywhere. No problem at all!


3. Seleksi Lagu


This is very imporatant, for me. As someone yang jenis minat kdrama, semestinya banyak k-drama ost yang menarik yang perlu dicari dan di dengar semula untuk berangan gittewh. HAHAHA. Tapi sesunggunya aku cakap betul-betul ni.

Kadang-kadang kan lagu yang aku minat tak avaible pun dekat spotify dan sebagai manusia yang sangat malas nak mendownload lagu sebab storage phone tak besar benda ni sangat sangat annoying. Dan kadang-kadang ada lagu yang cover lebih sedap dari original singer dan benda itu tak de dekat spotify.

For me, this is very big problem. I don't like to download music. I really don't like it. I prefer streaming online. But youtube got everything! for example Abang Khai Bahar! Ehek.  I want to listen to his cover, but I don't want to download it.



Spotify



Youtube Music



When you choose the song you can choose between video or song. So, kalau tetiba tengah rasa nak tengok mv kpop ke muka abang khai bahar ke boleh tap kat atas tu.  I should explain this in UI/UX tadi but nvm. Still aku rasa benda ni macam memang buat aku rasa macam wow factor laaa. Tak expect akan ada video. Instead of spotify just ulang-ulang gambar orang menari je sebagai background. If you user spotify I think you faham apa I nak cakap. uhuks.

You don't have to open youtube just because you want to watch the MV and tunggu iklan semua. Yasss! I loveeee this feature.




4. History


Just like we watched youtube, kita boleh tengah history. Kadang-kadang aku jenis suka buka playlist yang lagu baru-baru atau lagu yang aku tak pernah dengar. Kadang-kadang aku nak tau lagu yang aku suka tu macam tak tahu tajuk lagu, tapi spotify tak tunjuk history lagu aku. Maybe for some user benda ni tak penting sangat. But for me penting. Sebab I suka sangat tengok lagu-lagu fav yang lama. You faham tak? AAAAAAA.


Maaaflahh history aku penuh dengan muka abang khaiiiii bsakabhda. //🙈

Kadang aku main play je random lagu, pastu tetiba rasa sedap dan aku malas nak tengok lagu apa, sebab tengah buat kerja kan. Tengah basuh pinggan ke, kemas rumah ke. So bendaa ni aku rasa a must!


5. Playlist


Cuma satu je aku tak beberapa best dekat Youtube Music ni. playlist dia tak menarik sangat. Aku lebih prefer playlist yang spotify buat. But benda ni bukan masalah yang besar sangat bagi aku. Kadang-kadang aku dah dislike lagu-lagu yang aku tak suka, but still dia keep showing. But kalau spotify kalau aku dah dislike tu memang tak naik dah unless aku search balik.



So kesimpulannya di sini aku dah jatuh cinta secara perlahan-lahan dengan Youtube Music. Hehehe, sebab aku rasa banyak point yang buatkan aku sukaaa sangat. Oh ni bukan paid review ke apa ke. Ni jujur ikhlas apa yang aku rasa. Still, part of me still love spotify. Entahlahh.


Lupa pulak, cons spotify kalau yang free (tapi ada iklan) still boleh guna untuk guna dengar lagu. Apps running in background tapi kalau apps youtube music bila nak guna kena guna macam youtube. dia tak running in background.


K tu jee aku nak sharee pasal ni. So korang prefer yang mana? Drop your comment down bellow. cewwah. macam youtuber! hhvhd. kbai. good night!



spread love ♥

0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Dalgona Coffee (Covid Coffee)

Aina Akmal 5 Comments


Assalamualaikum semua!


How #stayathomechallange korang berjalan? Mesti repeatt masuk dapurr je kan. Ayah aku siap cakap dapur rumah dah jadi macam restoran. Sejam sekali akan ada sorang masuk dapur dan memasak. Tambah pulak jenis aku dan adik-adik aku memang jenis minat memasak. Memang kerja berasap la dapur tu. 

So baru-baru ni viral covid coffee a.k.a dalgona coffee ni. Jangan bimbang bukan minum ni dapat covid ke apa, just disebabkan dia diviralkan aroudn covid punya season. Trend ni di mulakan oleh orang Korea sempena #stayathomechallange. Dan dalgona ni sebenarnya sejenis candy atau gula-gula yang diperbuat oleh baking soda and sugar. 

Tanpa membuang masa, meh la tengok resepinya! Senang je tau!


akncnas

Kalau korang whisk guna tangan memang lama. Seminit. Aku give up weh!! HAHAHA. Tapi kalau nak jadikan aktiviti family, boleh la gilir-gilir kita beat up coffee batter tu. Sambil korang pukul tu, korang bayangkan orang-orang yang degil tak nak kena saringan, duduk rumah. Mesti lagi laju korang pukul. 

Litte reminder

Jangan overbeat tau, nanti dia macam susah nak kacau. Agak dia macam pekat-pekat sikit jee. Untuk lebih kefahaman boleh tengok gambar nii.


This one just nice!

This happen sebab over-beat. Anyway still sedap! Cuma susah nak kacau sikit.

Okay tu je nak share! Semoga dengan usaha kita berada dirumah ini mampu membawa perubahan yang besar kepada negara! Inshaa-Allah! Together we #stayathome! and pray for our country and world! Selamat mencuba!



spread love

5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

New Semester, New Life.

Aina Akmal 7 Comments

Assalamualaikum and hello gais!








Sebenarnya aku baru balik dari Annual Grand Meeting untuk Persatuan Eksekutif Muamalat (PERTEMU) 2019/2020. Aku telah di lantik menjadi unit Multimedia untuk program ini. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan ketua dan rakan-rakan yang baik sangat untuk memberi tunjuk ajar dan membuatkan aku berani untuk melangkah ke hadapan. Before this I pernah jadi unit ni, but I'm kind of scared untuk melangkah. 

UNIT MULTIMEDIA // ada halal gap tu, jangan risau. tapi sebab warna baju sama, nampak macam dekat. Ada gambar lain, tapi ni je lawa. hahahahhaa


And now I know, kalau you jadi photographer untuk majlis, you got no limit untuk ambil gambar. Maybe ada limit. But mostly memang yang paling bebas untuk bergerak tanpa rasa bersalah dalam program. And shout out to all photographer out there, you guys memang ohsem! Aku handle program dari pukul 8.30 sampai 11 pm ja rasa nak pengsan berlari bergambar sana sini. Sedar-sedar dah drain dah energy. Siapa yang cakap photographer ni main tekan tekan je camera tu, korang pergi beliii laaaaa kameraa sebijik harga berapa, lens pun dah boleh nanges dah. Tu dorang edit pulak tu. Logik laaa pakej boleh pergi beribu-beribu. Berlecakk tiakkk tauuuu dakk?!

Ok done rant bout gambar. Hehehe, I think we're still in new year mode aite? So tak terlambat lagi kot untuk aku ucapkan selamat tahun baru. So new year, a new semester for me. This year, I cabar diri I untuk join persatuan universiti supaya dapat mencuba perkara baru. Sebelum ni aku hanya memegang jawatankuasa kecil sahaja. Kali ini inshaa-Allah new year, new me, Gicheeeww!  Alhamdulillah malam ni secara rasminya aku naik. Feeling? Mixed. Happy, sad, anxious. Anyway pray for me ok?


And someone bagi I coklat oreoooo ni, which is my faavvvvv sangat-sangat as a congratulation gift for me sebab menjadi PERTEMU. THANKKKKK YOU. LOVE KAKAKKK SO MUCH!! If you guys nak hantar, I will give you my uni punya alamat. Hahaha, but I prefer cash. So nak no account, boleh pm tepi. 




Okayyy tu je I nak rant malam ni. Thank you to my family yang support kakak, my friends yang trust me more than I trust myself. Thank you Aiman for being a great leader, Abang Nazam (if im not mistaken, sorry. uhuk) for teaching me, and guide me throughout the program. Thank youu!!! May Allah ease all of us! Amiinnnnn!


Okkkk nite, gotta go. I got class tomorrow. 


Loves, Aina Akmal ♥


7 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)